.Awesome Blogger.

Thursday, December 16, 2010

. Resipi Kek Keju @ Cheese Cake .


Resipi ini diminta oleh Affiza n Dira (Coursemate Pete' Kat Teknik dulu)


Janji dengan fizza malam semalam..:((


Sorry dear,semalam ira tertidooo...huu..




jom kita main masak-masak dan buat kek keju pula yea..heee



Bahan-Bahannya :


4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2

200 ml susu segar

70 g mentega

70 g gula halus

70 g tepung gandum, diayak

4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning

1/2 camca teh esen vanilla

Sedikit gula aising untuk hiasan


Cara membuatnya :


  1. Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
  4. Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
  6. Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...

Kredit to Mat Gebu

Diinspirasikan oleh NHidayat


Komen Ira setelah mencuba resipi ini adalah :

1. Keknya tidak muak sangat macam SR tu.. cheese tak banyak kan..:)

2. Ira kurangkan gula sikit jadi kek nya pon manis-manis buah je.. sebab ayah ada kencing manis, jadi mereka kata sedap dan tak manis..

4. Ira letak 5 keping cheesdale..sebab mula-mula baca kat blog NHidayat dia letak 5 keping.. tapi tadi bila tengok kat blog Mat Gebu ( Tuan punya resipi ) dia cakap 4keping pula.. 2-2 pon boleh je.. kalo nak rasa lebih cheese letak lebih pon oke juga.. :)

5. Ira tak guna kertas minyak sebab lupa nak beli..:).. guna kertas A4 sahaja..hee..tapi kena gunting ikut saiz tapak loyang yea..kalau bulat gunting bulat kalau segi empat takkanlah gunting segitiga pulak k.. ini untuk mengelakkan kertas yang terlebih2 kat atas tu akan termasuk ke dalam adunan kek! pernah terjadi yea.. jangan malas untuk gunting kertas!! Yang tepi2 loyang tu letak mentega je k..banyak-banyak pon tak ape..hahaa..:P

6. So far jadi dan ianya sedap ( lebih dari 3 orang cakap sedap ni.. )

7. Yang penting tidak muak!! Ira sebenarnya tak suka sangat cheese cake ni.. Mr. Boyfie je suka sangat..sebenarnya belajar untuk demi dia...huuu


p/s : macam biasa, dah buat nanti bagi tahu Ira..nak tau juga ok ke tak kan..hee.. :)... Selamat Masuk Dapur yea .. Bye!!

14 comments:

sitinuraffizza said...

hahaha. insyaallah. kl dh jd nnt fza gtau k! :P

Juliet_iRa~" said...

fizza ;
hee..
oke!
jgn lupa buat!

Sakinah said...

waa...kin nak cuba gak ni...nk makan sr punya tp mak xbagi lak...hmm...akhirnya jumpa resepi ni :) *hati berbunga-bunga

Juliet_iRa~" said...

kin ;
hee..
napa xbg mkn SR??
okee dah wat jgn lupa bgtau k..:)

cimi said...

nak rase !!
:P

Juliet_iRa~" said...

cimi ;
heee..
meh2..:P

❤nadiah.rahim❤ said...

teringin nk buat...hehe..
tp xsuke sgt cheesse cake..hehe..:)

Juliet_iRa~" said...

nadia ;
hee..ira pon xbp suka sgt..
tp yg ni xmuak sgt sbb cheese dia mild je..try laa..seyes..:)
arini ira nk wat campur strawberry..:)

syazwani said...

ira!
sheril da cuba da wat kek ni.. hihi..
layer kn dgn blueberry jem.. sbb kek ni xberapa mnis kn..
ramai juga y kata sedap.. =)

tapi kn.. kerts y wat alas tuh sgt sush nk tanggal dr kek lohh...

hehe..=))

Juliet_iRa~" said...

sheril ;
yee!hee
wah yeke..:)
oh atas tu letak blueberry jem ek??
pandai ea modified..hee..

yeke?sblm letak kertas tu letak marjerin tak??haa...:PP

syazwani said...

heee.. bab mkn2 memg pndai je modified.. ngk bdn r.. hahahhaaa~ =p

letk.. letk majerin tuh.. tp lepas letak kertas.. bukn letk mrjerin dulu bru kertas.. terbalik ka?? kihkihkih... =)

Juliet_iRa~" said...

sheril ;
hee..ok la tu...
janji sedap..:)

oohh da btul tp ada yg tertinggal..
pttnya sblm letak kertas tu kena letak marjerin gak kat tapak dan sekeliling tepi loyang..
pastu atas kertas pon letak marjerin..hee..
tu yg payah nak tanggal kot..:P

syazwani said...

haha.. yela kot tuh.. nway.. thanks dear..

t wat entry lg psl baking ek.. xpon pape je y senang..

ira g test dulu.. da jd bru g tahu..
hahhahahaa...

sbb kadang2 kn buat2.. tp xjadi.. hihi... *teruk ny perangai* kihkihkih..

Juliet_iRa~" said...

sheril ;
hee..tu la..:PP

haha..baikkk..nt kte try la wa..

cittt..hampeh je..heee

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails