.Awesome Blogger.

Tuesday, June 26, 2012

.Bukan Cikgu Ira.



Salam dan selamat pagi~

Yeehuu tetiba hari ni rasa nak update..hehe..maaf Ira memang tak ada masa nak layan blog sekarang..masa penuh..:(


Tapi tadi tiba-tiba buka profile blogger tengok ada banyak comment..wuuu..korang ni buat Ira terharu la..sob sob sob :p

Nanti Ira ada masa Ira update tau..miss you all~

Psss : Gambar atas tu bukan gambar cikgu Ira..tapi Cik Ira je..kih kih...Ira tak ada gaya cikgu kan?sob sob sob

Pss : Nanti ada masa Ira blogwalking okay!



Wednesday, June 6, 2012

.Preloved :).


Salam semua..sorry terlupa nak update.. uhuk uhuk..

Ira baru je kemaskan my wardrobe dan ada beberapa pakaian yang masih cantik tetapi dah tak dipakai oleh Ira..jadi Ira nak buat preloved items untuk dijual..harganya sangat murah..sekadar nak mengosongkan almari sambil boleh dimanfaatkan oleh orang lain..kebanyakkannya pernah dipakai sekali dan ada yang tak pernah pakai langsung..

Kalau rasa ada yang seksi tu, maaf la yea..hehe..Ira sll pakai dgn cardigan..tak pernah pakai macam tu je..tapi bila dah meningkat usia ( hukhuk) rasa macam dah tak sesuai sebab tu let go..

Kod : 01
Warna : Pink-hijau
Saiz : Fit S-M
Harga : RM 10 ( exclude postage )

Kod : 02
Warna : Hitam-putih
Saiz : Fit S
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 03
Warna : Merah belang Putih
Saiz : Fit S-L
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 04
Warna : Dress Polkadot hitam-pink dengan half cardigan pink (tali tu ikat di belakang untuk reben)
Saiz : Fit S
Harga : RM 10 ( exclude postage )


Kod : 05
Warna : Biru 
 Kain : Denim
Saiz : Fit S
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 06
Warna : Dress hitam-putih dengan reben putih ( ada lining lagi di dalam)
Saiz : Fit S-M
Harga : RM 10 ( exclude postage )

Kod : 07
Warna : Stripe merah, kelabu dengan biru gelap
Saiz : Fit S-M
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 08
Warna : Warna-warni dan berbunga ( ada zip di belakang atau boleh dijadikan belah hadapan, ada curffy kat lengan )
Saiz : Fit S
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 09
Warna : Kotak-kotak peach, pink, putih (ada zip di belakang)
Saiz : Fit S
Harga : RM 5 ( exclude postage )

Kod : 10
Warna : Kemeja kotak-kotak warna pink belacan-hitam ( ada getah di belakang )
Saiz : Fit S-M
Harga : RM 10 ( exclude postage )

Kod : 11
Warna : Kemeja stripe warna pink ungu-hijau-biru 
Brand : Googles
Saiz : Fit S-M
Harga : RM 10 ( exclude postage )

Postage Poslaju = RM 6 ( Semenanjung ) , RM 9 ( S & S)

Psss : Tiada penukaran barang atau wang ringgit setelah dibeli yea..

Sesiapa berminat boleh email Ira : nadhirah_naz@yahoo.com.. bagi details item yang nak dan details diri anda..:)

Papai..




Saturday, June 2, 2012

.Kek Lapis Choco Horlick :).




Salam semua :)

Ceh ramai je tahu Ira nak baking apa kan..heee yelah mana tak nya..muka Ira ni kalau tak kek, mesti cupcake..kalau tak pon puding..tak pon muffin..hihi..tu je yang suka..;p..eh siap ada yang teka biskut lagi..tunggu raya nanti baru Ira buat biskut yea..haha 

Ira buat Kek Lapis Choco Horlick..inspirasi dari blog Kak Ayu yang jauhhhh di Jepun tu..kalau K.Ayu boleh buat, mesti Ira boleh juga..haha..even tak cantik macam K.Ayu punya tapi rasanya yummy...aci kan puji air tangan diri sendiri..hihi..tapi memang sedap..mak Ira suruh buat lagi sebab katanya sikit..=.=

Kek Lapis Choco Horlick

Bahan-Bahan 
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus ( Ira guna gula perang hihi )
5 biji telur gred A ( Ira guna 3 biji gred B..hihi )
1/2 tin susu pekat manis ( K.ayu letak suku, Ira letak kurang sikit dr 1/2 cwn ) 
70g horlicks- 1/2 cawan
30g serbuk koko ( K.ayu letak 3sudu, Ira agak2..hehe )
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum (K.ayu guna tepung gandum, Ira guna tepung HK)

Cara-Cara
 1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak. ( Ira guna kertas A4..haha..lupa nak beli kertas minyak =.= )
 2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
 3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
 4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
 5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
 6. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit (bergantung kuat atau perlahannya api dapur).

7. Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.

Resipi copy from : Blog Lady Chenta @ K.Ayu

Dah tengok resepi?nak tengok gambar kek lapis Ira pulak ek?huhu..jangan kutuk..saya budak baru belajar..haha..1st time buat kek lapis :)


Lapis2 tak berapa cantik sebab tersalah bajet adunan horlick ngan koko tu..haha ;p..tak sama banyak last2 adunan horlick je terlebih..kuikui..jadilah camtu...;p..siap ada ruang2 udara..hihi..nanti 2nd try Ira buat lagi dan tunjuk rupa yang cantik tu ( harap-harap lah )..

Rasanya sedappppppp..haha aci tak puji sendiri?tapi memang sedap laa..mcm rasa kek lapis sarawak yang cadbury pon ada..;p..cuba la..dijamin sedap..cuma kurangkan susu sbb nanti jadi manisssss ;)


Papai!


Promosi : Jom add online shop Ira 'Juliet's Scarf' di facebook untuk membeli renda baby roses yang boleh dijahit pada tudung seperti fesyen terkini tuuu :)




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails