.Awesome Blogger.

Showing posts with label family~. Show all posts
Showing posts with label family~. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

.Iftar.

Selamat berbuka puasa ;)

Pss : Jom rebut peluang beribadah sebelum ramadhan bakal berakhir..

Wednesday, March 27, 2013

.Jalan-jalan Bandung.


 As salam & Hai :)

Rasanya tempat yang Ira nak cerita ni adalah tempat yang paling diidamkan semua wanita di luar sana heee

Bandung, Indonesia!

Siapa dah pernah pergi mesti tahu kan kat sana syurga membeli-belah hihi lagipun kat sana orang Malaysia selalu jadi jutawatan sbb ada berjuta2 rupiah heeee

Ira ke sana 4 hari malam..tu pun rasa tak cukup..ohh nafsuu :p..memang syok la kecuali makanan hee rindu sgt masakan Melayu & Siam haha :p..kat sana yang keluarga Ira makan hanya Masakan Padang dan Sunda sahaja..bakso macam tu..yang lain n gerai2 yang tepi jalan tu nampak sedapp sgt tapi tak berani nak makan sbb takut sakit perut huu kat sana tak macam kat Malaysia..


Jalan kat sana sangat sesak!huiii lagi lah kalo weekend..stresss mak haha nasib bukan driver :p..dan dimonopoli oleh motorsikal macam kat atas ni..jalan pon banyak jalan kecil2...sangat jauh beza dengan di sini..proud to be Malaysian *tetibe*



Ni Strawberry Farm..strawberry dia sedapp..tak masam..ikut nasib kot ahha..boleh petik sendiri pastu timbang n bayar :p..nak masuk sini kena bayar nt dapat air strawberry pure for free..nt dia serve atas pondok2.. :)


Gambar atas ni di Tangkuban Perahu..bestt..sejuk dan nyaman sekali walaupun kadang2 bau macam belerang..masa Ira ke sana, gunung berapi tu masih aktif dan tak lama lepas Ira balik ke Malaysia, 2 minggu lepas tu kan gunung berapi tu meletus! dan tempat ni ditutup sbb berbahaya untuk pelancong..orang kampung pon dipindahkan..tapi sejukkk macam Cameron Highland..lagi sejuk kot..hee tapi kat sini banyak orang paksa beli cenderahati tu..so kena cakap 'enggak mahu' baru diorang pergi..kalau tak menyendeng je kat korang nt..


Trans Studio Bandung! tak masuk pon haha tak cukup masa..wuwuuu..datang sini sbb nak tgk2 & snap pic je huu :p


Tempat wajib : Pasar Baru..macam kompleks beli belah kat sini tapi kedainya pack macam dalam gambar atas ni..hee..bertingkat2 ikut kategori..kain lace, kain pasang, kain langsir,tshirt, jeans, kasut, beg, barang kering, doorgift semua ada kat sini..nama je Pasar tapi sebenarnya dia kompleks beli belah..ermm dari luar macam Pertama Kompleks gitu kot?Sogo macam blh gak kalo nak banding tp luaran je la..dalaman lain sangat2...tak cantik lah macam KLCC, Mid Valley heee :p...1 hari mmg tak cukup okay datang sini *sigh*..ni orang yang tak puas shopping punya celoteh ahahah :p..Ira sempat grab baju nikah ( lace + satin ) untuk nikah nanti..lepastu belikan my family baju sedondon..ayah, mak n kakak ( lace + satin ) juga untuk my wedding day..memang berbaloi2..heee rasa harga tu kalau Ira beli kat Jakel, Ira takkan beli kot haha tak sampai 1K okay utk semua tu..act tak sampai pon RM700 sebab dah diskaun baik punya huu tak dapat kat sini..kedai y Ira recommended : The Cosmo...layanan sgt superb + boleh diskaun banyakkk heee Owner tu y layan my family n siap serve Teh Tarik + Kuih-muih untuk my family hee tahu aja lah kan kalau nak pilih kain untuk nikah berapa lama..sejam juga la kat sini..hee my fiancee tak pergi so Ira sorang yang decide lagi pening haha..nasib dah pilih warna sebelum pergi Bandung :)

Ni gambaran dekat luar Pasar Baru...kaki lima kedai je..masa ni hari Ahad..perghh mmg ramai sgt orang..huuu sangat sesak tapi kat sini Tshirt saiz besar banyakkk...dalam Pasar Baru, tshirt saiz L, XL tu cutting kecil...ha kat sini banyak yang standard saiz kita..harga lain sikit la tapi kain sama...


Makanan ni namanya otak-otak Ikan Tenggiri + pencicahnya mcm kuah kacang..sedappp tapi kitaorang kena tipu huuu..sebab main bayar je kan..Ira la tu..huwaa mahal giloss la kalo convert duit malaysia..1 ni blh cecah RM2 kot dgn harga yg Ira bayar tu..hampehhhhh mamat Indonesia tu..huuuu..ni makan kat Strawberry Farm..harga sebenar tak sampai RM1 pon *sadis* nasib baik kaya kat sana huu



Ni masakan Sunda :)



Ni masakan Padang :)

2 masakan ni je yg boleh masuk tekak..tu pon tak berapa nak boleh sangat haha tapi nasi putih la..masakan dia xda yg pedasss huuu tak berapa lalu nak makan..boleh gitu?haha tak ada tomyam, tak ada masak lemak cili api, tak ada asam pedas haha.. :p kalau masakan padang tu walaupun banyak laukknya, tapi akan dikira kalau korang sentuh lauk tu walaupun sikit..so kalau tak nak lauk tu tak payah sentuh langsung hihi 

TEMPAT WAJIB PERGI ( berdasarkan pengalaman ) :

1. Pasar Baru Trade Centre ( Baju, Kain, Telekung, Langsir, Kasut..semua ada ;p )
2. Tangkuban Perahu
3. Strawberry Farm
4. Trans Studio
5. Rumah Mode ( Jual baju2 branded )
6. Toko Tiga ( Jual jeans mcm Levi's, Lee Cooper bla bla )
7. Factory Outlet Jalan Riau, Jalan Dago
8. Jalan Asia-Afrika ( untuk snap2 pic, ni jalan y ada bangunan lama kat Bandung )
9. Gedung Sate ( snap2 pic gak..Ira tak sempat pergi sbb flight delay..)
10. Kampung Daun ( ni tempat makan..harga range restoran eksklusif / hotel..)
11. Kartika Sari ( kedai jual brownies, kek lapis n mknn dr Bandung )

BENDA WAJIB BELI ( my taste haha ) :

1. Kain2 sulam yang buat baju tuu.. :p kat Pasar Baru..
2. Jeans kat Toko Tiga :)
3. Pisang Salai kat Pasar Baru ada, kalau terlupa sbb dah gila shopping kain kan haha boleh beli kat Kartika Sari tapi mahal sikit la huu Pisang Salai Cheese Recommended! :)..tak sama mcam pisang salai basah kat sini..beli laa mesti tak menyesal :p
4. Brownies Coklat dari Kartika Sari..1 pon cukup hee
5. Flat shoes, beg jalan2 kat Pasar Baru..murah sgt hee kat uptown Malaysia sll RM29.90, RM39.90, RM49.90..kat Bandung RM15.00 haha wow tak? :p
6. Kain Lace heee perempuan mesti suka kan..skarang bukan orang nikah je boleh pakai..hee design cantik, warna cantik kat sana..pilih je pastu bayar..jauh beza harga dari sini..trust me! :) kat Pasar Baru tau!
7. Telekung memang wajibbbbbb hahaha i likee dengan sulam2 tu...tak sampai RM100 pon..kalo kat sini jauh beza..huu telekung hantaran pon Ira beli dah hee :p..kat Pasar Baru juga tau!telekung travel pon murah sgt..kitaorang beli 1 dozen hihi
8. Tshirt2 yang tulis i love bandung semua..ingat..kat dalam Pasar Baru cutting kecil sikit..kat luar kaki lima kedai tepi Pasar Baru cutting besar ( standard Malaysia ) tapi harga lain sikit..kualiti sama :)
9. Keychain, fridge magnet..utk buah tangan..

Tips :

1. Kat sana banyak sangat pengemis, peminta sedekah...kalau kasihan sgt pon tolong jangan bagi sebab once korang bagi, segerombolan akan datang minta lagi pada korang..mahu?huhu..kat sana driver Ira cakap..peminta sedekah tu adalah satu pekerjaan..so fikir2kan lah..memang sedih + kasihan sgt tapi..hurmm..terpulang la :)
2. Beg, Purse, Wallet sila la bawa dengan sangat berhati2..kat dalam Pasar Baru tu ada pencopet..kalau bawa beg sandang kena sandang kat depan macam carry baby tu hee
3. Tukar duit kat Malaysia siap2..rajin lah plak nak pergi bank semua kan kat sana :)..rate Ira pergi hari tu 1 juta rupiah = RM330.00 macam tu...
4. Kalau tak nak beli apa2 barang yg dijual oleh peniaga yg akan sentiasa datang pada korang, sila cakap dengan jelas " ENGGAK MAU" heee sebab selagi korang tak cakap, dia akan pujuk beli..my mom dah kena kat Tangkuban Perahu..if korang diam pon diorang akan mengekori korang sampai korang beli..sanggup??bila korang tak nak beli kan dia akan cakap..tadi ibu kata mahu beli..huuu..
5. Jangan beli makanan di tepi jalan sebab takut keracunan..air2 pon sama...seeloknya minum air mineral...tapi kalau dalam restoran boleh je..kat sana agak kotor...makan kat restoran2 okay..bukan berlagak tp kebersihan tu mmg kena jaga kat sana..sebab kat sana tak macam kat sini..

Ohh lupa.Ira stay kat homestay kat Bandung..ada package by : Red Ribbon Boutique (minimum 4 person ) sebab pergi by family kan..ada 3 bilik..harga per person..siap driver, van yang besar utk kami heee..selesa sangat :), petrol, tol, parking semua la..kat sana bawa duit makan, perbelanjaan sendiri n shopping gitu..:)...fly ke sana naik AIRASIA yg delayed lama gilaaaaaaaa..gerammm sgt2 huuu nasib dapat  free mknn..ptt flight kul 1 tp delayed sampai kul 10.00 malam! tu pon suppose flight 12.00 malam tau..nasib awal sikit pukul 10.00 malam..yg slh AIRSIA Indonesia..wuuu..1st time Ira naik flight delayed..tapi gi Bandung mmg sll delayed tau..so be careful!

See you! Papai :)

Sunday, September 16, 2012

.Baby & Ira.


Salam :)

Selamat Hari Malaysia :)

Sihat semua?hee..terkejut tak Ira update blog..hukhuk...maaf lah Ira pon tak ada sebab kenapa Ira tak update blog...taklah sibuk sangat sebab hari2 masih online cuma dunia blogger macam tak dipedulikan sangat..haha..maaf..kemalasan melanda..:p


Ira dan baby boy..hehe..yang pasti bukan baby Ira lah sebab tak bernikah lagi kan macam mana pulak boleh dapat baby..ajaib kalau dapat..hukhuk..ni adik sepupu Ira paling bongsu (setakat ni :p), anak kepada paksu Ira...adik mak Ira yang paling bongsu..comel..baby ni lahir pada hari raya yang kedua haritu..:)

Teruja dapat pegang baby baru lahir sampai post kat blog haha sebab nanti ada kenangan di hari tua..hikhik..esok baby ni dah nak sebulan dah n dia nak datang rumah Ira!yippi..:p

Raya pon dah nak habis..hukhuk..Ira je tertinggal keretapi..:p..Ira nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang Ira menulis di blog ini dan mencoret komen di blog blogger yang lain..Maaf zahir batin yea...:))


Psss : Ira dapat semua kad raya yang blogger2 tertentu hantar..terima kasihhh banyak2 tapi Ira tak sempat balas..maaf sangat..tahun depan tunggu kad raya Ira yea :))

Berzaman sangat tak update sampai baru perasan follower dah 1k...Terima kasih yang sudi follow..:)..ada masa Ira blogwalking yea..

Saturday, January 14, 2012

.Warkah buat Hani.




salam semua..selamat berhujung minggu..:)

mesti ramai yang keluar jalan-jalan kan?

tadi abg saudara (anak kepada abang mak Ira) dan keluarganya berkunjung ke rumah Ira..isteri abg saudara tu cikgu juga..tengah sambung ijazah, jadi nak pinjam buku-buku Ira..

anak dia ada sorang sahaja..namanya Hani..namanya panjang sebenarnya tapi Ira dah tak ingat pula..hee..yang Ira ingat Hani...bukan Hanie Dew tau..ekekee ;p


Hani masa umur 4 tahun..sekarang dah 5 tahun..muka masih sama, macam anak cina tapi dah tinggi..jumpa pulak gambar dia dalam simpanan Ira..ehee..masa kenduri kahwin kakak saudara lagi sorang..


Hani suka sangat dengan patung mainan atau nama ringkasnya bear..sebelum datang rumah Ira, diorang singgah R&R lepas tu bear monyet yang sentiasa dikelek oleh Hani tertinggal kat sana....nasib baik Hani tak menangis (isteri abg saudara Ira cerita ;p)

bila datang rumah Ira, mak ngah Ira dia ni (Ira la tu..tapi Hani masih panggil Ira, kakak..keke) kan banyak bear..huuuu..Ira tak beli, tapi orang bagi....jadi Hani ni mengekor 'kakak' Ira dia ni masuk dalam bilik, lepas tu mula pegang dan kelek salah satu bear Ira yang namanya Rico (sejenis racoon, ole-ole yang si dia bagi dari Night Safari, Singapore)..Hani asyik sangat main dengan Rico sampai tak mahu makan...ayah Ira cakap bawalah balik..Ira dalam hati...ehhh tak boleh..hadiah orang bagi..dan otak pon mula bekerja secara pantas macam mana caranya nak elakkan Hani bawa balik Rico yang kesayangan Ira bagi tu...(naya lah Ira kalau si dia tahu hadiah tu diberi kepada anak saudara Ira..hee)

kakak Ira suruh Ira bagi bear pink ni...lebih kurang macam gambar ni tapi dah tak pink sangat..hee

source : Mr Google

sebenarnya ni pon orang bagi tapi Ira tak sayang pon sebab ni hadiah dari ex Ira..;p...dah lama dah, warna pink tu pon dah bertukar sebab tak sayang kan..ahaha..dulu nak buang tapi mak Ira bagi anak yang mak Ira jaga tu main bear tu..sekarang ni dah bertukar milik, jadi hak Hani..;p


Dear Hani,

mak ngah bukan tak nak bagi Hani Rico yang Hani panggil kucing tu walaupun mak ngah dah cakap tu racoon, bukan kucing...tapi mak ngah tak boleh bagi sebab tu hadiah dari bakal pak ngah Hani...nanti kecil pula hati bakal pak ngah kalau tahu mak ngah bagi kat Hani Rico yang dia beli jauh-jauh tu..mak ngah harap Hani faham ye sayang..tapi mak ngah dah ganti dengan bear pink yang comel tapi dah tak pink sangat tu kan?mak ngah siap sembur febreze lagi bagi bear pink baru Hani wangi..

baik kan mak ngah Ira ni??;p



pss : Ira tak kejam kan?siap buat amal lagi..huu
psss lagi : Ira masih menunggu nama sekolah..wuu..sabar itu manis kan..Thanks semua..:)


Friday, June 24, 2011

. Ibuku sudah selamat! Alhamdulillah :D .



salam..

merujuk kepada ENTRI sebelum ini...sebenarnya mak Ira yang sakit...takkanlah Ira yang sakit..nauzubillah...kalau Ira sakit siapa pulak yang tukang update tu..heee..:P

tadi mak Ira dah selamat dibedah...amin..tapi kesian kat mak sebab Ira tak tunggu pon kat luar dewan bedah tu.....sorry mak..:(

sebenarnya Ira memang nak tunggu...ikut perancangan, mak Ira akan dibedah pada jam 2 pm..jadinya memang Ira dan along Ira nak ke hospital pada waktu melawat tengahari iaitu jam 12.00...tup tup mak Ira call cakap kejap lagi mak Ira dah kena operate..masa tu jam menunjukkan 11.45 am...tak sempat kami nak ke hospital, mak Ira dah nak kena masuk dewan bedah....dan mak Ira cakap tempoh masanya adalah 4 jam....jadinya along Ira cakap nanti kita datang masa melawat petang lah sebab kalau datang pon mak Ira tak keluar dewan bedah lepastu nanti guard yang jaga pagar nak naik lif tak bagi masuk...guard tu jahat la...:(

lebih kurang pukul 4, Ira pon sampai hospital dan terus ke wad mak..pergi kat katil mak tengok mak dah ada...rupa-rupanya operation berjaya dan habis awal..alhamdulilah...tak sampai pukul 3, nurse cakap mak Ira dah keluar dari dewan bedah...huuuu...sorry mak sebab adik tak ada kat mak masa tu....( sedihhhhh......T_______T )

masa kami datang, mak Ira tidur dan bila along cuba panggil mak, mak...mak Ira pon sedar tapi masih mamai lagi...ubat bius tu masih beri kesan dan kami pon suruh mak tidur dan rehat...

masa tu rasa macam gembira dan syukur sangat pada Allah sebab mak Ira selamat...:)..kalau mak korang masuk hospital dan kena bedah nanti korang tahu la macam mana rasanya..dah lah Ira suka fikir bukan-bukan...issshhh...huhuhu.....alhamdulillah Allah makbulkan doa Ira dan kawan-kawan yang doakan mak Ira... ( status kat Fb )...terima kasih sangat yang mendoakan mak Ira...:D

jadinya sekarang ni Ira di hospital dan sedang menjaga mak Ira...mak Ira dah boleh bercakap sikit-sikit dan sedar juga lah orang datang melawat....ramai juga yang datang tadi walaupun mak Ira masih dalam keadaan mamai...ada ayah Ira, jiran-jiran kat rumah, m.ndak ira, jiran m.ndak, adik m.ndak ( m.ndak adalah isteri kepada kembar mak Ira ) dan ehem2 Ira yang bawakan kebab dan buah untuk Ira..:P

terima kasih sebab sudi melawat mak Ira dan mendoakan mak Ira selamat...semoga Allah yang membalas jasa kalian...mungkin mak Ira boleh keluar dari hospital pada hari Isnin kalau tak ada apa-apa masalah lain..:)

psss :
Ira macam tak boleh je tidur kat hospital ni sebab kat sebelah ni ada pesakit yang baru pindah dari ICU...tapi tak ada pon ahli keluarganya??bunyi monitor dan bantuan pernafasan tu kuat dan agak mengganggu juga..pesakit tu masih dimonitor, diberi bantuan pernafasan dan Ira dengar pesakit tu ada MRA...apa itu??lepas tu Doc bertugas cakap pesakit sebelah katil mak Ira ni tak boleh duduk kat sini sebab takut mak Ira dan pesakit depan ni kena infection...risau balik dah ni..:(

Ira siap bawa tikar, comforter, bantal kecik ira konon-konon nak alas tidur kat lantai ni..tapi macam tak jadi je nak bentang..hukhuk...kalau katil sebelum mak Ira pindah ni macam ok sikit sebab wad kelas 2 dalam bilik, privacy sikit..ni mak Ira terpaksa pindah wad kelas 3 sebab nak kena operate dan senang nurse nak tengok....kat sini betul-betul depan meja nurse dan orang lalu lalang...rasanya Ira tak tidur kot malam ni.....tak pe la kot...janji mak Ira sihat kan..doakan tau!



. Semoga semuanya selamat..amin .




* update dengan pantas *

salam..

mulai hari ni Ira akan 'berumah tangga ' di hospital..


doakan yea moga semuanya selamat..

operation jam 2 pm.. doc cakap mungkin operationnya dalam jangka masa 4 jam..

lamanyaa la...

risau gak ni tapi insya-Allah tak ada apa-apa...amin..




sumber pic : Mr Google


Friday, December 24, 2010

. Entry Tertunggak .




salam semua..

entry ini penuh dengan gambar sahaja..hee..

gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan my cousis @ kakak sepupu di JB sabtu yang lepas..huu..

lambat update..

gambar masa nikah ada dalam digi cam.. tak sempat nak transfer... yang ni plak dari cam hp..:)

harap maklum gambar pengantin tak banyak..

yang paling banyak gambar bakal pengantin..haha..

tapi tak tahulah tahun bila kan..:PP

sorry jangan muntah tapi kalau nak puji sangat dialu-alukan..heee






dah puas tengok??

klik like kat atas kalau suka..haha

p.s : Ira nak gi masuk dapur ni..mak demam so I la kena masak..huuu.. masak lambat sebab tak ada orang kat rumah..korang jangan kata Ira pemalas ea!:PP..



Sunday, November 28, 2010

. Dinner at Holiday Inn, Shah Alam .


hyee semua!

jumaat malam hari tu , p.ndak Ira ( twins my mom ) ajak gi dinner kat hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam.. pulak tu p.ndak cakap nak belanja kan.. so apalagi.. onn terus..hee..

my family n family p.ndak pon gi dinner kat sana.. makan buffet so leh makan macam-macam.. lagipun its for birthday my cousin yg umurnya 5thn.. so celebrate sekali kat sana..

so jom tengok gamba je la ea.. tak banyak sangat sebab internet slow.. susah nak uploadd..huu..

Holiday Inn, Shah Alam.. source : Mr Google


not worth 4 paying 75..

cake.. satu je sedap..huuu

bbq ikan..:D

bbq again..kambing, ayam, tiram.. yummy!

birthday girl!

chocolate cake..


tunggu lighter nak nyalakan lilin..

fuhhh2.. tiup cpt..

last but not least.. my pic with birthday girl n her sis.. :D

lastly..

memang best sebab makan ramai-ramai with the family..

tapi tak berbaloi sgt la bayar agak mahal utk makanan kat situ..

rasanya yg ok cuma BBQ je..

yang lain.. tak berapa sedap!huu..

cake dia pon xsedapp..

tapi sebab dibelanja kan.. soo enjoy!

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails