.Awesome Blogger.

Tuesday, June 4, 2013

.Prosedur Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.


As salam :)

Weee maaf ler lama tak update huhu tak ada mood nak blogging la sekarang :) 

Petang tadi Ira ke Klinik Kesihatan Puchong untuk buat ujian saringan HIV ni..sekarang ni semua dah maklum kan sebelum bernikah memang ini adalah salah satu prosedurnya sebelum permohonan nikah dibuat..

Untuk buat ujian ini di Klinik Kesihatan Puchong, tak perlu buat temujanji..boleh walk-in..setakat bulan jun 2013 la..borang ujian ni ayah ira dah tolong ambilkan bulan mac hari tu hihihi tapi bulan jun baru buat sbb tempoh ujian sah ujian ni hanya 6 bulan sahaja..

ohh tadi masa Ira call Klinik Kesihatan Puchong, nurse tu cakap petang dr 1.30 - 4.00 petang... pagi tak pasti pula ada ke tak untuk ujian ini...


Prosedurnya :

1. Sila bawa Kad Pengenalan anda dan borang ujian saringan ( kalau ada, kalau tak ada nanti minta masa daftar )
2. Ambil No. untuk daftar sebagai pesakit luar, tunggu No. dipanggil, bayar RM1 dan cakap nak buat ujian saringan HIV pra perkahwinan..nanti dia bagi borang kalau tak ada lagi..kalau dah ada nanti dia bg resit bayaran dan No. giliran baru untuk buat ujian saringan.
3. Tunggu No. anda dipanggil...kat Klinik Kesihatan Puchong kena pergi bilik No 9 kalau No. dah dipanggil dan M.A akan minta kad pengenalan dan minta anda bacakan no KP..lepas tu nanti dia minta jari telunjuk dan zapp, alat untuk keluarkan darah dari hujung jari dah menjalankan tugasnya hehe..pedih sikit nanti dia ambil darah kita dan letak darah dalam kit saringan tu..
4. Dah selesai nanti M.A tu suruh tunggu kat luar sampai nama dipanggil..
5. M.A beri salinan bahagian belakang borang ujian saringan HIV yang kita tulis td ( mcm dalam gambar tapi salinan y belakang tu ).. kalau dapat salinan borang tu maksudnya negatif HIV la hihi..settle dah..  

Masa M.A tu bagi salinan borang tu kat En Tunang, M.A tu terus masuk bilik tu balik..En Tunang muka cam terpinga-pinga lepas belek borang tu..dia cakap kat ira takkan ni je?haha pastu ira cakap ye tu je tu maksudnya kita HIV negatif la...ira tahu sbb ira dah google dulu haha kalau tak mahu terpinga2 gak hihi sbb xda pon tulis keputusan tu hihi..

Masa menunggu agak lama huhu 1.20 pm datang, ambil No semua..masuk untuk buat ujian pukul 2.30 pm.. tunggu lagi..settle pukul 3 pm..memang kena bajet masa elok2 la hihi..lepas tu kena sabar banyak2 hehe En Tunang dah bising2 dah masa ni sbb lama sgt kena tunggu dia nak masuk kerja balik..tapi kat KK Puchong sistem kat sana lebih utamakan orang yang mempunyai penyakit yg kronik..yang tu yang dilayan dulu sob3 kitaorang mana ada penyakit kronik haha so sabar je la yea hihi

Papai!

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails