.Awesome Blogger.

Showing posts with label suke-suki saya~. Show all posts
Showing posts with label suke-suki saya~. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

.Warkah buat Hani.




salam semua..selamat berhujung minggu..:)

mesti ramai yang keluar jalan-jalan kan?

tadi abg saudara (anak kepada abang mak Ira) dan keluarganya berkunjung ke rumah Ira..isteri abg saudara tu cikgu juga..tengah sambung ijazah, jadi nak pinjam buku-buku Ira..

anak dia ada sorang sahaja..namanya Hani..namanya panjang sebenarnya tapi Ira dah tak ingat pula..hee..yang Ira ingat Hani...bukan Hanie Dew tau..ekekee ;p


Hani masa umur 4 tahun..sekarang dah 5 tahun..muka masih sama, macam anak cina tapi dah tinggi..jumpa pulak gambar dia dalam simpanan Ira..ehee..masa kenduri kahwin kakak saudara lagi sorang..


Hani suka sangat dengan patung mainan atau nama ringkasnya bear..sebelum datang rumah Ira, diorang singgah R&R lepas tu bear monyet yang sentiasa dikelek oleh Hani tertinggal kat sana....nasib baik Hani tak menangis (isteri abg saudara Ira cerita ;p)

bila datang rumah Ira, mak ngah Ira dia ni (Ira la tu..tapi Hani masih panggil Ira, kakak..keke) kan banyak bear..huuuu..Ira tak beli, tapi orang bagi....jadi Hani ni mengekor 'kakak' Ira dia ni masuk dalam bilik, lepas tu mula pegang dan kelek salah satu bear Ira yang namanya Rico (sejenis racoon, ole-ole yang si dia bagi dari Night Safari, Singapore)..Hani asyik sangat main dengan Rico sampai tak mahu makan...ayah Ira cakap bawalah balik..Ira dalam hati...ehhh tak boleh..hadiah orang bagi..dan otak pon mula bekerja secara pantas macam mana caranya nak elakkan Hani bawa balik Rico yang kesayangan Ira bagi tu...(naya lah Ira kalau si dia tahu hadiah tu diberi kepada anak saudara Ira..hee)

kakak Ira suruh Ira bagi bear pink ni...lebih kurang macam gambar ni tapi dah tak pink sangat..hee

source : Mr Google

sebenarnya ni pon orang bagi tapi Ira tak sayang pon sebab ni hadiah dari ex Ira..;p...dah lama dah, warna pink tu pon dah bertukar sebab tak sayang kan..ahaha..dulu nak buang tapi mak Ira bagi anak yang mak Ira jaga tu main bear tu..sekarang ni dah bertukar milik, jadi hak Hani..;p


Dear Hani,

mak ngah bukan tak nak bagi Hani Rico yang Hani panggil kucing tu walaupun mak ngah dah cakap tu racoon, bukan kucing...tapi mak ngah tak boleh bagi sebab tu hadiah dari bakal pak ngah Hani...nanti kecil pula hati bakal pak ngah kalau tahu mak ngah bagi kat Hani Rico yang dia beli jauh-jauh tu..mak ngah harap Hani faham ye sayang..tapi mak ngah dah ganti dengan bear pink yang comel tapi dah tak pink sangat tu kan?mak ngah siap sembur febreze lagi bagi bear pink baru Hani wangi..

baik kan mak ngah Ira ni??;p



pss : Ira tak kejam kan?siap buat amal lagi..huu
psss lagi : Ira masih menunggu nama sekolah..wuu..sabar itu manis kan..Thanks semua..:)


Sunday, December 25, 2011

.Teori 3 Hala di Malaysia.



Teori 3 Hala - Tiada dalam mana-mana buku teori ahaks ;p


Terdapat 3 jenis manusia yang menjengkelkan di Malaysia :


1. Kumpulan Pedantis
Dalam bahasa Inggeris disebut persnickity people merupakan golongan yang sentiasa mahu membetulkan semua orang. Tidak kisah dari segi tatabahasa atau maklumat tentang sesuatu pengetahuan am. Mereka sentiasa ingin membetulkannya. Tidak salah untuk membetulkan maklumat yang tersilap namun apabila anda melakukannya setiap masa, semua orang akan menyampah dengan anda. Contoh : penggunaan past continuous tense dengan past participle yang menjadi kesilapan biasa tidak perlu dijadikan isu besar dalam kehidupan. Semua orang membuat kesilapan. Manusia tidak sempurna. | tepat sekali,ngee ;p


2. Kumpulan Pancake Hangus
Merujuk kepada bangsa Asia yang tinggal di Malaysia yang tidak tahu bercakap Bahasa Melayu. Ini juga terbahagi kepada beberapa peringkat. Yang pertama adalah kumpulan pan-asian yang tinggal di Malaysia. Kumpulan ini terkecuali kerana mereka sememangnya mempunyai genetik asing dalam baka keturunan dan keluarga mereka. Kedua, golongan yang tinggal di luar negara dan melupakan bahasa kebangsaan sendiri. Ini boleh dimaafkan lagi walaupun setelah tiga tahun kembali ke negara sendiri, itu bukan alasan untuk tidak tahu bercakap dalam bahasa sendiri. Ketiga, golongan yang tidak pernah ke luar negara, tetapi duduk di dalam negara sendiri (Malaysia ) tetapi tidak boleh bercakap bahasa Melayu dan mengeluarkan loghat bahasa Inggeris apabila ingin menyebut satu sahaja perkataan Melayu dalam keseluruhan ayat bahasa Inggeris. Golongan ini adalah benar-benar pancake hangus iaitu bangsa Melayu berkulit sawo matang tetapi perasan pan-Asian. | kehkehkeh ;p


3. Kumpulan Perasan Alim
Merujuk kepada sesetengah graduan dari Timur Tengah atau kawasan yang sewaktu dengannya yang merasakan apabila mereka telah kembali ke tanah air, mereka perlu bercakap dengan menggunakan makhraj. Mereka boleh kata, "Saya mahu ke dewan" tetapi mereka gunakan, "Ana mahu ke Qa'ah". Mereka juga boleh kata, "Filem Ali Setan" tetapi mereka mengada-ada menyebut, "Filem Ali Syaitan". Sememangnya bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dan ianya sememangnya mulia, namun apabila ianya digunakan dengan kemegahan (ada niat lain), walhal orang di sekelilingnya bercakap bahasa Melayu (tak semua orang mahir bahasa Arab) , tiada bezanya kumpulan ini dengan kumpulan Pancake Hangus. | Ada benarnya :)


ada komen? ohh yea..fakta asal dirujuk dari sumber dan diolah sedikit oleh Ira :D


sumber : Novel Valentina Nervosa


pss: Teori ini hanya pandangan seorang novelis, jangan ambil hati yea, ambil jantung boleh :)
psss lagi : Gigih update walaupun tiada mood ;p



Thursday, December 1, 2011

. Rama-rama cantik.


salam semua..

tadi ada rama-rama kat depan rumah Ira..rama-rama tu terbang kat bahagian porch kereta tapi tak masuk dalam rumah...cantik tau...hee...lepas tu mak Ira cakap kalau ada rama-rama terbang kat rumah kita kan...maksudnya ada orang nak datang rumah tu...pernah dengar tak orang tua-tua cakap macam tu??

Ira tiba-tiba terfikir..kalau dalam dalam Bahasa Inggeris kan, rama-rama adalah 'butterfly'...kupu-kupu?info dr blogger dill kupu-kupu adalah 'moth' okee..heee..thankss dear for the info.. :)


cantik kan rama-rama ini?

ehh apa beza kupu-kupu dengan rama-rama yea??

rupa-rupanya perbezaan rama-rama dengan kupu-kupu adalah dari segi fizikal utama iaitu pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu. Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

kredit : SINI

ehemmm..siapa perasan Ira ada senaraikan list 'Jalan-jalan dengan Ira' dan 'Main masak-masak dengan Ira' ? Nanti kalau ada nak bercuti ke tempat yang Ira dah review tu, bolehlah tengok..kebanyakannya Ira ada bagi tips :).. lepas tu kalau yang nak mencuba resipi yang Ira dah cuba tu pon boleh..hee..tapi baru sikit je la..hihihi..;p..Insya-Allah nanti makin bertambah..heee


psss : Waa dengar kata movie 'Ombak Rindu' best+wajib bawa tisu ek? Ira tak dapat tengok lagiii..frustt ni..wuwuwuwu..ehemmm...terima kasih semua yang wish 'Good Luck' dan doakan Ira untuk temuduga minggu depan...




Wednesday, November 30, 2011

. Baju baru..heee ;p .


salam semua..

ehemmm...

sorry tadi Ira private blog sekejap masa "salin baju" blog ni..hee..;p..ada yang jenguk Ira ke?Sorry tau!

comel tak?? dah boring layout lama..heee..lagipon layout lama macam 'keanak-anakan sgt'..;p

tentang entry sebelum ni tu...kan Ira dah cakap jangan dok pikiaq bukan2..haha..;p..

tak ada pape majlis pon la....buat semua...tu hadiah jeee...HADIAH tau...satu dah lama, satu lagi baru-baru...jadinya tu bukan cincin merisik, bukan tunang apatah lagi nikah..;p

Ira kena ikut turn, kakak Ira pon belum kahwin lagi..hee..jangan risau..nanti ada berita baik, Ira beritahu dan jemput semua k..terima kasih yang doakan Ira..:)

lagipun Ira tak kerja lagi..bagi lah can Ira solo 'enjoyyy' dulu..hee..nak berjalan dulu sebelum kahwin..banyak tempat lagi tak pergi ni.. Bandung, Disney Land, Korea..haha..;p


psss : Ira guna 'ehem2' untuk si dia tak sesuai ke?ok la..lepas ni Ira guna 'si dia' k..;p.. Ira xnk over lagipon tak tentu lagi jodoh Ira dengan dia..huuu..

psss : Ira nak gi Penang minggu ni..sapa yang dok penang @ pernah gi penang kan cer share kat Ira mana tempat yang Ira WAJIB pergi??



Saturday, October 22, 2011

. Aktiviti Hari Pertama Cuti! .




salam hujung minggu...:D

banyak entry tertunggak ni..heee..taip cepat-cepat sebab next entry nak tunjuk gambar percutian bajet kite hari tu...;p

okey hari ni Ira dah start cuti mid sem...yeayyyy! seminggu tau!!

hari pertama cuti ni Ira dah buat satu aktiviti yang para gadis sangat sukakannyaaa...

iaitu.......

SHOPPING!

sebenarnya tak terniat pon...sob sob sob...ni semua kehendak...huuu..tapi kehendak yang sebenarnya keperluan...hahaha..;p

perkara utama keluar hari ini adalah untuk membeli...

ini......

Quarter Pounder With Cheese...yummy...heee


dengan menggunakan kupon ini....;p

siapa kata weekend tak valid??heee....tapi 1person boleh beli 1 set je tau!


perkara kedua yang telah Ira terrrrrbeli adalah :

3 buah novel ini........;p

terrr ke??heee...sorry Ira memang kaki novel..;p...

tak percaya ke?? sila tengok kat rak buku kaler pink tu....:)

perkara ketiga Ira terrrr beli juga...

adalahhh....

beg ini.......^___________^


comel tak???????comel kannnnn??heeeee...nak pakai minggu ni masa jumpa ehem2...yeayyyyyyy...;p

tu je nak update...



Tuesday, July 5, 2011

. Bersihkan mata je yang mampu... .




salam..

rasanya macam ramai blogger ( yang rapat2 ) mengalami sindrom kemalasan update blog...betul kan?? Ira pon tak terkecuali... T_______T

tambah-tambah lagi dengan kerja yang tak sudah-sudah..selagi tak habis belajar, rasanya semua kerja ni takkan siap kecuali lah ada pari-pari yang tolong siapkan..:)

tapi disebabkan sindrom kemalasan tu...apa pon tak nak buat....heee...

tapi tapi tapi..

ada satu benda yang Ira tak malas...ni juga terapi untuk hilangkan stress yea..:P

iaitu mencuci & membersihkan mata dengan baju-baju cantikkk!huuu...bila nak beli tak dapat kan...tengok pon jadilah...huuu...korang nak bersihkan mata macam Ira juga??




cantik tak???macam suka pulak dress macam ni..tapi masalahnya nak pergi mana??heee...

korang kalau pakai macam ni pergi mana ek???huuu..


psss : nak gi mandi lepas tu nak seru semangat rajin datang......T_____T
ehem2 ke penang....betul ke nak keje kat sana???ehmm...tak apalah..demi kebaikan dia jugaa..



Tuesday, February 1, 2011

. Kenal tak baju ni?? :P .






kenal tak baju ni??


kalo tak kenal, tengok SINI


dah tengok???


sapa dah tau angkat tangan sekarang.. :P


ira pilih baju yang korang suka x?heee..


tapi ada kisah sedih di sebalik baju ni..sob3..


Tuesday, January 11, 2011

. Help me, Please! .


Korang..

Tolong pilihkan untuk Ira!

Huhu

Rambang mata.. :P




Zella Blouse -KT02 Grey

Gambar 1



Zellina Blouse -KT03 White

Gambar 2


Zher Blouse -YL02 Purple

Gambar 3


Zher Blouse -YL02 Turquoise

Gambar 4


Friday, December 24, 2010

. Main masak-masak lagi .


Hari ni kita main masak-masak lagi yea.. Tapi sebelum tu gambar bawah ni adalah kek keju @ cheese cake yang sudah dimofikasi..hee.. Tambah strawberry dalam kek dan untuk hiasan.. Pon sedap! My boyfie kata macam rasa yoghurt pon ada..huu





Disebabkan mak demam, so Ira kena masak..huu.. Tak tahu nak masak apa tapi tengok dalam fridge ada daging korban dulu.. Lama kan simpan??heee.. Lagipun dapat banyak masa tu.. Pastu godek-godek BLOG MAT GEBU dan jumpa resipi ni.. macam sedap.. jom try!


Daging Masak Lada Hitam Dengan Capsicum


Blackpepper Beef With Capsicum

KREDIT TO : BLOG MAT GEBU


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 daging batang pinang, hiris , cuci dan toskan
2 inci halia
*
1 camca besar penuh lada hitam biji
*
3 ulas bawang putih
*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
1/2 biji yellow capsicum, hiris kasar
1/2 biji green capsicum, hiris kasar
2 biji bawang besar hiris berbaji
2 batang leek, potong kasar
1/2 cawan air
1/2 camca besar gula
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daging tadi diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan leek, kacau dan tuang daging perap bersama jus2nya sekali. Kacau rata dan kecilkan api, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan capsicum dan bawang besar, gaul rata dan tambah gula. Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin boleh tambak sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....


Gambar Kiri Atas : Perap daging dengan bahan yang ditumbuk, kicap dan sos tiram

Gambar Kanan Atas : Daging dimasak dan setelah dimasukkan air.. Lepas daging dah lembut, masukkan bawang besar dan tomato (versi Ira)..hee

Gambar Tengah : Siap!!!




Taklah rupawan macam gambar MAT GEBU tapi rasanya sedap!:))


p.s : Terima Kasih Mat Gebu kerana berkongsi makanan yang enak-enak!:D


Komen Ira :

· Sedaappppp.. macam burger prosperity McD pon ada…haha..:D

· Kat dalam fridge rumah ira tak ada capsicum, leek..so tak letak..Ira guna tomato je..hee..

· Sangat senang! Ira sukaaaaa .. korang tak suka, sudah!:P




Monday, December 20, 2010

. ^__^ .



Salam semua..sorry haritu tinggalkan korang tanpa pesanan penaja..kih2…tak sempat sebab sibuk nak kemas baju..mengalahkan nak terbang jauh je kan..heee..sori yea…mesti ada yang tertanya-tanya mana lah perginya tuan punya blog ni…perasan2..:PP..alaaa tp memang ada orang tanya pon..kan ezze kan?rindu kat sis ke..ngeeee…


Sebenarnya penat pon tak hilang lagi ni… walaupun bukan Ira yang drive tapi penat wooo..penat duduk berjam-jam2..heee…jauh tau..merentas 2 buah negeri baru sampai ke tempat yang dituju…huuu…JB plak tu..bukannya Muar ke Batu Pahat ke….nasib baik tak sampai ke seberang laut…Singapore…bila lah dapat merasa ke sana yea??Fizza jom jalan-jalan kat sana nak???nak pergi Universal Studio!!!


Ira menghilang beberapa hari bersebab…ke JB untuk ke rumah p.long belah mak kerana kakak sepupu Ira melangsungkan pernikahan pada hari sabtu..tapi pagi jumaat dah bertolak ke sana sebabnya k.sepupu tu nikah hari jumaat malam..gambar sekitar kenduri tu nanti ira wat entry lain k..tak sempat lagi nak pilih gambar…gambar pengantin tak banyak sangat..gambar bakal pengantin a.k.a tuan punya blog ni banyak la..haha..:P…


Sebelum balik rumah semalam, sempat juga melawat P.Ngah yang baru balik dari Mekah di rumahnya di Negeri Sembilan.. dapatlah merasa ole-ole dari Mekah dan aksesori yang memang Ira suka sangat..hee..untung juga jadi orang awal melawat ni..boleh pilih dulu..hee..Alhamdulillah P.Ngah dan M.Ngah selamat kembali dengan sihat walaupun demam lepas balik..:)


Korang sihat???tak sempat nak blogwalking lagi..nanti ada masa mesti bw kat blog korang..kepada new follower, thanks follow…da 300 rupanya follower Ira…..tapi Ira tau tak semua yang baca setiap apa yang Ira coretkan..kenapa yea korang follow tapi tak mengikuti dan komen kalau berkesempatan?nak minta Ira follow balik ke dan jadikan follower korang beribu2???? Dah salah konsep dah tu.. sukati korang lah kalo korang nak macam tu.. tak ikhlas namanya tu..tiada paksaan nak follow ke tak..up to you..dan tak wujud istilah you follow me, I follow you oke..i don’t like that..sorry! emo kejap..huhu


Cuti dah nak sampai ke penghujungnya…tapi banyak benda yang Ira belum buat…sob3…rasa macam tak sempat je memandangkan lagi seminggu lebih sekolah dah nak buka dan Ira pon kena balik hostel balik..dan tak lama lepas tu praktikum fasa 3 pula menjelma…kepala pon mula pening balik sebab mana nak fikir praktikum, portfolio, rph, tesis yang nak kena siap, perangai student, feedback sekolah, reaksi guru-guru lama kat sekolah tu dan macam-macam lagi lah…….tajuk tesis pon tak ada lagi ni..


Entry ni ditutup dengan gambar Ira jadi model bakul troli yang hanya dijumpai di Carrefour sahaja..hee..Carrefour baru buka jadi mesti kena jenguk dulu..sempat juga beli strawberry sebab esok nak letak dalam cheese cake…:D..




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails