.Awesome Blogger.

Showing posts with label yummy~. Show all posts
Showing posts with label yummy~. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

.Tat Buah-buahan @ Fruit Tart.



Salam, entry terakhir untuk bulan oktober..curi masa ni update huhu..p

Resepi untuk Tat Buah-buahan @ Fruit Tart..


Bahan untuk Pastry ( Shell ) :
125 gm mentega / margerin ( Boleh agak-agak )
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum ( Boleh agak-agak huu )

Bahan untuk Custard Filling(inti):-
2 cawan susu segar ( Gooday ke HL ke anythings )
4 sudu tepung kastard ( Ira guna Nona )
1/2 cawan gula halus
( Boleh buat 40 biji tat sederhana, kalau nak buat sikit bahagi 2 yea )

Hiasan :
Buah Strawberi, anggur dan kiwi ( Terpulang nak guna buah jenis apa ) - Potong ikut suka hati


Cara-cara
Untuk membuat pastry / shell :
Masukkan mentega/marjerin dan telur dan pukul sebati. Selepas itu masukkan tepung. 
Gaul hingga membentuk doh. Pastikan doh tak lekat kat tangan tu maksudnya dah okay dah. 
Tekankan doh tadi ke dalam bekas/acuan shell tart. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat custard filling:
Masukkan susu segar, tepung kastard, gula ke dalam periuk. 
Masakkan atas api sederhana. 
Kacau sentiasa supaya tak berketul2 dan tunggu sehingga pekat dan tutup api.

Sudukan filling kastard ke dalam acuan shell / pastry tu ikut suka nak banyak mana. 
Seeloknya penuh shell tu dan hias dengan buah-buahan segar :)


Resepi asal dari website My Resepi tapi Ira banyak adjust untuk buat paling simple..
Macam tak letak telur utk filling custard tu sbb rs macam tak perlu je. 
Alhamdulillah rasanya sedap dan mendapat pujian dr ramai orang. 
Korang boleh cuba Insya-Allah menjadi..:D

sumber asal : Myresipi

 Close Up :)


Kena cuba sebab sedapp..hehee..papai! see u when i see u :D





Tuesday, April 17, 2012

.Big Burger at Fontana Cafe.


Salam semua..:)

Sorry ye sekarang ini memang susah sikit nak update blog..kalau ada masa terluang baru Ira update..kalau tak, godek2 entry lama je la yea..komen la sampai lebam..hehe ;p

Berbalik kepada entry INI, cer tengok besar mana burgernya..;p

besar kan..:)

Ira makan di Fontana Cafe & Catering yang bertempat di Taman Equine, Seri Kembangan..cafe ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) episod 3 minggu lepas kot..boleh lah search kat tonton.my kalau nak tengok..:)

Pemilik cafe ni adalah berbangsa Australia yang mana beliau berkahwin dengan wanita tempatan...burger ini diinspirasikan dari negara Kangaroo tu la...

Jom kita terjah Cafe ni..heee

Set Fontana burger dengan fries = RM 10.10 

Daging burger ni memang tebal!lebih kurang 2 inci camtu...memang kena makan 2 orang (Ira la)..rasanya not bad..Ira tak pernah makan burger bakar kat Wangsa Maju tapi Ira rasa harga burger ni berbaloi dengan rasa dia..range harga burger RM 10-RM15..ada western food, thai food juga kat cafe ni..eh lupa..boleh karoake sekali kat sini..FOC...heee ;p

Teringin?jomm gi makan kat sana..;p

Pss : ni bukan makan berdua dgn 'si dia' tapi makan bertiga dengan kakak Ira & anak jiran..


Tuesday, November 1, 2011

. Fenomena dot-dot .



salam semua..

detik Ira menaip entry ni rasanya semua dah lena dibuai mimpi kot..;p.. Ira baru lepas study..ececece..hee...tak boleh tidur sebab tak mengantuk lagi...minum white coffee tadi sebelum study..

bukan study sgt pon...Ira baca dulu dari kulit ke kulit buku tu lepas ni baru mula buat nota ringkas lagi cepat ingat...ada 2 kertas lepas cuti Raya Haji ni.. nak tak nak kena la study untuk peperiksaan yang terakhir sebelum berjaya menggenggam ijazah sarjana muda perguruan ni..buat yang belum tahu, Ira bakal bergelar seorang guru..insya-Allah mudah-mudahan dipermudahkan oleh Nya..:D

Ira nak tunjuk apam polkadot yang menjadi kegilaan kebanyakan gadiss dan para ibu yang gigih mencuba resipi ni.. Ira pon tak terkecuali gak..heee..;p..si gadis ( Ira la tu dengan kakak Ira ) dengan kerjasama si ibu ( mak Ira ) berjaya menghasilkan apam polkadot yang tak berapa nak polkadot tu ( ngeee ) semasa cuti Deepavali baru-baru ni..

nak tengok? tapi jangan gelak yea..wuwuwuwu..malu nak tunjuk...;p



Resepi Apam Polkadot :

Bahan-bahan -

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Caranya -
1. Pukul telur dan gula hingga kembang ( putih ).

2. Masukkan ovallete, esen vanilla, baking powder, tepung, sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan

4. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

6. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

7. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

kredit : Myresipi & Kawan Mak


Selamat Mencuba!





Sunday, November 28, 2010

. Dinner at Holiday Inn, Shah Alam .


hyee semua!

jumaat malam hari tu , p.ndak Ira ( twins my mom ) ajak gi dinner kat hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam.. pulak tu p.ndak cakap nak belanja kan.. so apalagi.. onn terus..hee..

my family n family p.ndak pon gi dinner kat sana.. makan buffet so leh makan macam-macam.. lagipun its for birthday my cousin yg umurnya 5thn.. so celebrate sekali kat sana..

so jom tengok gamba je la ea.. tak banyak sangat sebab internet slow.. susah nak uploadd..huu..

Holiday Inn, Shah Alam.. source : Mr Google


not worth 4 paying 75..

cake.. satu je sedap..huuu

bbq ikan..:D

bbq again..kambing, ayam, tiram.. yummy!

birthday girl!

chocolate cake..


tunggu lighter nak nyalakan lilin..

fuhhh2.. tiup cpt..

last but not least.. my pic with birthday girl n her sis.. :D

lastly..

memang best sebab makan ramai-ramai with the family..

tapi tak berbaloi sgt la bayar agak mahal utk makanan kat situ..

rasanya yg ok cuma BBQ je..

yang lain.. tak berapa sedap!huu..

cake dia pon xsedapp..

tapi sebab dibelanja kan.. soo enjoy!

Saturday, June 20, 2009

. Mari Belajar Memasak! .


mari2..
hari ini kita belajar memasak yea..
sape suka makan spaghetti??angkat tangan!!
haa kamu..
suka yea..
hari ini bukan nak ajar masak spaghetti yang biasa tu..
yang tu da biasa sgt..
kali ni kita belajar masak spaghetti goreng ok??
bahan2 yang diperlukan adalah :

bawang putih..antara 5-6 ulas..hiris bawang putih @ cincang dadu untuk ditumis nanti..

spaghetti yang telah direbus..mesti kena ada ni..huhu
ni daging burger...potong dadu...tak pun boleh juga guna daging atau isi ayam ok..ikut suka..
kiub ayam samada maggi ke knorr ke...pon ikut suka...
cili api..kalo nak pedas la..hehe

ni plak lada hitam yang telah ditumbuk halus...ikut kesesuaian...


lastly..daun sup/parsli yang telah dicincang halus..xhalus pon??haha..sukati la nak potong cane pon..=p


CARA MEMASAK :
1. letak sedikit minyak di dalam kuali dan tunggu hingga panas..
2. tumis bawang putih sehingga naik baunya..
3. masukkan kiub ayam maggi / knorr.. 1 kiub sudah memadai..tapi ikut kesesuaian la k..
4. setelah bahan-bahan tersebut garing dan naik baunya, masukkan isi ayam atau daging burger ke dalam bahan tersebut
5. tunggu sehingga isi ayam atau daging tersebut masak atau separuh masak kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus..
6. setelah itu, masukkan cili api dan lada hitam..kalo nak pedas, letak banyak sikit..tapi letak sikit pon dah berasap..hoho
7. hias spaghetti goreng dengan daun sup/parsli..
8. siap dan boleh dimakan...



inilah hasilnya...yummy...





. Yummy~ .


hello..

hoho..

disebabkan esok sudah mahu balik ostel..

hari ni kena penuhi keinginan2 yang mengada2 tu..

nak tu la ...

nak ini la ...

xpela..

sesekali kan..

kalo tak, kempunan plak...huhu..

teringin nak minum ice blended laa...

pastu masa kuar gi kedai tadi..

nampak plak ada orang yang jual..

ha ape lagi..

kak, ice blended cappucino 1!!

wahh sedap2..

nak beli ice blended SR ke Starbucks ke jauh sgt kan..

yang ni pon ok la..

murah je..

janji sedap..

kan2...

shedapppnya..krim dah cair...huhu..


muka syok dapat ice blended...hahaha..* ignore2 *

huwaa..

esok dah kena balik!!!

menciiinyeee....

.. :( ..




Friday, June 19, 2009

. Jenjalan .


holla!!

hari ni hari jumaat..

19 jun 2009..

huhu..

saje je bagitahu..hoho..=p

actually hari ni me menemankan my sis gi uitm shah alam..

dia nak amik mini transcript utk degree dia..

dah habis study dah..

nak tunggu konvo n dapatkan sijil ijazah yang real agak lambat..

bukan agak..tapi memang lambat pon..

around bulan oktober camtu..

so kena la guna mini trancsript ni kalo nak cari keje dengan menggunakan ijazah..

leceh ek??huhu..

actually before ni dah gi da..

tapi system down plak..

so xdapatlah nak print mini trancsript ni..

bengang jek..

last2 tadi baru dapat..

after tu ktowang saje2 je masuk ada 1 dewan pameran tu..

dulu me da pernah masuk dah..

masa my sis konvo diploma..

around 2 thn yang lepas..

bahan2 yang dipamerkan dalam tu mestilah dah berubah kan...

kalo tak berubah, memang melampau laaa...

ada something yang menarik minat..

tadaaa...cantik x??

dari kertas je tu..

tergantung tau..hehe..


comey kan...

disebabkan me da temankan dia..

so dia kena blanja makan..haha..

ktowang makan kan ala2 kiosk kat bwh bangunan tu je...

xla jauh sgt..anggerik deli namanya..

makanan dlm tu semua diserve dan dimasak oleh student uitm yang amik cos hotel kot..

kiranya ada yang ngah LI dan ada gak yang kerja sambilan..

so memang fully student la...


ni fresh orange ngan nescafe ais..my fav is fresh orange..



black papper chicken chop..yummy....

kirenya dari pagi sampai tengahari memang me jadi minah salleh hari ini..

kah3..

jangan jeles....

tapi chicken chop slh satu my fav gak..

tapi tetapi melayu sejati k TANPA campuran jawo...wawawa..=p

+_+



. Oh Durian! .




sekarang ni ngah musim durian kan..

sedapnya dapat makan durian..

lagi2 durian kampung kan..

nasib baik ada paksu yang tak lupa kitaorang ni..

sanggup kirimkan kat pak ndak..hehe..

best2..







. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails