.Awesome Blogger.

Friday, June 24, 2011

. Ibuku sudah selamat! Alhamdulillah :D .



salam..

merujuk kepada ENTRI sebelum ini...sebenarnya mak Ira yang sakit...takkanlah Ira yang sakit..nauzubillah...kalau Ira sakit siapa pulak yang tukang update tu..heee..:P

tadi mak Ira dah selamat dibedah...amin..tapi kesian kat mak sebab Ira tak tunggu pon kat luar dewan bedah tu.....sorry mak..:(

sebenarnya Ira memang nak tunggu...ikut perancangan, mak Ira akan dibedah pada jam 2 pm..jadinya memang Ira dan along Ira nak ke hospital pada waktu melawat tengahari iaitu jam 12.00...tup tup mak Ira call cakap kejap lagi mak Ira dah kena operate..masa tu jam menunjukkan 11.45 am...tak sempat kami nak ke hospital, mak Ira dah nak kena masuk dewan bedah....dan mak Ira cakap tempoh masanya adalah 4 jam....jadinya along Ira cakap nanti kita datang masa melawat petang lah sebab kalau datang pon mak Ira tak keluar dewan bedah lepastu nanti guard yang jaga pagar nak naik lif tak bagi masuk...guard tu jahat la...:(

lebih kurang pukul 4, Ira pon sampai hospital dan terus ke wad mak..pergi kat katil mak tengok mak dah ada...rupa-rupanya operation berjaya dan habis awal..alhamdulilah...tak sampai pukul 3, nurse cakap mak Ira dah keluar dari dewan bedah...huuuu...sorry mak sebab adik tak ada kat mak masa tu....( sedihhhhh......T_______T )

masa kami datang, mak Ira tidur dan bila along cuba panggil mak, mak...mak Ira pon sedar tapi masih mamai lagi...ubat bius tu masih beri kesan dan kami pon suruh mak tidur dan rehat...

masa tu rasa macam gembira dan syukur sangat pada Allah sebab mak Ira selamat...:)..kalau mak korang masuk hospital dan kena bedah nanti korang tahu la macam mana rasanya..dah lah Ira suka fikir bukan-bukan...issshhh...huhuhu.....alhamdulillah Allah makbulkan doa Ira dan kawan-kawan yang doakan mak Ira... ( status kat Fb )...terima kasih sangat yang mendoakan mak Ira...:D

jadinya sekarang ni Ira di hospital dan sedang menjaga mak Ira...mak Ira dah boleh bercakap sikit-sikit dan sedar juga lah orang datang melawat....ramai juga yang datang tadi walaupun mak Ira masih dalam keadaan mamai...ada ayah Ira, jiran-jiran kat rumah, m.ndak ira, jiran m.ndak, adik m.ndak ( m.ndak adalah isteri kepada kembar mak Ira ) dan ehem2 Ira yang bawakan kebab dan buah untuk Ira..:P

terima kasih sebab sudi melawat mak Ira dan mendoakan mak Ira selamat...semoga Allah yang membalas jasa kalian...mungkin mak Ira boleh keluar dari hospital pada hari Isnin kalau tak ada apa-apa masalah lain..:)

psss :
Ira macam tak boleh je tidur kat hospital ni sebab kat sebelah ni ada pesakit yang baru pindah dari ICU...tapi tak ada pon ahli keluarganya??bunyi monitor dan bantuan pernafasan tu kuat dan agak mengganggu juga..pesakit tu masih dimonitor, diberi bantuan pernafasan dan Ira dengar pesakit tu ada MRA...apa itu??lepas tu Doc bertugas cakap pesakit sebelah katil mak Ira ni tak boleh duduk kat sini sebab takut mak Ira dan pesakit depan ni kena infection...risau balik dah ni..:(

Ira siap bawa tikar, comforter, bantal kecik ira konon-konon nak alas tidur kat lantai ni..tapi macam tak jadi je nak bentang..hukhuk...kalau katil sebelum mak Ira pindah ni macam ok sikit sebab wad kelas 2 dalam bilik, privacy sikit..ni mak Ira terpaksa pindah wad kelas 3 sebab nak kena operate dan senang nurse nak tengok....kat sini betul-betul depan meja nurse dan orang lalu lalang...rasanya Ira tak tidur kot malam ni.....tak pe la kot...janji mak Ira sihat kan..doakan tau!



6 comments:

sitinuraffizza said...

syg!! mak kmu sakit pe?? huhu
btw, alhamdulillah semua slmt. :)
mak fza byk kali dh operate. fabroid d. tp ms 2 kck lg. tp mmg brsyukur la, mak slmt. so, fza phm cmne prasaan kmu syg. sbr ye. jg mak molek! :-*

Annisa said...

Assalamualaikum,
alhamdulillah mak ira selamat dibedah :') sedih baca entri ni dan gembira bila mak ira dah selamat. pernah gak ahli keluarga sakit dan dibedah before ni. tak dapat nak menangis depan diorang. kena tahan rasa sebak. take care ira. dan moga mak ira cepat sembuh. amin.

lots a love, nisa <3

Juliet_iRa~" said...

fiza ;

mak ira ada fibroid dlm rahim..huu..
tu yg kena operate...
tu la dah selamat..:)
risau la wpon xda pape kan..huu..

yeke?keciannyaaa..nape??
fibroid kat mana???skang dah ok??
oke i will..hee..
aritu ira tdo kat hosp semalam..
lepas mak ira operate..
skg dah blk melaka..

Juliet_iRa~" said...

nisa ;

alhamdulillah..:)
btol2...
ira sedih tgk mak macam tu..
pastu terfikir kalo kita yg mcm tu cpe la nak jaga kan?huu

insya-Allah..sekarang ni mak ira mmg kena pantang semua..:)
thanks utk doa itu..
take care juga..:D

*hugs*

sitinuraffizza said...

eh2, sm r syg. fabroid dlm rahim 2. lm dh operate. then batu karang dlm hempedu lg. so, mak fza dh xd hempedu skg. huhu
tp alhamdulillah la, skg dh sehat. tp tiap2 bln kne medical checkup r. drh tggi, kncg mnis sume kne check. alhamdulillah jgk xd ppe. :)
owh, yeke? ok r 2 kl mak ira dh ok. hop ok sepenuhnya nnt k!

Juliet_iRa~" said...

fiza ;

ohh yeke..sm la ea..
just buang semua ke fibroid tu?
mak ira buang semua..
wah yeke..2x lah operate ek??
risau kan...hurm...
ada gak patient kat sblh katil mak ira kena sm...pastu dia ada kencing manis tau..then dia koma..kesian sgtt.....

tu la..insya-Allah..:)

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails