.Awesome Blogger.

Showing posts with label love^. Show all posts
Showing posts with label love^. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

.Jalan-jalan | Krabi.


As-salam..:)

Seronok sgt honeymoon kat sini hehe Ira bagi 4.5 * untuk resort ni sebab halal-food, aonang beach depan resort je dapatlah kami mandi laut walaupun sekejap hehe nak shopping pon senang..tepi@ resort berderet kedai shopping....makanan sedapppp..ehhee memang best!

Sila la jamu mata dengan gambar yang ada k..siapa nak datang n stay kat sini memang recommended!Bilik besarrrr dan luas untuk kami berdua hehe :) Bilik ira mmg bilik utk honeymoon so diorang mmg decorate untuk honeymoon..romantik la kiranya ahaks :p..masa beli tu dpt flight xmurah sgt tp kira ok la sbb dpt RM500 utk 2 org pergi dan balik...skrg krabi quite mahal sbb ramai kot gi sana?haha pastu kalo tempah lg awal lagi murah..ira booking flight 3 bln kot sebelum nak gi..yela tempah awal2 tak confirm tarikh wedding n cuti lagi :)..siapa yg dapat book flight awal msti lagi untung sbb murah lagi tiketnya :)..

Pakej ni ada kat bawah around RM1500++ utk 2 person..include tour, 2x lunch, 2x dinner,all day breakfast n lain2 ( boleh tengok kat bawah ye detail) ..rasa berbaloi kot utk org mcm kami yang memang nak relaks kat sana :)..pakej ni pon Ira baca dr blog NinaAz sbb dia pon honeymoon kat sana hehe tu yang terjebak sekali ke krabi..apa2 pon mmg best!

Island Trip :)

View dr tingkap bilik kami :) tu pantai la tu...

Bilik kami hehe











Buffet breakfast..






Honeymoon Package 4D3N for 2 Persons

*Rate* 
15,000. Thai Bhat - Per 2 Pax Start from 1May - 31Oct 2013
20,000. Thai Bhat - Per 2 Pax Start from 1Nov 2012- 30 Apr 2013

ITINERARY :
  • Welcome refreshment upon arrival 
  • Transfer from Krabi Airport to Aonang Princeville Resort.
  • Dialy breakfast at White Orchid Restaurant.
  • 3 nights accomodation in a Deluxe Room.
  • One Day Phi Phi Island by speedboat, lunch, soft drink, snorkelling, guid and insurance( join tour).
  • Half day Adventure rafting & elephant trek (Join tour)
  • Thai set dinner at White Orchid Restaurant.
  • Romantic Seafood dinner at white orchid restaurant.
  • One spa package at Princeville Spa for 2 persons.
  • Transfer in / out from Aonang Princeville Resort to Krabi Airport (private transfer)
  • Tour include: Snorkel, Mask, Drinking water, Lunch, Fruit, Admissinon fee, Accident insurance, Life Jacket, Hotel transport and english speaking guide
Day1: Honeymoon Package Program
  • Transfer from Krabi Airport
  • Check In at Aonang Princeville Resort stay at Deluxe Room.
  • Relaxing as per your leisure time
  • 19.00 pm. Enjoy with Thai set dinner at white orchid restaurant.
Day2: Honeymoon Package Program
  • 07.30-08.00 am .Morning Breakfast at The Whtie Orchid.
  • 07.45-08.00 am. Trip half day adventure Rafting & Elephant Trek at Phanga Province, White water rafting for 5 Km. and elephant riding in jungle.
Day3: Honeymoon Package Program
  • Morning Breakfast at White Orchid Restaurant.
  • 08.00-08.15 am. Trip to Phi Phi Island visit for Bamboo Island ,Hin Klang Island ,Monkey beach, Phi Phi Don , Phi Phi Lah and Maya Bay for snorkeling.
  • 19.00 Pm. Enjoy Seafood dinner set at white orchid restaurant
Day4: Honeymoon Package Program.
  • 07.30-08.00 am Morning Breakfast at White Orchid Restaurant.
  • 10.00 pm. Spa Package for 2 pax with Thai Relaxing 120 min.
     - Sauna /Jacuzzi (10 min)
     - Aromatherapy Body Massage (60 Min)
     - Moisturizing Facial Treatment ( 45 Min)
     - Manicure (20 Min)
     - Thai Herbal Tea and Healthy Snack
  • 12.00 A.M Transfer out to Krabi airport

Monday, November 25, 2013

.Honeymoon.


As salam..:) cuti sekolah dah bermula hingga disember nanti jadi Ira dah ada lebih masa nak update blog!yeayy :p

Kenduri rumah Ira dan rumah hubby selang seminggu..jadi lepas je kenduri rumah hubby kami pon bertolak ke destinasi bulan madu kami di .......... :) cuba teka kat mana?hehe




Destinasi cinta kami ni popular dengan gerai2 sebegini iaitu Banana Pancake! haaa mesti dah ada yang tahu kan..hehe..jadi tak payah la nak berteka-teki lagi...kami sebenarnya berbulan madu di Krabi, Thailand :)








Bestt sebab tempat dan suasananya cantikk!nak cari halal food pon tak susah mana..recommended untuk yang nak ke sini..tak kira la single ke dah kawin ke dah lama kawin ke..hehe yang pasti best~!Ira rasa nak gi lagi pon iye haha..

Next entry details pakej dan hotel yang Ira tinggal kat sana selama 4 hari 3 malam..stay tuned!

Papai!

Thursday, November 21, 2013

.Favourite Picture | My Solemnization.


As salam..dah sebulan lebih Ira memegang status isteri kepada suamiku yang tercinta heee baru dapat gambar dari OP iaitu Lens Creative Studio.. gambar semua cantikkk...recommended!heee..ni baru nak cari mood update blog jd Ira tepek antara gambar yang Ira sukaaaaa sgt masa nikah k..hee banyak lagi gambar tapi cukuplah yang ni sahaja Ira kongsikan di sini..maluuu ehehe :p

Hari Nikah | Solemnization Day 

28 September 2013

Tema : Dusty Pink / Pink Belacan

Rumahku syurgaku :)

Mini Pelamin by Red Ribbon Boutique

Ira n my mom :)

Hubby :)

Sesi membatalkan air sembahyang :)

Syahdu :)

Love it!

Outdoor depan rumah heee

wee suka tengok gambar nikah sendiri ahha rasa nak nikah lagi sekali dengan orang yang sama hihi.. ada masa Ira update lagi..ni pon curi masa sbb hubby overtime tak balik dari site lagi..k daaa~

Wednesday, October 30, 2013

.Im a someone wife ;).




 with my bff :)

 my husband :)

Reception :)

Nikah : Dusty Pink Theme
Resepsi : Champagne - Peach Theme

Terima kasih yang mendoakan ira dan suami :)

Monday, August 12, 2013

.Salam Lebaran 2013.



Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari Ira sekeluarga :)

Alhamdulillah masih diberi peluang dapat merayakan hari raya pada tahun ini dan mungkin tahun ni tahun terakhir beraya sebagai anak dara heee :) insha-Allah jika dipermudahkan urusan..

Salam lebaran semua!

Tuesday, July 30, 2013

.Iftar di Halia,SDCC.


Reminder : Entry ini mengandungi gambar makanan tau..sorry :)

As salam..last week kot ira iftar di sini..act ada reunion iftar TIKL (sekolah teknik) tunang Ira kat restoran Halia,Sime Darby Convention Centre area Bukit Damansara ni..dia bw ira jd dptlah iftar kat sini hee kalo sendiri nak pergi memang tak la heee tak silap ms organizer y book ni dpt early bird promo so murah sikit..rate sbnr iftar dlm 90++ kot..haritu rsnya ada promo kat groupon utk iftar kat sini dpt 65+ per pax..lg murah dr y En Tunang byr heee


Makanan sgt banyak..ada nasi arab so ada kambing bakar tu..ada tandoori,nasi campur,sata,ikan bakar,sate,ada 1 stall japannese food n banyak lg stall dia..desert pon best..ada aiskrim goreng lagi hee air pon banyak choice gak ada sejuk ada panas pastu ada air tembikai fresh hee..berbaloi la mkn..yang xberbaloi perut Ira tank kecil heee surau pon ada n selesa..so ira bg 8.5*/10*..parking sng cm jalan jauh sikit utk amik mknn dlm dewan y tertutup tu..so far best la ;)




Kalau ada yg teringin nak iftar kat tempat best sikit rasa kat sini recommended!heee

Salam ramadhan ^^

Wednesday, July 24, 2013

. Doaku.



“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak kerana ia akan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Sunday, March 3, 2013

.Cik Puan Juliet Ira :).


Salam, just short update from me :)

Im engaged! Alhamdulillah..

 *Antara moment  yang memang ditunggu2 oleh semua wanita :)*
Engagement Theme : Turqoise Green + White
 Mini Dais : DIY dari langsir tingkap hihi
Date : 24 Februari 2013 ( setelah 4thn 7 bulan ;) )

En Tunang merupakan org yang paling sabar dengan Ira selain my parents..pernah merajuk dengan dia atas sebab yg kecil, dia hantar Big Apple donuts kat rumah, Ira tak nak keluar jumpa dia..lastly dia letak donuts tu atas bonet depan kereta Ira dalam porch kereta...setakat ni tak jumpa orang lain yg boleh layan Ira macam tu..Im so lucky to have him, *blessfull* :)

Jangan pelik eh kalau lepas ni Ira post tentang preparation bride to be hihi :p

Doakan ikatan pertunangan ini kekal hingga ke ikatan pernikahan dan Ira bahagia hingga ke syurga..amin.. TQ in advance for your wish heeee


Monday, April 2, 2012

.Love Story.


Salam semua..:)

Kredit Pic : Here

Setuju tak?heee...kaum hawa yang selalunya 'terjerumus' dengan keadaan yang sebegini...tapi tapi tak semestinya kaum adam juga terkecuali...

Kunci utamanya di sini...terima diri dia seadanya...mana yang rasa kurang berkenan di hati...slow talk and be honest..selalunya kalau dia sayangkan awak sangat-sangat..si dia akan cuba berubah menjadi apa yang awak inginkan...mencuba itu sangat penting yea...usaha tu yang kita nak lihat...tapi biarlah perkara yang munasabah kan..

Apa pon..bersyukurlah dikurniakan seorang 'teman' yang menyayangi diri kita seadanya...mungkin kita rasa dia tak 'romantik' macam Seth Than dalam drama Nora Elena, mungkin kita tak rasa dia 'macho' macam Zikir dalam drama Tentang Dhiya...tapi kita kena ingat..mungkin dialah jodoh terbaik yang boleh melengkapi kekurangan dan kelemahan diri kita...dan sebaliknya juga mungkin berlaku...diri kita yang sememangnya tak sempurna..dan selalunya diri kita yang lemah (Ira la tu) dalam hal-hal keperempuanan ni...tapi kita boleh cuba untuk belajar dan mencuba sesuatu tu kan..:).. contohnya macam Ira buat benda INI dan INI...belajar benda-benda asas yang sememangnya penting di kemudian hari..:)

Percaya dan berserah kepada takdir tapi kita masih boleh mengubah 'kelemahan' diri kita tu kalau kita nak..;)...pilihan di tangan kita..nak atau tidak..

Jangan mudah untuk berkata 'TIDAK' sebelum anda cuba untuk melakukannya.. :)

*mode = muhasabah diri sendiri*


Tuesday, November 29, 2011

. Entry Paling Jiwang KOT..haha ;p .



salam semua.. :D

rasanya entry ini akan menjadi sangat panjang + jiwang sedikit..kekeke..;p

dah lama + jarang kot Ira berjiwang dalam blog ni..hee..faktor usia barangkali..(haipp muda belia lagi..;p)..eh x..faktor kematangan baru sesuai.. :)

semalam kan...Ira godek2 kotak misteri.. sebab nak masukkan satu lagi kad yang ehem2 bagi masa keluar kat entry INI... oppss apa tu kotak misteri? Kotak misteri adalah kotak yang mengandungi barang2 peribadi yang nilainya sangat tinggi ( pada Ira ) daripada insan tersayangg...ehee..

tak percaya??

tadaaaa...

ni dia kotak misteri Ira...hampir penuh.. :)

ehemmm..

seronoknya mengenang kenangan lalu..haha..;p...macam-macam harta karun ada...antaranya yang paling menggamit sanubari adalah.. ( eceee...tengok bahasa pon bunga2 ;p )

jambatan cinta dari lidi ini...;p...hasil tangan ehem2... :)

zoom sikit...

zaman mula2 bercinta..ekekke..;p..(siap ada love anak panah lagi..hahahaha..sgt kelakar!!)

kad hari jadi, kad raya, kad anniversary...ada yang pos juga..konon surprise la..heee

slh 1 kad yang sweet :).. ehem2 siap tampal2 gambar lagi..heee

rico (sejenis racoon) dengan beg kertas night safari, singapore..;p.. beg kertas ni masih simpan tau!

paling mengimbau kenangan kan... ni dia... :)

karikatur Ira with ehem2..;p..ni Ira yang bagi ehem2 masa 1st Anniversary...yang original ada pada ehem2..yang ni copy je..:)....sebenarnya gambar original kami tak la macam tu tapi pelukis tu yang dekatkan sebab nak masukkan 2-2 wajah dlm satu A4..

yang lain..

personal..;p

manisnya mengenang zaman dulu..kekeke..


dear ehem2...

u are so sweet..
u are so lovely..
u are so kind..
thank you so much for everything, b!


psss : Doakan kami :D



bye! ;)

psss lagi : kalau korang gaduh ngan gf/bf/suami/isteri kan, Ira rasa tengok balik brg2 y dia bg adalah 1 terapi yang sgt baik..automatik akan teringat zaman kegemilangan korang tu..heee...so dapat juga meningkatkan lagi kasih sayang pd dia..hee ;p




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails