.Awesome Blogger.

Showing posts with label suke-suki~. Show all posts
Showing posts with label suke-suki~. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

.Baby & Ira.


Salam :)

Selamat Hari Malaysia :)

Sihat semua?hee..terkejut tak Ira update blog..hukhuk...maaf lah Ira pon tak ada sebab kenapa Ira tak update blog...taklah sibuk sangat sebab hari2 masih online cuma dunia blogger macam tak dipedulikan sangat..haha..maaf..kemalasan melanda..:p


Ira dan baby boy..hehe..yang pasti bukan baby Ira lah sebab tak bernikah lagi kan macam mana pulak boleh dapat baby..ajaib kalau dapat..hukhuk..ni adik sepupu Ira paling bongsu (setakat ni :p), anak kepada paksu Ira...adik mak Ira yang paling bongsu..comel..baby ni lahir pada hari raya yang kedua haritu..:)

Teruja dapat pegang baby baru lahir sampai post kat blog haha sebab nanti ada kenangan di hari tua..hikhik..esok baby ni dah nak sebulan dah n dia nak datang rumah Ira!yippi..:p

Raya pon dah nak habis..hukhuk..Ira je tertinggal keretapi..:p..Ira nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang Ira menulis di blog ini dan mencoret komen di blog blogger yang lain..Maaf zahir batin yea...:))


Psss : Ira dapat semua kad raya yang blogger2 tertentu hantar..terima kasihhh banyak2 tapi Ira tak sempat balas..maaf sangat..tahun depan tunggu kad raya Ira yea :))

Berzaman sangat tak update sampai baru perasan follower dah 1k...Terima kasih yang sudi follow..:)..ada masa Ira blogwalking yea..

Thursday, April 19, 2012

.Design Baru Cincin Nikah.


Salam semua :)


Berminat untuk tampil unik di hari bahagia?heee


Psss : Cantik ke?haha ;p..tapi kena cari bakal husband Jurutera la kalau awak berminat..ngeeee


Tuesday, February 7, 2012

.Purplicious or Blackish?.


salam semua..

esok kerja..waa..eh silap..esok sekolah..heee..;p..

nasib baik esok dah hari rabu...kerja 3 hari lepas tu boleh cuti..tapi rasanya sabtu ni Ira ada sekolah ganti laaa untuk ganti cuti perayaan Tahun Baru Cina haritu..sob3..

sekarang ni dok menghitung hari cuti aja..kenapa ntah?hee..cepatlah bulan Mac..sebab ada cuti sekolah seminggu..kuang kuang kuang..*tak senonoh kan Cikgu Ira ni ;p*

kawan-kawan yang disayangi sekalian ,

nak minta semua kamu tolong vote mana satu warna kereta di bawah ini yang korang rasa macam sesuaiiiiii je dengan Ira..plsss..:)

Blackishh..:)

purplicious..:D


yang dah vote tu memang baik hati..nah ferrero rocher sorang seketul..ahaha *bodek*..

terima kasih daun keladi, esok lusa jom kita jumpa di gathering lagi...heee :))))


pss : Next time, kalau ada gathering Ira ajak korang sekali ea..jangan sentap2 tau..;p



Tuesday, January 3, 2012

.Kisah tahun baru.



salam semua.. :)

semua orang sibuk cerita tentang sambutan tahun baru, azam baru..Ira tak cerita pon kan..wuu..mana boleh orang lain cerita, Ira tak cerita..jadi Ira nak cerita sekarang..;p

lepas Ira siap baking blueberry cheese tart, Ira siap2 nak keluar dengan 'si dia'...tunggu 'si dia' balik kerja (kerja separuh hari, sabtu kan), dengan 'si dia' ke kenduri walimatul urus kawan lagi, lama betul..akhirnya Ira dah bosan tunggu...disusuli beberapa kejadian rentetan yang menyebabkan Ira akhirnya merajuk! merajuk tak nak keluar dengan 'si dia'..wuuu

Ira marah 'si dia', 'si dia' marah Ira..akhirnya tak ada orang menang..keluar juga walaupun merajuk tu...pergi The Curve, redah kereta yang berderet-deret semata-mata 'si dia' nak pujuk Ira dengan belanja dinner di Bubba Gump Shrimp Co.


sumber gambar : Mr Google

siapa yang pernah tengok filem Forest Gump mungkin familiar dan tahu tempat ni..:)..Ira tak pernah tengok filem tu tapi 'si dia' pernah...tempatnya unik dan dihias berdasarkan filem tu..makanan utama, tentulah berasaskan udang, tapi ada juga ayam, daging, salad dll....kalau duit Ira, Ira tak makan kot kat sini..mahal..wuuuu...disebabkan merajuk kan, dapat juga biskut famous amos ;p..untung juga merajuk kan..hehee..


terima kasih sayangku ;p!

dah solat semua, kami berangkat pulang dalam pukul 9 lebih, masa tu orang lain berpusu-pusu nak datang untuk sambut tahun baru...kereta berderet-deret parking kat tepi jalan..memang ramai betul nak sambut tahun baru kat sana..polis pon sentiasa berkeliaran di tepi-tepi jalan..

sampai rumah, mandi terus tidur..tengok bunga api pon dalam mimpi..

azam tahun baru?semestinya nak jadi manusia yang lebih baik dari tahun 2011..juga Ira berazam untuk menjadi anak yang lebih solehah, kawan yang mampu menjadi pendengar yang setia serta guru yang disenangi oleh semua orang..

semoga kita sama-sama dapat mencapai azam tahun ini..mudah-mudahan..:)

maaf sebab cerita tentang azam tahun baru lambat..;p


psss : Semoga Berjaya untuk yang sedang bertarung dengan final exam..:)
untuk yang bersekolah, Selamat Kembali ke sekolah ;p


Thursday, December 29, 2011

.Setia menanti di sini.



*tak tahu apa kena mengena tajuk entri dengan kandungan entri ni.maaf yea*

salam semua..

tak der mood nak update blog..wuuuu

serius bosan....-____-..sampai rasa nak nangis huwaaaa




bila dah terlampau bosan, terhasil lah satu buku yang akan dinamakan..

'Buku Resipi'



siap dah bahagikan untuk masakan Melayu, Barat dan Bakeri ( kek, biskut dll)..;p

sementara tak dapat posting lagi ni, buku ini akan penuh dengan resipi..heeee..(doakan Ira rajin menulis resipi yea)

harapnya dapatlah mengurangkan kebosanan yang sedang melanda..-_____-

sekian dulu.


pss : Jangan ditanya bila Ira nak posting, Ira pun tak tahu!huwaaa *nangis semula*

psss lagi : Line internet sgt lembb..nanti Ira bw, janji!

psss lagi lagi : Ira tak putus cinta weii..tips putus cinta tu saja ja sbb macam ramai je buat entry kecewa2 ni..huhu






Friday, December 23, 2011

.The Smurf In The House!.



salam semua..

sekarang ni, tiap-tiap petang mesti hujan kan?sejuk bumi ni..kadang-kadang Ira tak on kipas pon..hee

malam tadi Ira tak boleh tidur..pagi pon bangun awal jadi sekarang ni rasa mengantuk dah..
-____________-


sebelum nak tidur, Ira nak tunjuk sesuatu..





^_______________^


The Smurf


Kakak Ira dapat hadiah cabutan bertuah masa dinner di tempat kerja ;)



pss : Bila tengok patung ni, mesti teringat cerita Snow White dengan Arthur Christmas..hee ;p.. ke ada lagi cerita lain yang ada Smurf / Orang Kerdil ni ek?

psss lagi : Selamat bercuti dan berhujung minggu! :)



.Ada juga yang sudi.




salam semua..

Saddila, kakak jawab soalan kamu ni ;p

dua tiga menjak ni Ira adalah stalker terhebat di Twitter Dr Wee Ka Siong..

tak tahu siapa tu?haiishh..nak kena ni..heee ;p..

YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong adalah salah seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang bermakna beliau merupakan salah seorang individu yang turut bertanggungjawab mengenai guru, posting dan bila sebut posting haruslah beliau menjadi rujukan utama Ira!

dah bosan dengan rumours / khabar angin...baik tanya Menteri terus..


Ira : Dr, sy lepasan PISMP IPG, dah selesai temuduga SPP, harap Dr boleh bantu kami untuk tahu bila kami akan posting. Goodnight Dr.

Dr Wee Ka Siong : Saya faham perasaan anda & akan menyusuli perkara pada minggu hadapan.


penantian tu satu penyeksaan tahu! Thanks to twitter!

Akhirnya ada yang peduli dan sudi layan :)

pss : Sekarang dah boleh lega, tunggu dan lihat..thank you Allah, thank you Datuk!
psss lagi : Pukul 1.07 am, Datuk still reply tweet rakyat..pukul berapa beliau tidur?huhu..payahnya jadi Menteri..



Wednesday, December 21, 2011

.Rezeki :).


salam semua.. :)

kesinambungan dari entry INI

wahh hampir semuanya sangat peka dan mempunyai tahap penglihatan yang sangat tajam!hee..

tahniahhhh kepada anda yang berjayaaaaa mencari kelainan pada gambar kucing ini..tepuk tangan!heee ;p


kucing ni sangat menarik sebab bulu hitam di bahagian badannya tu membentuk imej/tompokan/corak seekor kucing yang sama sepertinya.. :)...Subhanallah!

yang cakap 'bulu dia halus, lebat, kucing ni bulat, gemuk dll' cuba tengok betul-betul!buka mata anda luas2..;p

chop2 ada juga yang cakap ada tahi lalat....Ira pon tak pasti tu tahi lalat ke tanda apa..hee

kucing ni bukan kucing Ira...tapi Ira dapat gambar ni dari e-mail yang kakak Ira selalu forward..:)

harap semua persoalan dah terjawab..heee


opsss..tadi kan Ira tengok balik blouse yang Ira beli masa Ira ke Uptown haritu, blouse tu dalam plastik lagi...masa Ira keluarkan baju dari plastik tu...ada lagi satu objek berada dalam plastik yang sama...dalam hati ' eh apa ni?'...bila tengok...ada satu aksesori iaitu rantai kayu (tapi yang Ira dapat lebih pendek) macam gambar kat bawah ni dalam plastik yang Ira beli blouse tu...

masa kedai kat Uptown tu, orang tu pamerkan blouse tu macam gambar atas ni :)
source : Mr. Google

selalunya kan memang ada aksesori kalau baju tu dipakai kat patung tu kan...nak bagi menarik dan orang pon rasa nak beli...Ira syak orang tu ( orang Indonesia ) tak tahu yang aksesori tu bukan dijual sekali dengan baju tu lepas tu masukkan sekali dalam plastik Ira..kehkehkeh...

tu lah rezeki namanya...heeee ;p

semoga kedai tu semakin murah rezeki sebab bagi Ira free gift..ngeeeee

psss : Blouse tu bukan blouse 'mengandung' macam gambar tu ok...tu sekadar hiasan..heeee ;p..



Tuesday, December 20, 2011

.Suzuki Alto?.


salam semua..

Berbaloi tak kereta ni? Blogger yang expert tentang kereta tolong komen, please! :)

mana lagi berbaloi? alto ke myvi?hehe..;p..msti rmai pilih myvi kan?huhu

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, pengedar rasmi kereta berjenama Suzuki telah melancarkan model kereta Suzuki Alto 1.0, diimpot sepenuhnya dari India untuk bersaing dengan kenderaan keluaran tempatan, iaitu Perodua Viva, Proton Savvy dan juga Inokom i10. Terdapat tiga variasi bagi model ini antaranya :

  • GA manual-RM 44,888
  • GLX automatic –RM 49,999
  • GXS automatic- RM 54,888

Kesemua harga bagi variasi ini adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

4891054868 794599d9cf (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Berukuran 3500 mm panjang,1600 mm lebar, 2360 mm pada jarak titik roda dan 1470 mm tinggi, Suzuki Alto dilihat lebih pendek dari segi panjang, titik roda dan ketinggian kereta
  • Kereta Suzuki Alto lebih lebar jika dibandingkan dengan Perodua Viva.
  • Badan kereta Suzuki Alto lebih aerodinamik
  • Dilengkapi casis dengan topang Macpherson di hadapan dan 3 hala di gandar belakang.
  • Cakera ventilated pula membekal kuasa brek di hadapan manakala drek drum digunakan pada roda belakang.

4890456161 44f7bafde9 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Memberikan kuasa kepada Alto ini adalah enjin k10B 3 silinder bersesaran 1.0 liter, dimana ia mampu menghasilkan 67 kuasa kuda pada 6000 rpm dan 90nm kuasa tork maksimum pada 3400 rpm
  • Dilengkapi dengan transmisi 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan transmisi automatik dan ini bermakna kereta Suzuki Alto ini dilihat mempunyai kelebihan sebanyak 7 kuasa kuda dari pesaingnya ,Viva namun ianya lebih berat daripada variasi Viva yang ada iaitu sebanyak 70kg. Oleh itu, pendapat saya, kuasa Alto ini mungkin dilihat tidak lebih dari pesaingnya itu.

Bagi variasi GA transmisi automatik, ianya dilengkapi :

  • Penghawa dingin udara manual
  • Tempat duduk boleh lipat
  • Dua beg udara di kerusi hadapan
  • Tali pinggang Keselamatan tiga poin ELR di hadapan dan juga belakang
  • Dan 2 kerusi kanak-kanak di belakang.

4890456119 265a90f0d1 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Untuk variasi GLX, penambahan aksesori adalah:

  • Lampu kabus hadapan
  • Cermin sisi berwarna
  • Stereng boleh ubah 2 hala
  • Tachometer
  • Cermin kuasa di hadapan
  • Kerusi belakang boleh lipat nisbah 50:50
  • ABS dengan EBD serta kawalan brek BA

Bagi variasi GXS pula, pertambahan aksesori yang berlaku adalah bodikit, cermin tinted, kerusi balutan kulit dan cermin pintu.

4890456045 9ecef1693f (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Terdiri dari 6 pilihan warna dan boleh dilihat di kesemua 29 buah ruang pameran Suzuki, model kereta Suzuki Alto ini dijangka untuk mencatat jualan sebanyak 150 unit sebulan, dimana ianya akan terus menjanakan 13 peratus daripada jumlah jualan kesemua kenderaan Suzuki seperti yang dilihat pada jualan tahun lepas.

psss : pelik pula drive belah kiri kan?huhu

Kredit to Berita Semasa

Sunday, December 18, 2011

. Shhh secret .




salam semua..

kadang-kala kita ada satu rahsia..

rahsia itu tidak memalukan tetapi melukakan hati kita..

luka itu mungkin hadir dalam jangka masa tidak berapa lama namun ianya tetap menyakitkan..

dan kita juga kadang-kala meluahkan rahsia tersebut pada orang yang kita tidak pernah bersua muka dengannya walaupun pernah mendengar suaranya..


sebab apa?

sebab kita rasa selesa, rasa percaya, rasa dihormati, rasa dia akan memahami..

bukan simpati..

kalau kita meluahkan pada orang yang tahu situasi sebenar, rasa simpati mereka akan membuak-buak..

sedangkan kita tidak memerlukan simpati itu..

tapi bila orang yang kita percaya itu melukakan hati kita dengan perkara-perkara yang bukan berpunca dari kita malahan kita tiada satu salah pun padanya?

abaikan dia?

masih percayakan dia?


pss : kalau anda?


sila berfikir dengan sedalam2nya sebelum meluahkan sesuatu..heee ;p...entry ni sengaja nak anda semua berfikir...ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada *tetibe..;p*


Tuesday, November 29, 2011

. Entry Paling Jiwang KOT..haha ;p .



salam semua.. :D

rasanya entry ini akan menjadi sangat panjang + jiwang sedikit..kekeke..;p

dah lama + jarang kot Ira berjiwang dalam blog ni..hee..faktor usia barangkali..(haipp muda belia lagi..;p)..eh x..faktor kematangan baru sesuai.. :)

semalam kan...Ira godek2 kotak misteri.. sebab nak masukkan satu lagi kad yang ehem2 bagi masa keluar kat entry INI... oppss apa tu kotak misteri? Kotak misteri adalah kotak yang mengandungi barang2 peribadi yang nilainya sangat tinggi ( pada Ira ) daripada insan tersayangg...ehee..

tak percaya??

tadaaaa...

ni dia kotak misteri Ira...hampir penuh.. :)

ehemmm..

seronoknya mengenang kenangan lalu..haha..;p...macam-macam harta karun ada...antaranya yang paling menggamit sanubari adalah.. ( eceee...tengok bahasa pon bunga2 ;p )

jambatan cinta dari lidi ini...;p...hasil tangan ehem2... :)

zoom sikit...

zaman mula2 bercinta..ekekke..;p..(siap ada love anak panah lagi..hahahaha..sgt kelakar!!)

kad hari jadi, kad raya, kad anniversary...ada yang pos juga..konon surprise la..heee

slh 1 kad yang sweet :).. ehem2 siap tampal2 gambar lagi..heee

rico (sejenis racoon) dengan beg kertas night safari, singapore..;p.. beg kertas ni masih simpan tau!

paling mengimbau kenangan kan... ni dia... :)

karikatur Ira with ehem2..;p..ni Ira yang bagi ehem2 masa 1st Anniversary...yang original ada pada ehem2..yang ni copy je..:)....sebenarnya gambar original kami tak la macam tu tapi pelukis tu yang dekatkan sebab nak masukkan 2-2 wajah dlm satu A4..

yang lain..

personal..;p

manisnya mengenang zaman dulu..kekeke..


dear ehem2...

u are so sweet..
u are so lovely..
u are so kind..
thank you so much for everything, b!


psss : Doakan kami :D



bye! ;)

psss lagi : kalau korang gaduh ngan gf/bf/suami/isteri kan, Ira rasa tengok balik brg2 y dia bg adalah 1 terapi yang sgt baik..automatik akan teringat zaman kegemilangan korang tu..heee...so dapat juga meningkatkan lagi kasih sayang pd dia..hee ;p




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails