.Awesome Blogger.

Sunday, December 25, 2011

.Teori 3 Hala di Malaysia.



Teori 3 Hala - Tiada dalam mana-mana buku teori ahaks ;p


Terdapat 3 jenis manusia yang menjengkelkan di Malaysia :


1. Kumpulan Pedantis
Dalam bahasa Inggeris disebut persnickity people merupakan golongan yang sentiasa mahu membetulkan semua orang. Tidak kisah dari segi tatabahasa atau maklumat tentang sesuatu pengetahuan am. Mereka sentiasa ingin membetulkannya. Tidak salah untuk membetulkan maklumat yang tersilap namun apabila anda melakukannya setiap masa, semua orang akan menyampah dengan anda. Contoh : penggunaan past continuous tense dengan past participle yang menjadi kesilapan biasa tidak perlu dijadikan isu besar dalam kehidupan. Semua orang membuat kesilapan. Manusia tidak sempurna. | tepat sekali,ngee ;p


2. Kumpulan Pancake Hangus
Merujuk kepada bangsa Asia yang tinggal di Malaysia yang tidak tahu bercakap Bahasa Melayu. Ini juga terbahagi kepada beberapa peringkat. Yang pertama adalah kumpulan pan-asian yang tinggal di Malaysia. Kumpulan ini terkecuali kerana mereka sememangnya mempunyai genetik asing dalam baka keturunan dan keluarga mereka. Kedua, golongan yang tinggal di luar negara dan melupakan bahasa kebangsaan sendiri. Ini boleh dimaafkan lagi walaupun setelah tiga tahun kembali ke negara sendiri, itu bukan alasan untuk tidak tahu bercakap dalam bahasa sendiri. Ketiga, golongan yang tidak pernah ke luar negara, tetapi duduk di dalam negara sendiri (Malaysia ) tetapi tidak boleh bercakap bahasa Melayu dan mengeluarkan loghat bahasa Inggeris apabila ingin menyebut satu sahaja perkataan Melayu dalam keseluruhan ayat bahasa Inggeris. Golongan ini adalah benar-benar pancake hangus iaitu bangsa Melayu berkulit sawo matang tetapi perasan pan-Asian. | kehkehkeh ;p


3. Kumpulan Perasan Alim
Merujuk kepada sesetengah graduan dari Timur Tengah atau kawasan yang sewaktu dengannya yang merasakan apabila mereka telah kembali ke tanah air, mereka perlu bercakap dengan menggunakan makhraj. Mereka boleh kata, "Saya mahu ke dewan" tetapi mereka gunakan, "Ana mahu ke Qa'ah". Mereka juga boleh kata, "Filem Ali Setan" tetapi mereka mengada-ada menyebut, "Filem Ali Syaitan". Sememangnya bahasa arab adalah bahasa Al-Quran dan ianya sememangnya mulia, namun apabila ianya digunakan dengan kemegahan (ada niat lain), walhal orang di sekelilingnya bercakap bahasa Melayu (tak semua orang mahir bahasa Arab) , tiada bezanya kumpulan ini dengan kumpulan Pancake Hangus. | Ada benarnya :)


ada komen? ohh yea..fakta asal dirujuk dari sumber dan diolah sedikit oleh Ira :D


sumber : Novel Valentina Nervosa


pss: Teori ini hanya pandangan seorang novelis, jangan ambil hati yea, ambil jantung boleh :)
psss lagi : Gigih update walaupun tiada mood ;p



59 comments:

aReLaN said...

tiga2 tu leh dikategorikan sbagai gedik.aiyaa...hahaha

Tukang Karut said...

pancake tu paling menarik dan ada betulnya...

Original CikTeddy said...

nice info la..huhu
mmg musim mood blogging kurang ke skrg ek?cik pon ade mslh same ni..huhu

Asmara said...

hihi.. betul la kan. kelakar pulak baca. :D

LiLy @ MumMyQiStInA said...

selalu jumpa dengan golongan pancake hangus..uhhh..tak suka.. :D

Teenager Housemaid said...

hahaha...
terbaekkk!! :p

iszieylyanziy said...

haha,,xsuka kumpulan pedantis tu,,grr

♛RaRa♛ said...

lol HAHA tapi sokong sangat yg pertama tuh:1. Kumpulan Pedantis??hahak.sentiasa suka tunding jari kat orangg waa rimas.rimas..:p

hassy chan said...

haha pling xska org no 1..
mnusia memang x perfect heheheh

Papa Mifz said...

Geram bilo ada org malaysia yg bahasa melayu nyer terabur,raso nak halau jer dari negara nih

..cik gugu.. said...

GOLONGAN PANCAKE HANGUS TU SELALU JUMPA.. LALALA~

Puan Kutu said...

haha mujur tak tergolong dalam 3 golongan itu.haha..

Asrul "iLham" Sany said...

sytak suka yg kumpuan tiga tu, agak menjengkelkan kaau mereka cuba membetulkan orang ain sedangkan mrk sendiri pun hempeh!

sy suka ais krim n coklat gak muahahha... n komik (manga astro boy, pokemon, DC + Marve) :D

umie naziera said...

haha,kumpulan panvake hangus,lawaklaaa...manusia memang pelik,hahah

Eera Shera said...

best ke valentina nervosa tu..lama dah x baca novel

~SaL IjOu~ said...

ouh..akak paling nyampah ngn org yg kalo nyembang biasa tp campur english n melayu..bunyi mcm bajet bagus..huhuh~

p/s: yep..yg tu akak mimpi..mimpi tu sgt jelas..bila tersedar betul akak menangis..rasa sgt sebak~~

MeeRole said...

Terbaik lah..haha

Leeya Hezlin said...

untuk kumpulan yang 1st tu,kumpulan yang suka sangat memperbetulkan orang lain..
entah2 diri sendiri tak betul..hehehe..
yeah,betul tu..kita semua adalah tak sempurna..
dan kesilapan itu perlu untuk kita mengetahui perkara yang benar.. :):)

Zefa NorAsmara said...

Hmmm.. akak tak kesah dgn golongan ke3. Adakalanya mereka menambah pengetahun dalam penggunaan bahasa arab. Bahasa arab kan bahasa syurga.. :D

nia marlissa said...

my bff suka bce novel tuh .. x jemu walaupun berkli2 bca

Chuu Muqhlis said...

kehkehkeh., bio ler org tu nak pasan pan-asia., bile lagi kan hahaha

onie said...

mintak jauh la dari semua tu, semoga kita berpeel baik-baik je kan :'(

kajaharuna said...

akan lari jauh2 dari orang2 macam ni..

Woofer Storm said...

kalau kena dengan caranya,pasti ramai yang terasa hati ni..hheee

cool entry^^

Ungu Violet said...

tak suka dgn org yg suka cari kesalahan org lain...mcm dia aje yg betul...huhu

nur adilah said...

PALING tak suka sekali yang number 1 tu:0 kenapa takd mood?

H Y D E said...

ni teori prof. juliet? dahsyat.... hehehe

mama aini said...

JI mama suka kesemua teori JI ni..he2x..

Miss Kagimoto said...

kumpulan yg ke-3 tu, miya tak suke..hehe :)

kim heeruul said...

pancake ?
kah kah kah.

Dalila Hamid said...

manusia macam2 ragam....

Miss Volvo said...

i kump pancake hangus haha.

delarocha said...

bak kata upin dan ipin, "betul betul betul"

aRa ❤ aFiq™ said...

ara kategori ane eh ? ngee

hamzah ian said...

haha.. betolll

KizZ said...

Hmmm ramai jugak orang yang macam ni skang kiz tengok..

P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh

aimie amalina said...

ehehhehee
unik plak term "pancake hangus"
tu
kekekekeke :P

EZAD AMIR said...

Haha..seronok bce entri ni..
N kumpulan ketiga tu slalu jmpe..
Sebelum ni baek2 je ckp melayu..balik dari timur tgh,dh jd lain bunyi nye..
Heran gak..sgnje ke atau x sngje dia mengeluarkan bnyi2 kearaban tu...

AwieKashi said...

krik2...macam versi astro pulak kan??
hehehe...

#macam2 ada...

aswadz said...

pancake hangus? hangus sungguh diorang.

cik wanie Lovela (CWL) said...

byk jenis manusia :P

Kazman & Sue said...

ooo... macam tu kaaa....

Mizz ErMa said...

wah, xtau la pulak pasal nih..hehe btw, nak ambil hati sy boleh p pls jgn ambil jantung sy..=P

ZORA said...

nak bg suggestion..kump 3..mana2 ade,,,nak2 ag lam fb..dp,status ape sume nak yg baik2 je..ala2 islamik gitu..tapi hakikatnya tidak..huhuhuhuh

khairul akmal bin azman said...

team no 2 x le blah!
jumpe org camni

jgn la wat kawan yer

Ijah EmoTemo said...

hahaha comel je golongan2 itu tp mmg benar T_T

miSs aMaL said...

oo oo...gtu eyh?he nce info yea.:)

CekbOlat-bOlat said...

eh? hooho.. bru taw

~SaL IjOu~ said...

Ira..lupa nak ckp..akak sgt suke lagu background blog Ira ni..akak donlot n dengar berulang2 kali..ulang & ulang lagi..hehe~ ^^

~SaL IjOu~ said...

Akak diuji cinta dunia..mudah2an Allah bg kekuatan utk akak hadapi sume ni dgn tabah~~

InsyaAllah..akak selalu doa..mekasih Ira~ =)

TiraPengemis said...

nak ambil jntung la....boleh?

Miss Volvo said...

eh eh gurau je la i bkn kump iteww haha

emy zulaiha said...

haha siyes setuju menyampah sngat dengan gol pancake hangus tue!haha :p

H.J said...

menarik fakta ira ni..hehe

Hanie_Dew said...

ada betul nya jugak ketiga tiga golongan tu, tapi bukan la apply kat semua kan yang ketiga tu.sesetengah je.

Ira, result posting tak kuar lagi ke. =)

Maii Yusre said...

penkek hangus tak sedapp pahitt ;DD

nabilah_2908 said...

ketiga-tiga golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan yg annoying...huhu... :)

wan nurul hezrina said...

yang paling banyak pancake hangus..nak makanpun tak selera.haha

amna said...

smiling while reading entri kali ni :)

*annoying :D

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails