.Awesome Blogger.

Sunday, June 12, 2011

. Weekend yang Membahagiakan Tapi Mengeringkan :( .





salam semua..:)

GA dah tamat....pemenang bertuah pon dah tahu...tunggu je hadiah sampai di rumah yea..insya-Allah dalam minggu ni..hee..terima kasih semua yang sudi join.. :D

weekend ni memang sangat membahagiakan tapi dalam masa yang sama mengeringkan..mengeringkan apa??mengeringkan duittttt...huuu....sob3...

sabtu yang lepas, Ira, along dan my mom ke Sogo dan Jln T.A.R...fuhhhhhh..ramai sungguh manusia di sana....dengan salenyaa..wahh sangat rambang mata tapi nafsu masih dapat ditahan lagi..huu...kecewa kerana tidak dapat membeli hand bad yang memang sale habis di Sogo lalu terus ke Jln T.A.R untuk men'survey' baju raya pulak...

wahhh banyaknya dress tapi takkan pagi raya nak pakai dress???masuk kedai lain pulak..alamak nampak tudung denim yang diimpi2kan..huhu....rasa macam rugi tak beli dengan harga yang amat 'lumayan'...heee...

pusing kedai demi kedai..lebih 10 buah kedai kot kami masuk....tak jumpa dengan yang berkenan di hati..dah jumpa tapi harganya 'murah' sangat rasa macam tak berbaloi pulak...huu..masa tu dah kecewa dah lalu Ira mengatakan pada along, cari baju kat kompleks PKNS , Shah Alam je la..dan along menyatakan okey dan kami berjalan-jalan di Pasar Malam yang memang ada setiap hari sabtu...

tak larat nak jalan dah...otw nak balik Ira ternampak baju kurung moden bergantungan di sebuah kedai lalu kami bergerak ke situ....akhirnyaaaaaa baju yang diimpikan dijumpai dengan harga yang berpatutan..tak 'murah' sangat macam kedai lagi satu dan harganya amatlah berbeza...lebih RM40 kot bezanya....cekik darah betul kedai 'murah' sangat tu!!

sekarang Ira dah ada baju raya..tapi sepasang je la..huuu...dan rasa tak sabar nak raya dah..heee...

disebabkan parking kereta di Sri Petaling dan ke Jln T.A.R dengan menaiki LRT, kami pon terjumpalah fans Kelantan yang sangat fanatik semasa otw nak balik...dasyat betul fans kelantan ni..segerombolan anak muda yang agak poyo ( maaf yea , memang bajet bagus sgt ) terpekik-pekik masa nampak geng kelantan yang lain dah berada di Stadium Bkt Jalil...majoriti berpakaian merah dan my mom kata 'budak-budak ni macam monyet ' sebab mengaruk dalam LRT macam LRT tu dia yang punya..huu..sabar je la..tapi macam lawak juga tengok diorang sebab akhirnya kelatan tumpas di tangan terengganu..rasanya malam tu lagi dasyat kottttt...nasib korang la..huuu..


sumber : Mr Google

Tadi pula bersamaan dengan hari ahad, kami ke Ikea di Damansara pula....bosan duduk rumah baik berjalan-jalan menghabiskan duit..uhuuu..



sumber : Mr Google


disebabkan hari Ahad, parking agak sukar dan orang pula ramai....tak tahu la bila masa orang tak ramai... malas nak bersesak2 kami terus ke market Ikea dan my mom beli barang untuk rumah dan terus byr....

sempat jap singgah bistro dan makan roti bakar dengan teh ais dan pulang ke rumah dengan perasaan " tak bestnyaaa minggu ni minggu last cuti..huk3 "


sumber : Mr Google


ni meatball kat foodcourt IKEA....still open macam biasa dan ramai je yang masih makan??siapalah yang kata meatball ni tak halal yea.. tak baik tau..huhu.. tapi Ira tak lah rasa best sangat pon..tapi not bad la....

apa cer weekend korang??

papai..


pss : Agak-agak siapa menang AF kali ni? go Azri gooooo..heee..opss sorry peminat hazama!:P



4 comments:

✿ CikCimi said...

bile ira nak ajak cimi kua lak? :P

sitinuraffizza said...

wah3. sedapnya dy makan!! nyumm3~
shoping raya ye syg? bestnya. fza xsempat lg nk bli ppe. tgk3 gitu je. xtilik btul2 nk bj mende. silap2 xd bj raya nnt. huhu
*erkk, pesal penyokong 2 over semacam?? huhu

Juliet_iRa~" said...

cimi ;

heee..jom2..:P
kena kuar kat melaka la kan?keh2

Juliet_iRa~" said...

fizza ;

hee..ira xmkn pon la meatball tu..:P
org rmai sgt..huuu..mls nk tunggu..
sila jangan pergi ikea waktu petang ahad yea..heee..:D

aah da beli da..dasyat kan?keh2..pdhal lama lagi..:P..ira mls pk da sbb nt xsempat..pastu kalo nak beli kain pon tailor da xnk amik..hukhuk..:P..beli dah siap je sng..

xpe still byk ms ag kot..keh2..slow2 ea cari mn yg bkenan di hati..hee

psss : memang over gile..rs mcm pdn muke diorang sbb kalah..hukhuk2..:PP

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails