.Awesome Blogger.

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Monday, November 25, 2013

.Honeymoon.


As salam..:) cuti sekolah dah bermula hingga disember nanti jadi Ira dah ada lebih masa nak update blog!yeayy :p

Kenduri rumah Ira dan rumah hubby selang seminggu..jadi lepas je kenduri rumah hubby kami pon bertolak ke destinasi bulan madu kami di .......... :) cuba teka kat mana?hehe




Destinasi cinta kami ni popular dengan gerai2 sebegini iaitu Banana Pancake! haaa mesti dah ada yang tahu kan..hehe..jadi tak payah la nak berteka-teki lagi...kami sebenarnya berbulan madu di Krabi, Thailand :)








Bestt sebab tempat dan suasananya cantikk!nak cari halal food pon tak susah mana..recommended untuk yang nak ke sini..tak kira la single ke dah kawin ke dah lama kawin ke..hehe yang pasti best~!Ira rasa nak gi lagi pon iye haha..

Next entry details pakej dan hotel yang Ira tinggal kat sana selama 4 hari 3 malam..stay tuned!

Papai!

Wednesday, May 30, 2012

.Jalan-jalan | Colmar Tropicale, Berjaya Hills.



Salam semua :)

Ira dah kembali aktif!:) fuhhh semalam berjam2 mengadap lappy sambil Ira baca entry, komen lebih 80 blog..penat...huhu..tapi rindu nak tahu kisah semua ;p..tapi maaflah..memang Ira tak sempat nak view older post semua blog...huu..tu 10 hari 10 malam pon tak habis blogwalking kot..

Sebab utama Ira menyepi tanpa sebarang pesan adalah sibuk.....bukan alasan klise tapi tu lah kenyataan..sibuk buat soalan peperiksaan even mengajar murid P.Khas, sibuk dengan tuisyen malam + malas + penat..tu je alasan utama Ira..shop online ni baru sahaja..tu pon buat tambah sibuk juga..;p..time weekend pula ada weekend yang Ira ke sekolah...tapi selalunya weekend memang Ira manfaatkan dengan beristirehat...maaf yea..:)..Insya-Allah Ira cuba tak menyepi lagi..

Trademark Ira berblogging adalah main masak-masak dan jalan-jalan kan..haha..jadi kita mulakan dengan entri jalan-jalan dulu la yea..Ira ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang pada cuti hari pekerja yang lalu...pergi pagi balik petang..:)..jalan pon tak jammed masa pagi tu..petang tu je sedikit jammed terutamanya lepas tol Gombak menghala ke MRR2...nak ke Bukit Tinggi ni kalau dari KL keluar ikut tol Gombak menghala ke Genting Sempah dan masuk ke persimpangan Berjaya Hills..lebih kurang 45minit-1 jam dari KL..:)..

Kalau nak tidur pon boleh..tapi buat yang rumah dekat macam Ira ni tak disarankanlah..sebab boleh jalan 1 hari tu untuk semua tempat kalau tak bazirkan masa la....tapi kalau nak tidur pun apa salahnya..hotelnya cantik!harganya pon cantik..;p

Tinggi juga tau Colmar Tropicale ni..nama pon di Bukit Tinggi kan..ahha..;p.. selepas kereta dah mendaki bukit yang tinggi tu, setiap orang mesti membayar tiket masuk sebanyak RM 12 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak bawah 12 tahun..rasanya warga emas pon separuh harga kot..

Jamulah mata anda dengan beberapa keping gambar Ira di sana..:)



Bukit Tinggi ni ada banyak tempat yang kena pergi..antaranya Japannesse Village, Rabbit Park, Castle, Extreme Park dll..Ira dah tak ingat sebab dah sebulan berlalu..uhuk uhuk..;p...tapi yang Ira sempat pergi 2 je..haha..Colmar Tropicale dan Japannese Village..yang lain..tak pergi..tak sempat laaa ;p..

Ira dah buang masa tunggu tram..sebenarnya naik kereta lagi cepat..uhuk uhuk..ingatkan jauh kena park kereta untuk ke setiap tempat tu...rupa-rupanya sama je dengan tempat tram berhenti..menyesal..ahaha..jadinya tak semua tempatlah Ira pergi...nantilah bila dah ada anak lepas kahwin nanti mungkin akan datang lagi..ehem ehem..;p



 Kimono yang Ira pakai tu boleh disewa dan boleh lah kita melaram sambil posing2 dengan kimono di sekitar  rumah jepun tu..kuikui..sewa kimono = RM 25 seorang..ada juga macam tradisi orang Jepun minum teh tu pon kena bayar harga lain..tapi Ira tak join..

Jadi, Colmar Tropicale ni ok-ok la untuk yang suka bersiar-siar dengan keluarga sebab ada banyak tempat yang agak menarik di sana..yang paling best tentulah posing dan konon-konon macam berada di luar negara..;)..sebab bangunannya cantik-cantik belaka..makanan macam sedikit mahal..kalau rasa nak berkelah sambil makan kat sini lagi best..ada udara yang sedikit sejuk sebab atas bukit kan..;)

Colmar Tropicale disarankan untuk kaki jalan + kaki posing macam Ira je..haha ;p..photoshoot best kat sini..sebab view cantik2..:)

Papai!



Iklan : Jom add Juliet's Scarf di facebook untuk membeli renda baby roses yang boleh dijahit pada tudung seperti fesyen terkini tuuu :)


Tuesday, April 17, 2012

.Big Burger at Fontana Cafe.


Salam semua..:)

Sorry ye sekarang ini memang susah sikit nak update blog..kalau ada masa terluang baru Ira update..kalau tak, godek2 entry lama je la yea..komen la sampai lebam..hehe ;p

Berbalik kepada entry INI, cer tengok besar mana burgernya..;p

besar kan..:)

Ira makan di Fontana Cafe & Catering yang bertempat di Taman Equine, Seri Kembangan..cafe ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) episod 3 minggu lepas kot..boleh lah search kat tonton.my kalau nak tengok..:)

Pemilik cafe ni adalah berbangsa Australia yang mana beliau berkahwin dengan wanita tempatan...burger ini diinspirasikan dari negara Kangaroo tu la...

Jom kita terjah Cafe ni..heee

Set Fontana burger dengan fries = RM 10.10 

Daging burger ni memang tebal!lebih kurang 2 inci camtu...memang kena makan 2 orang (Ira la)..rasanya not bad..Ira tak pernah makan burger bakar kat Wangsa Maju tapi Ira rasa harga burger ni berbaloi dengan rasa dia..range harga burger RM 10-RM15..ada western food, thai food juga kat cafe ni..eh lupa..boleh karoake sekali kat sini..FOC...heee ;p

Teringin?jomm gi makan kat sana..;p

Pss : ni bukan makan berdua dgn 'si dia' tapi makan bertiga dengan kakak Ira & anak jiran..


Friday, April 13, 2012

.Wordless Friday? :p.


Salam hari jumaat blogger!

weee lama kan Ira menyepi..dalam  seminggu lebih juga kot..maaf sangat sebab tak berkesempatan blogwalking...sibuk dengan kerja..sibuk dengan benda lain..heee

cer teka cer teka ni Ira makan kat mana?;p

Jangan Terliur!


besar wooo burger ni..daging dia tebal..dalam 2 inci lebih kot!tak mampu nak makan sorang..ni pon kongsi berdua..

nahh ni la entry Wordless Friday Ira..ngeee ;p

Take care!

Friday, March 16, 2012

.Kursus di Pulau Pangkor, Perak.




salam semua..

Maaf kerana lambat update...Ira tak ada mood nak update lepas konvo..heee..;p

Entri ni khusus untuk blogger yang nak tahu tentang Pulau Pangkor, Perak..Ira ke sana kerana menghadiri Kursus Guru Baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor..jadi semuanya FOC la kecuali duit poket dan tiket Feri...dari jeti untuk ke resort, kami naik van teksi..memang banyak kat sana..

Kalau dah sebut pulau..semestinya yang istimewa di sana adalah pantai dan makanan laut :)...Ira menginap di Pangkor Holiday Resort di Pantai Bogak...tak silap Ira Pulau Pangkor ni macam Pulau Tioman juga..ada banyak pantai dan kawasan...rasanya yang best untuk percutian adalah di Pantai Teluk Nipah...:)

Nahhh gambar Ira di sana..


Tiket feri Ira hanya RM10 pergi dan balik..tapi ni untuk tiket berkumpulan...rate semasa Ira tak pasti...




Bilik kami..2 orang sebilik..selesa..:)

breakfast..muka suci lagi murni..;p

ada swimming pool..cikgu2 lelaki je yang dapat terjun kolam ni..hee ;p





even hujan gerimis kami tetap posing..haha..semua di Pantai Bogak..:)

Suku daripada peserta kursus..kat sana dapat la berkenalan dengan cikgu2 lain..


Kursus kali ini dihadiri oleh seramai 117 orang guru baharu dari serata Negeri Selangor selama 4 hari 3 malam...anggaran perbelanjaan kerajaan untuk kursus ini tak silap Ira, RM 40K ++....termasuklah penginapan, makan, pengangkutan dari JPN Selangor ke Jeti Lumut...tapi nama pon Kursus kan..aktiviti Ira hanyalah ceramah sahaja..dari pagi sampai malam...dapat berjalan ke pantai pon selepas pukul 5..tak mandi laut pon sebab Ira tak rasa nak mandi..hanya jalan-jalan di persisiran pantai sambil teringat pada yang tersayang..kuikuikui

Kursus ni best hanyalah sebab makanan sahaja..hee..6kali sehari tau! Ira rasa macam Ira gemuk kat sana sebab asyik makan je..haha..sampai tak larat nak makan..huuu..

Siapa yang sukakan pantai dan suka ubah angin boleh lah ke Pulau Pangkor..:)...ada pantai yang boleh snorkelling tapi Ira tak pasti kat mana..sila tanya Mr Google yea..hee ;p


pss : Ira shopping makanan laut macam sate ikan, sotong gula, ikan bilis dll di Lumut..hee..kat area Pantai Bogak tu Ira tak berani nak beli sebab peniaganya adalah orang Cina..




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails