.Awesome Blogger.

Sunday, January 31, 2010

. Sambutan Jubli Intan IPG KPM .



Selamat Hari Lahir ke 75 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka..



SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Pada tanggal 31 Januari 1935, The Malay Women’s Training College (MWTC) dibuka secara rasminya oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat. Pihak kerajaan kolonial British pada ketika itu telah mengubah suai blok-blok bangunan lama Hospital Melaka di Durian Daun, Melaka untuk dijadikan maktab perguruan.

Pengetua pertama MWTC ialah Cik Purdon iaitu bekas Penyelia Wanita Sekolah-Sekolah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan pembantunya Cik M. Lomas. Pengambilan pertamanya ialah sebanyak 24 orang pelatih yang dibuat secara menyeluruh iaitu 14 orang dari Negeri-Negeri Selat dan 10 orang dari Negeri-Negeri Melayu. Pelatih-pelatih adalah lulusan Darjah 5 Sekolah Melayu yang berjaya melalui proses temu duga yang dijalankan oleh Bahagian Pelajaran.

Tujuan MWTC ditubuhkan adalah untuk melatih guru wanita Melayu khususnya bagi sekolah rendah perempuan, aliran Melayu. Maka, kurikulum guru lebih cenderung kepada mata pelajaran seperti Sains Rumahtangga, Ilmu Kira-Kira, membaca dan menulis rumi. Pelatih mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran untuk sekolah perempuan dari darjah 1 hingga darjah 5. Pada peringkat awal penubuhannya, lulusan maktab ini dianugerahi sijil perguruan kemudiannya diploma perguruan dan apabila dinaik taraf sebagai Insitut Pendidikan Guru maka guru pelatih dianugerahi ijazah pertama perguruan.

Selepas merdeka, maktab ini bertukar namanya kepada Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM), Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) dan mulai 25 Ogos 2008 dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM). Sepanjang 75 tahun penubuhannya, MWTC/MPPM/IPPM/IPG KPM dianggap unik kerana maktab ini satu-satunya institusi latihan guru yang melatih bakal guru-guru perempuan, berketurunan Melayu dan beragama Islam. Sejak penubuhannya, institut pendidikan ini telah menghasilkan lebih dari dua puluh ribu guru pelatih. Guru-guru lepasan MWTC/MPPM/IPPM/IPG KPM banyak yang berjaya dalam bidang pendidikan, politik, kesusasteraan dan menjadi role model dalam kalangan masyarakat.

Kini, IPG KPM terus berkembang seiring dengan arus globalisasi. Lantaran itu, KPM sebagai satu-satunya IPG yang semua guru pelatihnya perempuan mula memacu usaha untuk merealisasikan kebitaraan latihan keguruan dalam bidang Prasekolah dan Pendidikan Khas dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


p/s : Walaupun tidak dapat bersama-sama menyambutnya..sy bangga menjadi warga IPG KPM, Melaka..(^_^)^



. My Cousin's Wedding .



majlis pernikahan dan walimatul urus cousin @ kakak sepupu ku...

bertempat di seremban, N9...

sangat meriah dengan adanya bunga api yang berwarna-warni..

juga menggembirakan kerana dapat berkumpul ramai-ramai..

bukan senang nak berkumpul semua kan..hehe..

seronok tengok kakak sepupuku gembira dan berdebar sewaktu dinikahkan..

yang tengok pulak emosi terlebih..hihi..

pengantin perempuan siap bertukar-tukar persalinan sebanyak 13 pasang....cheongsam, korea, saree, gaun dan macam-macam lagi laa..

wah dasyat tu...yang tengok pulak rasa tak sanggup..penat tau..

jom tengok gambar..ada banyak lagi tapi tak larat nak upload..huhu




hani...anak cina celop..anak sedara ku..

malam berinai..

berarak..

bunga api!!

cantik kan??

hehehe..

persalinan pertama..baju balqis mak andam tu cakap..

nama saya balqis..flower gal..hehe

next groom to be??hehehe

berarak pada kenduri..

potong kek!



seronok tengok orang kawin..

bila pulak sy nak kawin ek??haha..:P


Saturday, January 30, 2010

. Jutawan Kaya .



hobi di masa lapang..

bermain saidina untuk menjadi jutawan..hehe..

jutawan dalam kehidupan sebenar tak dapat..

jadi jutawan dalam permainan pun kira orait la kan..

hee..






Wednesday, January 27, 2010

. Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Perkataan, Tanggunglah AKibatnya .



salam semua..

dunia blogger mesti agak gempar bila blogger ditahan Polis disebabkan perkataan yang ditulis menyentuh isu2 yang sensitif kan..

berita terperinci klik sini

oleh yang demikian..marilah kita sama-sama mengambil pengajaran..hee..

sebelum menulis sesuatu atau bercakap sesuatu..

pandang kiri dan kanan, atas dan bawah, tepi dan belakang dan sewaktu dengannya..

chill~




Tuesday, January 19, 2010

. Risau lah .



bila kita derma darah..

ada side effect tak???

contohnya macam berat makin naik ke..

mudah pitam ke..

ada tak??

share with me please..

:))



Friday, January 15, 2010

. Rumah Idaman .



Rumah idaman..

weee~

siapa nak belikan untuk saya???

+__________+



$1,288,000 ... house inside the rock with additional hanging balcony.


$6,888,000 ... 360 degree views 5 levels house 10,000 sqft inside




$1,288,000 .... tree top penthouse



Thursday, January 14, 2010

. Orang Macam Ni Pun Ada Eh? .



nak tau apa yang dimaksudkan??

klik sini

orang macam ni pun wujud ea kat dunia ni??

tak mengenang budi langsung!

zalim sungguh...

lupa agaknya siapa yang membesarkan, yang bagi pelajaran, yang bagi makan, yang bagi duit, yang bagi kasih sayang dan segala-galanya sampai jadi macam sekarang..

dunia akhir zaman..

p/s : harap-harap tak jadi macam anak dia..tak berperikemanusiaan!


. Praktikum .




waaa..

dapat dah sekolah untuk praktikum nanti..

alhamdulillah dapat sekolah yang agak la dekat..

berbanding dengan kawan-kawan yang lain kan..

bersyukur sangat...

tapi kesian juga kat kawan-kawan yang dapat jauh-jauh..

ada yang dapat sekolah yang dah nak ke johor dan negeri sembilan..

apa nak buat kan..

nasib baik sebulan je..

kalo enam bulan?hee..

tak dapat bayangkan...

SK Bukit Rambai..

nantikan kedatangan cikgu yea..wee~



Tuesday, January 5, 2010

. Pulang ke Melaka .



kembali ke melaka semula..

tak tahulah bila ada kesempatan nak update blog ni..

+___________+

minta-minta ada la masa ea..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

ujian jpj dah lepas!!!

lega sangatttt...

so take care kawan-kawan..

jumpa lagi ok..


Monday, January 4, 2010

. Shopping Time .



shopping time!!

hee..

actually not a shopping time for me..

because i dont have the moneyy..!!!!!!!!!

sob3..

i didnt get my 'allowance' yet..

hopefully this month i'll get it..

then..

i can shopping!!

lalalalalala~

so my big sista yang shopping..

for her friends wedding..

this claytan product is sweet u know..

the price is so reasonable n free from plumbum n toxic ok!!



i love thiss!!hahaha..

this bag is sweet rite??i wantttt..:P




. Semester Baru Bermula .



jadual untuk semester 5 dah dapat..


baru je download tadi..

ingatkan pack macam semester lepas..

tapi bila tengok..

alhamdulillah!!

heaven rasanya..kah2..

boleh la titoooo..

*sheesh *

harap-harap tak ada perubahan la..


ni tarikh praktikum pula..

PISMP JAN 2008 4 MINGGU
PRAKTIKUM 1 : 22 MAC - 16 APRIL


sebulan praktikum..

rasa macam takut sangat..

lecturer nak datang observe..

huhu..

insyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik..

doa banyak-banyak kan..

(^_^)




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails