.Awesome Blogger.

Monday, December 26, 2011

.6 Fasa Putus Cinta.




Salam semua :)

Fasa-fasa penting apabila dikecewakan.. -_________-

mungkin lebih kelihatan pada kaum Hawa, tapi kaum Adam juga tidak terkecuali..

source : Mr Google


1. Fasa Menangisi Diri
Anda merasakan anda wanita / lelaki yang paling malang dalam dunia. Menyalahkan diri mengapa cinta itu kejam atau merasakan bahawa mengapa untuk menemui cinta sejati itu begitu susah sekali. Anda menjadi puitis, seringkali bersajak atau bermadah. Saat ini juga anda merasakan apa yang anda lihat / tonton hatta dua ekor burung sekalipun menjadikan anda sayu, sedih dan seumpamanya.

2. Fasa Penafian
Anda menafikan bahawa anda masih bersedih. Cuba berlagak cool di hadapan rakan-rakan yang cuba memujuk anda. Terus meyakinkan orang di sekeliling anda bahawa anda baik-baik sahaja dan semua yang telah berlaku hanyalah kenangan lalu dan anda telah maju ke hadapan. Sedangkan anda masih menangisi apa yang telah terjadi.

3. Fasa 'Rebound'
Ada orang mengalami fasa ini dengan berkenalan dan berkawan dengan lelaki / wanita lain dan agak terburu-buru menerima wanita/lelaki lain dalam hidup anda. Terus menukar status 'single' di facebook ke 'in a relationshio' bahkan 'engaged' sedangkan ianya masih baru lagi. Kawan-kawan rapat anda yang mengikuti kisah cinta anda sebelum ini tahu bahawa anda hanya melakukannya untuk tidak rasa kalah kepada bekas / ex kekasih anda jika anda mengetahui bahawa dia sudah menemui cinta barunya.

4. Fasa Membenci
Fasa ini muncul serentak, sebelum atau selepas fasa penafian. Anda akan membenci lelaki / wanita itu dengan dasyat. Anda tidak mahu mendengar namanya, mendengar lagu yang ditujukan kepada anda atau menonton apa sahaja cerita yang mengingatkan anda pada bekas / ex kekasih anda. Anda akan membuang semua e-mail, surat cinta, kad ucapan yang diberi olehnya malahan membakar/mengoyakkan semua gambar dirinya. Anda juga mungkin membenci kekasih baru bekas / ex kekasih anda itu walaupun anda tidak pernah mengenalinya.

5. Fasa Perubahan
Fasa ini merupakan fasa di mana anda tiba-tiba sahaja mahu mengubah semuanya. Anda memotong rambut, menukar gaya rambut, gaya dandanan, menukar kerjaya, mengubah penampilan agar lebih menarik atau menukar nombor telefon. Anda memberi alasan bahawa ingin memulakan hidup baru namun sebenarnya anda mahu menunjukkan kepada bekas/ex kekasih anda mahu dirinya terlepas sesuatu yang berharga/istimewa.

6. Fasa Mengelak
Anda akan berusaha untuk mengelak untuk tidak bertemu dengan bekas/ex kekasih anda dengan apa cara sekalipun. Anda akan berasa berdebar apabila pergi ke kompleks membeli belah/kedai kegemaran anda yang anda selalu pergi bersamanya dahulu. Jantung anda berasa hendak pecah apabila ternampak kelibat seseorang yang seakan-akan bekas/ex kekasih anda.


Jujurnya, Ira pernah alami semua fasa di atas tapi dah bertahun-tahun lamanya. Tetapi sampai sekarang Ira masih dalam fasa keenam iaitu fasa mengelak ;p. Ira memahami perasaan itu sebab Ira pernah kecewa sangat suatu masa dahulu.


sumber : Novel Valentine Nervosa


pss : Sebelum menyayangi seseorang, sayangilah diri sendiri sepenuh hati dahulu. Smile :).
pss lagi : Disember bulan putus cinta ke?;p



76 comments:

Saddila said...

dila tak nak alami ni semua . dila tak nak . semoga dila dijauhi perkara2 mcm tu . amin .
dila tak nak ! :(

MaYa MustWany said...

kalau mas dulu putus just sehari je..sok terus ok..tapi kalau arwah,until now,makan jiwa

Sha. N. said...

Let's stay single and enjoy our life... Tak yah nak bercinta bagai nak rak. hahaha
Bila smpai seru, kahwin je terus.heeeee

Nur Sakura said...

hihi... sy lalui fasa 1 dan 2 n last..

Nurul ain said...

jujurnya, fasa membenci paling kelihatan pada ain...

aReLaN said...

dlm byk2 tu fasa mengelak je kot prnh alami.hehehe...seyes klu nmpk ex je,rse nk menyorok atau lari tmpt len.bkn stakat ngan ex, tp ngan mmber2 dia skli la.hmmm

Original CikTeddy said...

bile la cik nak brcinta ye?huhu
x mnat lg..nk brcinta dgn Allah jela..

massiz said...

normal thing dear~xmo jumpa ag haa lau boleh...:P
huu~chill
last last soksek sowng2...:P

teyn teyn said...

yes, setuju ..

niesa said...

fasa membenci......semakin benci semakin sukar tuk lupakan...

putus cinta mmg sedih...tapi jangan sampai memudaratkan diri

kim heeruul said...

yg ke 6 tu gua selalu buat.

soooooour said...

xde la rasa benci bila putus cinta...relax sudah....lalalalaa...

Abg Stalker said...

:)putus cinta..x ingat bpe kali da.mgkn tu bkn cinta.

mama aini said...

info yg sgt bagus !!!..thanks JI

Jue said...

Dlm byk2 tu, aku d dlm fasa pnafian sbb aku rs aku bole get rid off it but until now mcm sprh bjaya je hihi

Psst: sweet giler pgakuan jujur ko tu!!hugss!

CekbOlat-bOlat said...

cekbolat mngalami fasa prubahan.. kehkehkeh

CekbOlat-bOlat said...

cekbolat mngalami fasa prubahan.. kehkehkeh

Eera Shera said...

ni baru putus cinta ke ape? hehe..em tak penah rasa smua tu :p

Zaza Fakharuldin said...

hihihi. alhamdulillah saye x pernah rasa semua fasa ni sbb sye x pernah bercinta. hihihihik

Maii Yusre said...

Alhamdulillah maii belum pernah rasa fasa-fasa ni ;DD

..cik gugu.. said...

yeahhh sume fasa ni menyakitkn,,,

shahrazali said...

wow..... sangat menarik fasa2 ni...

berdasarkan pengalaman sy... yg sy sllu alami fasa kedua n keenam jek..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Cari Boyfriend baru..pasti dapat lupakan cinta yang lama.. ;)

Cik TeN10 said...

Fatin pn je dikecewakan.. Mmg akui la menangis tu..tp kejap je la.. Fatin nangis masa luahkan apa yg terpendam dlm hati face to face ngn ex fatin.. Lepas tu terus lupakan hal tu buat xde pape yg berlaku.. Dlm masa terdekat tu mmg fatin menyepikan diri je la.. Tp fatin tak mengelak.. Even fatin dh ada pengganti skrg, tp kami masih berkawan mcm biasa.. Kdg2 fatin balik mesia jumpa jgak.. Keluar window shopping or mkn2.. Sbb bg fatin benda yg dh lepas tu lepas la.. Lgpn mgkin itu jln yg terbaik utk kami.. Terima je la.. :)

Betul tu.. Kl syg seseorang tu jgn la terlampau syg sgt.. Sbb kl kecewa nt teruk..

~SaL IjOu~ said...

Akak x penah putus cinta sbb x pernah bercinta~ ;p
tp perasaan dipermainkan boley tahan juga merananya~ lagi2 bila berkali2 dipermainkan oleh org yg x sepatutnya..terkesan sampai rasa dah patah semangat dengan kaum lelaki..~ =/

Tp x semua mimpi mainan tidur kan,kdg2 boleh jadi ia satu petunjuk..beberapa kali mimpi akak jadi kenyataan..~ =)

Ouh, apa tajuk lagu yg lagi satu tu Ira? ^^

Puan Kutu said...

tak pernah putus cinta kot.kecewa kerana cinta tak kesampaian ada la..hoho..

dasyat2 frasa nie semua,mujur akk tak pernah alaminya..:)

Tukang Karut said...

nasib baik aku tak pernah rasa putus cinta ni...

ahsfantasy24 said...

Tapi semua tu perlukan masa,
masa ubat duka yang mujarab :)

Latest Post:
1. Bukan manja gedik mengada-ngada nak selalu berteman.
2. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah.

- shamimie - said...

hmmm.. sangat setuju ngan 6 fasa nih.... I'm still in denying phase..

✿Dear Yayah✿ said...

tu yg maleh tu. senang cite takyah kapel la kan.. *ayat frust* kah~kah~

wahida said...

pernah rasa dulu masa zaman belajar kat U dulu...huhu...

emy zulaiha said...

dear,,jgn takut utk bercinta lagi oke! :)

nur adilah said...

hoho:D betul sangat lah tu:P
kejam betul kartun tuB-) hehe.
btw cuti memang masa untuk rest kan? >.<

Miss Nadya said...

sedih lagi bila bertambah baca entry ini..:(

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/kesedihan-boleh-menjadi-suatu-rahmat.html

p/s :: thanks dear..ramadhani dan zero kira da besar la tu..:)
lambat blogwalking..:)
ari tu jumpa bos da..alhamdulillah semua ok..

AinsHa=) said...

saya suka part fasa membenci. *gelak jahat*

dhiera said...

ex akak yg dulu sekarang dah jadi kawan~ he.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

perah melalui fasa ni beberapa kali sblm betemu prince charming auwwww

cik wanie Lovela (CWL) said...

paham..dear i dtg sini g muah

cik wanie Lovela (CWL) said...

4get n 4give :)

aimie amalina said...

aseenye mcm penah lalui jugak :))

6 fasa yg mendewasakan diri..

ZORA said...

susah jugak bcinta ni..hahaha

MeeRole said...

Xpnah brcnta..sudi x awk mjadi buah atiku? http://speakersekolah.blogspot.com/2011/12/date-bersama-juliet-ira.html

aleen aiden said...

harapnye fasa ke 3 dan ke atas dapat dielakkan.hu3

eRza farEeha said...

hai!...
deactive fb tu fasa mengelak la kn..hehee

aRa ❤ aFiq™ said...

da lame ta mgalami sume ni.. huhu..

nabilah_2908 said...

putus cinta tentunya sakit.. :)

pernah juga alaminya...tapi dalam fasa 1 hingga 2 je...yang lain2 takde la pulak...

tapi pernah sampai demam la..disebabkan putus cinta ni..hmm..

bab benci tu...takde...biarkan je dia happy dgn life dia...

dia ada je dalam friend list kt FB...

tak pernah rasa nak remove or hide...biar je...tapi tak pernah bertegur sapa lagi dah... :)

Papa Mifz said...

mcm kawasan perumahan lak yer ado fasa2..hehe

Papa Mifz said...

mcm kawasan perumahan lak yer ado fasa2..hehe

wan nurul hezrina said...

hehe nie doktor hatiker?pernahlah rasa dolu2 masa studi..hehe..

Hanie_Dew said...

sape yang putus cinta ni musim winter ni. hehehehe..

aku no komen sebab aku slalu tak ambik pusin kalau relationship tu berakhir. teruskan hidup je. =) samapi aku lupa dah kisah kisah dulu. bole tak. hahahahha.

cik fiza said...

putus cinta itu menyakitkan huhu

salam singgah :)

Zefa NorAsmara said...

Kecewa pun ada fasa2 ye ira? Semoga ira akan berjaya meninggalkan kenangan kekecewaan itu..

ps: cinta pada Ilahi kan kekal abadi..

Chuu Muqhlis said...

perpisahan sangat menyakitkan :(

Mizz ErMa said...

tapi apa yg pasti, sy rasa seperti sangat sakit di dalam dada walaupun sy yg putuskan perhubungan itu..sob, sob, T-T

iszieylyanziy said...

fasa rebound tu nak bagi kat kawan la,,fasa mengelak nak bagi kat diri sendiri,,huhu :( nak share entry ni :)

dill said...

huhu. masih kuat utk pegi shopping complex yang sama. masih kuat utk dengar lagu yang sama. masih kuat utk menggunakan gaya yang sama. masih kuat utk menggunakan nombor telefon yang sama.

saye kuat :)

dill.

iszieylyanziy said...

fasa rebound tu nak bagi kat kawan la,,fasa mengelak nak bagi kat diri sendiri,,huhu :( nak share entry ni :)

Miss Volvo said...

hmmm setakat ni tak pernah lg di kecewakan :P

♥e'in♥ said...

mcm kena btg hidung e'in sendiri je.. dulu waktu clash dgn 1st bf, e'in terus gunting rmbt pendek.. benci dkt die.. elak dr terserempak or jumpe die.. haish! =.='

p/s : blog e'in dh bukak.. :)

Dalila Hamid said...

dapat baby...hhee... mintak simpang la benda2 memudaratkan...

Nurul Iman Rosman said...

hmmm,
dan fasa2 tu jugak la yg buat iman tak berani dah nak becinta2 bagai ni.

nak kawen terus lagi best!
bercinta lps kawen kan lagi sonok.
heheee ;)

Nurul Iman Rosman said...

hmmm,
dan fasa2 tu jugak la yg buat iman tak berani dah nak becinta2 bagai ni.

nak kawen terus lagi best!
bercinta lps kawen kan lagi sonok.
heheee ;)

khairul akmal bin azman said...

jangan taksub bercinta sgt!

dan jgn suka bg org harapan

♛RaRa♛ said...

seyes pernah bercinta,tapi pernah rasa camner fasa 6 tuh?=='pelik bukan..HEHE

Bulan Syurga Firdausi said...

sakit....x nmpak kt luar tp Allah je tau sakit nye...x pe dugaan utk jd lbh matang..da setahun sy putus tp kesan nya Allah............x tergambar :) yup btl, syg la diri sendiri dlu....

sitinuraffizza said...

HAHA. ms mula2 clash mmg xle terima. tp dah lama2 1,1 hikmah keluar dr kekecewaan 2. br rs bersyukur knp Dia clashkan kte dgn pasangan kte. HEHE

amna said...

fasa ke3 tu tak berapa sure... huhu~
apa pun, suka fasa terakhir tu :D

Teenager Housemaid said...

saya tak pernah alami semua ini..:)))

Woofer Storm said...

fasa membunuh ada tak??

sy kalau frust suka maki orang ..hehhee slmt mlm^^

miss Fyqa said...

x pernah alami lg fasa2 ni sume.. ehee..x pernah bercinta lg.

Ungu Violet said...

koyak2kan aje gambor dia...padan muka...hihi

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

agree, but i never been into fasa membenci :)

msredcheesecake said...

Msred sayang anak dan diri msred dulu, baru pikir org laen....

LittleGurl said...

kalau berpisah, kite pikir semua tu bkan jodoh. jgn risaulah akan ade seseorang yg bersedia menanti kita di depan, and dia lebih baik dr yg sebelumnya ;)

Anak Wak Mail said...

fasa menangisi diri tu wajib kot untuk semua orang..tambah satu fasa lagi..fasa memaafkan dan rujuk kembali..haha

HaNi NaJMi said...

betul! ha'ah kak, disember bulan putus cinta ke? bukan ada lagu yang lirik die 'berakhir di januari'...
ramai kawan nangis tapi tak tahu nak bagi kata2 semangaat camane? ada fasa untuk motivasi kawan tak?

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails