.Awesome Blogger.

Thursday, June 30, 2011

. Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti .








Ummi – Mat…(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.

Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya

Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu

Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat

Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim

Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni

Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak

Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari

Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak

Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.

Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….


Kredit to Dr. Zainur Rashid




psss : manusia memang tak sempurna...tak kira lelaki mahupun perempuan..apa yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada dan bakal kita miliki...semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Nya..amin..:)


pic source : Mr Google




4 comments:

sitinuraffizza said...

hahaha. byk gle ciri2! :P
sy nk yg cm mesut ozil sy. totally cm dy! 2 je! sng kan ciri2 sy mau. xd r cerewet cm mat 2. ngeh3~

khairunnisa ♥ said...

memilihnya kan watak dlm cerita ats ni. emm, memang ada cakap lelaki yang baik untuk perempuan yg baik dan sebaliknya. tapi ikut masa, seseorang akan berubah tak kira before or after kita kahwin dengan dia ^_~ ada yang menjadi lebih baik or sebaliknya. pilih la ikut apa yg disarankan agama :) moga kita mendapat pasangan yang baik satu hari nanti ^_^ amin.

hm, sayang akhirat bukan bermakna lupakan dunia. Bidadari sana lebih indah kan. doakan yang terbaik tiap tiap hari ^_^

Juliet_iRa~" said...

fizza ;

hee..tau xpe..:P
amboiii ozil memanjang..hehehe

Juliet_iRa~" said...

nisa ;

yap2..betull..:)
jgn terlalu memilih nt tersalah pilih..buruk padahnya..heee

doakan yg tbaik....jodoh tu dr Allah..

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails