.Awesome Blogger.

Thursday, March 17, 2011

. Tsunami di Jepun 2011 .




Amaran ruang udara lima negara terjejas




Kombinasi tiga gambar fail. Gambar atas ialah loji nuklear Fukushima (jepun), loji nuklear Chernobyl (ukraine) dan loji nuklear Three Mile Islands (AS). kemalangan di loji fukushima kini menjadi salah satu daripada tiga kemalangan loji nuklear terbesar dalam sejarah dunia selepas chernobyl dan three mile islands. - AFP



LONDON 16 Mac - Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.


Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran tersebut yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang meliputi 10 kawasan.


Amaran tersebut dikeluarkan pada pukul 11 pagi waktu Malaysia dan melibatkan ruang udara di Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.


Kebanyakan penumpang masih membuat penerbangan ke Tokyo, namun syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa mengalihkan penerbangannya ke lapangan terbang selain Tokyo di Jepun. - AFP
























Radiasi: Pengambilan pil Potassium Iodide tidak perlu

17/03/2011 7:54pm


KUALA LUMPUR 17 Mac – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mengambil pil Potassium Iodide bagi mencegah kesan radiasi berikutan khabar angin bahawa kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat melanda negara itu, Jumaat lepas, telah merebak.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, rakyat tidak perlu panik dengan khabar angin seperti itu.


"Saya harap mereka tidak mengambil pil tersebut tanpa nasihat doktor khususnya wanita mengandung,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa rakyat Amerika Syarikat telah mula menyimpan stok pil berkenaan bagi melindungi daripada keracunan radiasi.


Tiong Lai berkata, pengambilan pil Potassium Iodide atau lebih dikenal sebagai ”pil nuklear” bukan satu-satunya penawar bagi melindungi radiasi dari memasuki sistem badan.


Katanya, kementeriannya sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Jepun dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memantau krisis pencemaran radiasi di Jepun. – Bernama



sumber : Utusan.com.my





Gambar-gambar Tsunami Jepun 2011



Rescue workers and policemen search for a body ...

A local resident cycles past a ship that was ...

A resident carries household belongings in a ...


Japan quake: live report

A woman tries to cross a destroyed bridge where ...

A man cries next to his destroyed house where ...



p.s :
Bersimpati dengan rakyat Jepun..
Bersyukur tinggal di Malaysia.. Alhamdulillah..





No comments:

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails