.Awesome Blogger.

Friday, December 2, 2011

. Away to Penang .


salam semua..

entry ni auto-publish tau!

masa ni Ira dah bertolak ke Penang dah..heee....tapi sampai Penang hari sabtu.. malam ni Ira bermalam kat rumah wan BFF Ira kat Taiping, Perak.. :)...ehemmm....BFF Ira girl yea dan bukan 'si dia' yea..heee..;p

Ira kat sana sampai hari ahad...;p..nak jalan puas-puas sebelum temuduga Ira..wuwuwuwu..


take care semua.. nanti Ira balik dari Penang, Ira jenguk semua k... :D

psss : lalalalalalalala tak sabar nak naik feri..hehehehehe...;p

Thursday, December 1, 2011

. Rama-rama cantik.


salam semua..

tadi ada rama-rama kat depan rumah Ira..rama-rama tu terbang kat bahagian porch kereta tapi tak masuk dalam rumah...cantik tau...hee...lepas tu mak Ira cakap kalau ada rama-rama terbang kat rumah kita kan...maksudnya ada orang nak datang rumah tu...pernah dengar tak orang tua-tua cakap macam tu??

Ira tiba-tiba terfikir..kalau dalam dalam Bahasa Inggeris kan, rama-rama adalah 'butterfly'...kupu-kupu?info dr blogger dill kupu-kupu adalah 'moth' okee..heee..thankss dear for the info.. :)


cantik kan rama-rama ini?

ehh apa beza kupu-kupu dengan rama-rama yea??

rupa-rupanya perbezaan rama-rama dengan kupu-kupu adalah dari segi fizikal utama iaitu pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu. Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

kredit : SINI

ehemmm..siapa perasan Ira ada senaraikan list 'Jalan-jalan dengan Ira' dan 'Main masak-masak dengan Ira' ? Nanti kalau ada nak bercuti ke tempat yang Ira dah review tu, bolehlah tengok..kebanyakannya Ira ada bagi tips :).. lepas tu kalau yang nak mencuba resipi yang Ira dah cuba tu pon boleh..hee..tapi baru sikit je la..hihihi..;p..Insya-Allah nanti makin bertambah..heee


psss : Waa dengar kata movie 'Ombak Rindu' best+wajib bawa tisu ek? Ira tak dapat tengok lagiii..frustt ni..wuwuwuwu..ehemmm...terima kasih semua yang wish 'Good Luck' dan doakan Ira untuk temuduga minggu depan...




. Jantung berdegup kencang! .




salam semua..

wuwuwuu...jantung Ira memang berdegup kencang sekarang ni..

semuanya disebabkan...

TEMUDUGA SPP ( Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ) yang bakal Ira hadapi pada 8 Disember 2011 ni..

oke semua dah tau kan, Ira bakal guru (Insya-Allah) lepasan salah sebuah Institut Pendidikan Guru (dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) di Malaysia ni..??jadinya di Facebook, ada satu group khas (yang tertera di gambar bawah ni) untuk bakal-bakal guru 1 batch Ira (bulan Januari, tahun 2008) untuk berdiskusi (ehemmm), berkongsi nota, berkongsi soalan spot (wajib..hee) dan beramah mesra..;p....psss : rasanya baru-baru ni ada yang berkenalan dan bertemu 'jodoh' juga dalam kalangan kami ni..heee


oke...yang membuatkan jantung Ira terpaksa pam darah yang lebih adalah kerana ada di antara rakan 1 batch Ira ni dah selamat ditemuduga dah..jadinya, mereka pon berkongsi pengalaman tu di group kami tu... Ira pon baca dan banyak soalan yang tak terjangkau dek akal Ira ni!!! lantas membuatkan jantung Ira berdegup kencang sebab Ira tak study lagiiiii...huuu..antaranya :

nampak tak? Kalau tak nampak, soalan yang ditanya ialah :

1. Apa itu globalisasi dan borderless?
2. Siapa yang bekerja di ladang kelapa sawit?
3. Apa itu modal insan?
4. Di mana Lembah Silikon Malaysia?

yang soalan tiga atas tu Ira tak kisah sangat (walaupun macam perlu ke?huu )...tapi soalan no. 4 yang membuat Ira TAK terkata! ada ke lembah silikon kat Malaysia??? tak pernah dengarrrr pon...korang tau ke? ke Ira sorang yang tak tahu??huuu.. Lebuh Silikon Ira tahu la..huhuhu

buat yang tak tahu dan Ira pon baru tahu.. lembah silikon ni memang tak ada di Malaysia...ianya di California, AS...kat Malaysia ni ianya sinonim dengan lingkungan area Cyberjaya, Putrajaya dan kawasan Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermaksud kawasan yang mempunyai jaringan komunikasi dan multimedia tanpa sempadan..kiranya kawasan yang mengaplikasikan ICT la... ( betulkan Ira kalau salah yea.. )

Ira dah google...rupanya isu masih baru lagi dan ada di Berita Harian Online ni..

nampaknya Ira kena banyak membaca lagi...wuuuu...doakan Ira dapat panel yang 'baik hati' dan tak tanya soalan yang Ira tak tahu...+_________+

bye!


psss: mood gi Penang dah ke laut ..

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails