.Awesome Blogger.

Showing posts with label sekadar Kata2^. Show all posts
Showing posts with label sekadar Kata2^. Show all posts

Friday, November 4, 2011

. Hi-tea Wooo .



salam semua.. :D

mesti ramai dah pulang ke kampung kan2??

wuuuuu Ira masih di rumah dan menyambut hari raya Aidiladha di sini sahaja..

tadi Ira tanya Hanie_Dew, dia korban apa tahun ni? tapi dia jawab dia tak korban apa-apa lagi..mungkin tahun depan....ye2 je Hanie ni??;p

Ira berkorban hati tahun ni..wuwuwuu... yelah sebab kena sambut raya di perantauan..ececehh..perantauan la kalau tak balik kampung halaman tercinta..;p

disebabkan sedih tak balik beraya di kampung halaman..wuwuwuwu...demi nak mengurangkan sedih tu Ira nak pergi hi-tea! yeayyyy.. ala hi-tea pon tak tahu ke? minum petang tuuu...

tapi kan tapi kan..

Ira hi-tea kat rumah je..wuuuuu...sedihh balik..+_____________+.....tak ada siapa pon nak bawa hi-tea kat luar...

ni lah makanan hi-tea Ira...



carrot susu juice with sausage egg bread..


eh hi-tea pekebenda kalau minum carrot susu tu!heeee

tu semua Ira buat sendiri tau!

pape pon tahun ni memang Ira banyak berkorban hati dan perasaan....bila melibatkan soal hati, sangat rumit untuk diperkatakan....luaran mungkin nampak gembira tapi kat dalam Allah je yang tahu...

banyak perkara yang tak disangka berlaku dan 'terduduk' lah sekejap sampai satu tahap rasa nak lari dari keadaan tu dan pergi jauhh..lepas tu rasa nak berhenti belajar dan cepat-cepat cari kerja..

tapi tu kerja paling bodoh lah kalau Ira buat...emo punya pasal! walaupun pahit, kena hadapi juga..

kalau Allah tahu Ira tak mampu hadapi, Dia takkan beri ujian ni pada Ira dan keluarga kan..

Allah Maha Mengetahui.. alhamdulillah beberapa langkah lagi Ira akan tamatkan pengajian..

bersyukurnya Ira pada Dia....Ira bersyukur walaupun doa ira Dia tak perkenankan, tapi Ira tahu ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.. kasih sayang tu luas...orang ni tak sayang kita tapi Allah sayang kita lebih dari segala-galanya....ingat tu..

Selamat Hari Raya Aidiladha!





Thursday, November 3, 2011

. I am strong enough? .










kredit to : BESTQUOTE



Saturday, January 22, 2011

. Mendung sudah berarak lalu langit semakin cerah .


Salam semua..


Maaf sangat kepada yang berkunjung ke sini tapi Ira tak datang jenguk balik..


Dah lama tak online ni.. J


Macam-macam benda dah berlaku dan ianya telah menawarkan hati Ira untuk online..ehehe..


Betul laa… sebenarnya Ira demam…nak tekan butang on kat lappy pon tak larat! :P..apatah lagi online kan.. maaf banyak-banyak!


Tajuk untuk entry ni memang Ira sangat-sangat bermaksud..eh betul ke ayat ni?heheh.. siapa yang faham tu faham la kan??kalau tak faham boleh tanya.. Anak murid tak faham, cikgu kena lah terangkan kan??ehehe…


Banyak benda berlaku dan Alhamdulillah ianya semakin baik dari hari ke hari.. kadang-kadang kita telah membuatkan orang lain salah faham dengan diri kita dan tugas kita ialah menerangkan dengan sejujur-jujurnya apa yang sebenarnya supaya orang tersebut faham……. Kalau tidak, anda akan berasa di dalam hati anda itu satu keadaan yang sangat menyakitkan di mana ianya akan hilang setelah anda berterus terang


Blog Ira ini bukanlah 100% diari hati Ira.. ada perkara yang boleh ira kongsikan bersama anda semua tapi ada juga yang terpaksa Ira pendamkan sendiri…… Ianya adalah untuk kebaikan bersama…. Mungkin dulu Ira terlalu out spoken @ terlalu jujur dengan mencurahkan semua rasa hati Ira di sini… tapi bila usia semakin menginjak ke alam dewasa ( belum 23 lagi tapi rasa macam dah tua sangat!ehee ), Ira mula merasakan yang ianya terlalu peribadi dan boleh menjadi kesan yang amat dasyat kepada orang yang tertentu..


Mesti korang tertanya-tanya kan?ehehe.. manusia mana yang tidak mempunyai masalah..pasti semua merasakan sama seperti Ira.. tapi ianya terpulang kepada diri kita.. samada kita berhadapan dengan masalah itu ataupun lari dan ianya tetap menjadi masalah kepada anda.. Renung-renungkan..


Setiap yang berlaku dalam hidup Ira, sememangnya memberikan Ira 1001 perasaan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.. Ira bersedih, Ira kecewa, Ira terasa seperti sangat mementingkan diri sendiri dan selalu menyusahkan orang lain.. apa yang dapat Ira katakan, jika anda rasa Ira menyusahkan hidup anda, sila bagitahu Ira dengan cara yang baik.. Ira boleh terima..


Sekian.




p/s : Lagu kegemaran dengan rum8 syg, E.. lagu yang ira rasa mempunyai melodi yang menenangkan Ira buat masa ini…




Wednesday, August 26, 2009

. Cuti Yg Pelbagai Rasa .



salam semua..

minggu ni me n student IPGM yang lain sedang bercuti pertengahan semester a.k.a cuti sekolah selama seminggu..next week pula me still ada kat umah kerana bakal menjalani PBS di sekolah yang berhampiran dengan rumah...mungkin ada juga yang telah menjalani PBS sebelum cuti ni kan...so just wish me da best la k!hehe

berbalik kembali kepada cuti ni..al-maklumlah cuti di bulan ramadhan yang mulia tidak memungkinkan me bersiar2 di sepertimana bulan2 yang lain..yelah..kalo haus, boleh gi minum..hihi..

lagipun cuti kali ni kurang seronok disebabkan bebanan kerja yang agak banyak...tapi tak buat2 lagi..ahhaha..rasa cam malas je..camne ni??



nak keluar pon tak ada kawan..kawan yang sering menemankan pun tidak pulang ke rumah kerana mereka tidak cuti...huhu..sob3..



cuti ni juga terasa kurang sinarnya disebabkan ada beberapa insiden yang mendukacitakan n menguji kesabaran diriku...tak faham la dengan orang yang mempunyai PHD yang terlalu mendalam menyebabkan beliau kurang senang terhadap orang lain...pelik2...dunia ni kecik je...tak mustahil ianya akan terjadi pada diri sendiri..ingat tu..



jadinya..

me hanya duduk terperuk di rumah sambil 'meng'On9kan diri...tapi nak update blog plak terasa malas...ni kira dah rajin la kot that y update..huhu..

apa2 pon..

selamat beramal~




p/s : PHD = perasaan hasad dengki

Sunday, July 12, 2009

. You .

assalamulaikum, good morning n happy sunday to all of you..

cak3...hehe

mulakan harimu dengan senyuman..senyum cpt3..(^_^)^

hopefully semuanya sihat n gembira sll..

kalo tak sihat...jgn lupa makan ubat yea..

pagi ni me bangun dengan keadaan yang ceria n alhamdulillah masih dapat bernafas lagi di muka bumi ni...

syukur padamu Ya Allah..hanya kepada Engkaulah kami berlindung..

tapi..

kenapa yea bila hari yang dimulakan dengan gembira pasti akan dicalarkan oleh sesuatu..

for those people u always make me down n feel that u r totally good in whatever things..

u r not allowed in my blog n please reflect on ur ownself..

is it true that u r perfect in everything??

don be so proud n i think u should muhasabah urself..

frankly speaking..

u r so annoying me!

watch out ur words haa..

if u r really2 good i dun mind..

but knowing u..

i know u r not very perfect as u always act..

remember..

u have no right to talk to me like that..

jangan 1 hari nanti..

ur words to me will be return to u..



Saturday, July 4, 2009

. Tak Seindah Impian .




hidup ni memang tak seindah seperti yang diimpikan kan..

selalu kita angan2 kan sesuatu yang sempurna..

yang menyenangkan..

yang menggembirakan..

senang kata..

semua yang membahagiakan dan membuatkan hati kita..

tenang, aman damai dan harmoni..

tapi hakikatnya..

ianya tak seperti yang kita idam2 kan...

yang kita angankan..

yang kita impikan..

kalo tak kuat..

kalo tak tabah..

dan tak yakin pada diri sendiri..

memang bila2 masa je kita akan tumbang..

malahan tersungkur ke bumi yang indah permai ni..

tapi..

sekali tersungkur...

tak selama2nya akan tersungkur..

bangkit kembali..

dan jadikan ianya sebagai guru kita...

belajar dari pengalaman...

adalah guru yang terbaik..

semoga saya dan anda tabah dalam menghadapi ranjau hidup yang penuh pancaroba..

-.-



Saturday, June 20, 2009

. Wahai ADAM .


tazkirah yang menarik perhatian..

sekadar renungan bersama..

***********************************

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

Petikan dari;
Warkah dakwah 1986

Monday, June 1, 2009

. Terbaik Untukku .


mungkin ini yang terbaik..

memendam rasa agar tiada siapa yang mengetahui

apa yang tersurat dalam hatiku..

apa yang tersirat dalam jiwaku..

agar tiada..

yang akan terasa hati..

apatah lagi meluahkan kata-kata

yang makin menyedihkan diriku..

ku cuba..

untuk mendiamkan diri..

agar hati yang sering ku jaga..

tidak akan terguris..

seperti hatiku..

yang makin diguris-guris.



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails