salam semua..:)
sihat?hee..Ira memang tak sempat nak jengah semua..maaf tau..balik sekolah dah penat, buat kerja sikit, tidur terus..pagi2 lagi dah kena bangun..6.30 dah gerak ke sekolah...
minggu ni agak sibuk..dengan mesyuarat guru, mesyuarat dalam kelas pendidikan khas..tapi jadual mengajar tak dapat lagi...dan kelas pendidikan khas akan buka sebuah kelas lagi..maksudnya wujudkan kelas dalam kelas pendidikan khas ni..sekarang dah ada 3 kelas..kelas Tabah 1, 2, 3 dan terbaru akan ada Tabah 4..
mesti ada yang tak faham kan apa itu pendidikan khas?;p..meh cikgu Ira terangkan..ngee
Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).
Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
sumber : INFO
boleh faham?
senang cakap untuk kelas yang Ira ajar adalah program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran di dalam sekolah harian biasa.Separa pengasingan bermaksud murid-murid berkeperluan khas tadi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas khas dan diasingkan dari murid biasa tetapi berkongsi kemudahan lagi seperti padang, kantin, tapak perhimpunan dan digalakkan bersosialisasi dengan murid-murid biasa.
dah faham?hee..mudah je sebenarnya..
next entry, Ira akan cerita pengalaman Ira seminggu kat sekolah baru..sekarang ni Ira nak bw..sabar yea tunggu giliran anda..Ira akan komen semua entry yang Ira terlepas..:)..terima kasih sebab setia komen blog Ira walaupun Ira tak jenguk korang..sob3..;p
41 comments:
semoga ira tabah.
ooo dah faham..cikit.hihihi
Hee~ Busy yer ira.. takpe2..
Semoga ira terus tabah dan kuat mengajar dlm kelas pendidikan khas tu yer.. :)
pendidikan khas...
hurm..dulu ramai kawan2 mama suruh masukkan adik kt sekolah yg sediakan pndidikan khas.
tapi, mama bantah sekeras2 nya...mama kata, anak saya normal..huhuhu
cikgu ira!!! selamat mengajar ye syg.. mesti bnyk pgalamn bleh dpat bila mngajar kelas khas..elok2 ye syg :)
kelas khas ni banyak dugaan nya kan..pernah dengar story dari cikgu2..ada anak murid tu dia susah nak tulis satu huruf tu dia akan tekan sekuat hati pensil dia ..kesannya ketara sampai ke mukasurat last sekali...lucu jugak dengar experience mereka tapi, saya tabik lah..cikgu2 ni penyabar..bagus :)
penat tapi berbaloi kan . ehhh happy kan dah ada kerja ? selamat bergembira mengajar kak ira . muahhh sikit :))
*rindu :(
wahh satu tugas yg mencabar tu.. pape pun ganbatte ye ira !!
pssttt.. fatin dh buat dh cream puff tu.. tp gna resepi lain. menjadi !! sedap sgt..
Gogogocikgu ira....sweetnye panggil cikgu ira....hanya orang yang tabah jew bleh amek pendidikan khas...tahniah ira....ramai juga yang xsanggup sebenarnya...
tumpang pesan
wahhhh..cikgu ira..mengaja pendidikan khas ni mencabar..perlu kesabaran yg tgi ^_^
selamat bkhidmat ntok negara cikgu :)
JI memang seorang guru yg kuat semangat & tabah !!..bukan semua org mampu melakukannya..
mesti banyak pengalaman menarik ajar kelas tu,,sebab diorang sangat istimewa kan..;)
cepat share pengalaman mengajar!hihi
penat tp bestt kan ? heehe...
cabaran untuk cikgu ira. hehe.
dalam satu kelas campur2 ke yang tak boleh nampak, tak boleh cakap, learning disabilities n yang lain2? macam mana nak ajar kalau lain2 dalam satu kelas? banyak pulak tanya. hehe.
bkn sng nk ajr budak2 pndidikan khas kan?dr ape yg cik dgr la..ehehe
heheh.. bolat trauma kene kejar dgn bdak pndidikn khas >_<
apepon slmat mngajar ye kak =)
smga Allah permudahkan....
jeles nya ira dh keje...
lea juga menganggur lagi ni
owh..paham dah..
mesti banyak cabarankan cikgu Ira..^_^
semoga tabah yea cik ira..tugas tu mmg penuh cabaran n perlukan kekuatan kesabaran, harap cekallah pikul tgjwab... :)
paham cikgu..
hahahahaha
alala takpe ;) free free datang :P best tak^_^
hari tu nak pegi daftar aiman dekat pra,tersalah masuk kelas pendidikan khas..mmg tahu akan kewujudan pendidikan khas..
semoga ira tabah dan menjadi cikgu yg dedikasi..
pasal buku kisah nabi tu,yg sama macam akk belikan aiman tu ada siri dia.16 cerita dalam satu buku.ira cuba carik dekat tesco..:)
eh tadi ada jugak blogger cerita pasal kelas pend. khas dia
satu cabaran jugak nak handle pendidikan khas kan.. hope dapat laksanakan tugas dengan baikk.. =)
orang selalu ingat pendidikan khas je murid OKU..tak semestinya kan cikgu ira....pendidikan khas merangkumi masalah pembelajaran jugak...
dapat bayangkan rutin ira yg sibuk tu...sampai rumah memang kepenatan dah...kena charge energy utk hari esok lak...:)
Guru tugas yg murni ;-)
owh... best la kak... student kelas mcm ni rasanya tak nakal sgt kan.. GOODLUCK2... HOPE AKAK JALANKAN TUGAS DGN SEBAIKNYA :)
Wah beb, aku respek ngan kerjaya ko sbb bkn smua dpt buat. Kna byk bsbr, memahami dan yg ptg ikhlas
jadi guru pendidikan khas ada cabaran tersendirikan...semoga ira tabah dan terus sabar mendidik mereka.. :)
best jgk dapat ajar diorng...hehe
cmne nk tmbul mint mngajar eh?
mesti susah kan?
sekolah kita pun ada pendidikan khas ni
yup, mengajar PDK memang sangat enjoy...best sgt! cuma kena lebih banyak kesabaran melayan karenah pelajar2 terutama yang mmg betul2 berkeperluan pendidikan khas. ;)
salam perkenalan cikgu! saya folo cni ya..sudi2 folo saya.
mencabar betul jadi cikgu kelas pendidikan khas. kene betul betul banyak bersabar.. ira! fighting!!
wahh dah start eh akak :)
sorry lama tak snggah, hehe.
cepat2 la hapdet ye, nk tau jugak cemana akak kat sana ^^
akk msti bz sgt kn
kitorng msuk skola pas cuti ni
Tahniah cikgu.. Da kerja pasni da bleb kawin da, hahaha
eh, dah ada jawapan.. malu! kuikui
Post a Comment