.Awesome Blogger.

Showing posts with label my study~". Show all posts
Showing posts with label my study~". Show all posts

Saturday, December 10, 2011

. Temuduga = Selesai :) .



salam semua..

Khamis, 8 Disember 2011 yang lalu Ira dah selamat menjalani temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di Melaka..

gemuruh jangan cakap lah....rasa nak tercabut jantung, limpa, paru-paru, semualah organ dalaman..heeee ;p...panelnya terdiri dari 2 orang...2-2 baik hati, tak psiko, sangat membantu tapi sedikit menggertak la..hihihi...normal lah kan...;p

temuduga dalam berkumpulan iaitu 5 orang satu kumpulan...duduk pon ikut turutan nama...tapi temuduga tetap seorang demi seorang..:)

soalan pertama setelah kami diminta perkenalkan diri dan latar belakang adalah apakah jawatan kami untuk ditemuduga ni? semua boleh jawab walaupun tak lengkap..hee..jawapannya adalah pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah DG41..senang cakap guru siswazah..

lepas tu kena laksanakan mikroteaching iaitu buat simulasi mengajar...panel tu minta salah seorang dari kami volunteer...hee...cuba teka siapa yang jadi cikgu?;p..semua orang tak nak jadi cikgu masa ni..last-last kan Ira yang jadi cikgu..percaya tak?haha..konon2 macam volunteer tapi sebenarnya malam sebelum tu, sorang kwn Ira ni dah cakap ngan Ira suruh Ira prepare jadi cikgu...nasib baik Ira dah prepare, so ala2 macam volunteer la..;p

selain itu, kami ditanye tentang teori-teori pengajaran yang Ira gunakan semasa 'mengajar' kanak-kanak tadi, isu-isu semasa seperti LIMA, Sukan SEA, SBPA....napa banyak sangat isu semasa ni?sebab kami semua jawab tak lengkap...kekeke ;p

last2 kena sound juga...jadi cikgu kena peka.....jangan PEKAK! ;p..tapi dengan cara yang lawak la..hee..kami ok je...salah sendiri...sebenarnya bukan tak tahu tapi kurang peka :(

jadi, lepas ni Ira tunggu posting pula...tak tahu di mana dan tak tahu bila..wuuu


wajah kegembiraan selepas temuduga ;p


psss : Terima kasih semua blogger yang wish Good Luck dari minggu lepas lagi..heee..

psss lagi : Ira mungkin tak online sampai hari selasa, nak balik kampung..nanti Ira BW k.. :)

bye!


Thursday, November 24, 2011

. Kegembiraan Berganda-ganda Part 1 .



salam semua..:)

entry ni khusus untuk kegembiran Ira yang pertama..hee..ada lagi satu yang membuatkan Ira rasa nak melompat dengan gembiranya sama macam entry ni..;p..tu next entry k..

ehemmmmmmmmmmmmm...

alhamdulillah Ira dah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda..yeayyyyy!!!

sila ucap Tahniah kepada Ira!heee..;p

semalam hari terakhir Ira di IPG, ayah dan mak Ira datang ambil semua barang Ira..penuh boot kereta dan tempat duduk belakang..haha..muat2 untuk Ira duduk je ;p..

semalam sedih lah juga..wuuu..minta maaf dengan semua kawan2..nasib baik tak nangis..heee

lama tau Ira belajar...dari lepas SPM sampai umur dah 23 ni..

tempoh pengajian : 5 tahun setengah = 11 semester ( termasuk pra ijazah )

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia ( KISSM ) pon dah selamat...rasanya memang lulus dengan gemilangnya sebab dah ulangkaji soalan masa kursus tu dengan pensyarah..heeee

lepas ni hanya menunggu interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) , 8 Disember ni dan tempat posting yang tak tahu bila dan di mana..wuuu.. harapnya dapat di negeri sendiri...heee

Ira konvo bulan Mac 2012...Insya-Allah di PICC, Putrajaya..;p




tak sabar nak konvo..heee

jadinya sekarang ni Ira adalah penganggur yea..huu.... sama dengan Wanie la..hehehe.;p

plan masa cuti :

Bulan November ( ada seminggu lagi ni ) :

- Qada' tidur..kekeke..;p
- Kemas barang dan baju dari asrama hari tu..waaa almari tak muat...:(
- Study untuk interview..wuuuu


Bulan Disember :

- Trip ke Penang ( dengan bestiess )
- Interview SPP kat IPG Melaka..
- Tengok cerita korea sampai lebam..hehehe
- Masak dan baking cupcake..
- Duduk rumah sampai bosan..;p
- Menunggu posmen membawa surat posting..heee


Bulan Januari 2012 :

- Kalau tak dapat posting lagi, nak cari kerjaaaaa part time..;p



cukuplah plan tu dulu..haha..kang tak terbuat plak..;p

bye2 semua...apa plan cuti anda? Next entry Kegembiraan berganda Part 2..stay tuned..:D


Tuesday, November 15, 2011

. Dinner | Arabian theme .



salam dan morning semua..:)

yeayyyyy yipiii yayyyyyyyy! Ira dah habis exam! thankss atas doa kalian..;p




kiranya Ira dah 'not officially grad' lah sekarang..heeee...

tapi minggu depan ada Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) plak..ada exam gak..huuu...tu kena amik juga sbg slh 1 syarat penjawat awam..

so malas nak cakap banyak...

nak tengok gambar dinner Ira kan..

tema : Arabian..

tapi Ira ikut tema tang eyeliner lentik sikit kat mata ngan pkai jubah dress je..muahaha..;p...not niqab semua..beria la plak kan??huhuhu...

so jom tengok ;)


entrance hostel..
entrance hotel..
retis..haha..
melaram habis diorang ni..;p
with cleopatra..
lecturer BM..
lecturer plg sporting..ahha

tak sedapp..wuuuu
king n queen of syria (lcturer) ..queen of bla bla (students)
my classmate..20 orang..:)
with pengarah, KJ HEP dan lecturers..

makanan tak sedap langsung..huhuhu..

ada ke tema arabian makan western..??

psss : Malam ni entry blogger bertuah utk GA| Ole2 Cameron bakal menyusul !:)

byeee...wanna go dating with someone..not my ehem2okey..;p..

Tuesday, November 8, 2011

. Away for a while .



salam semua..

sorry sebab tak dapat nak balas jejak korang kat blog Ira ni..

Ira dah sibuk dengan final exam untuk final sem ni..:)

ni pon curi masa sebab stress baca nota.. =_______=

JADUAL EXAM :

9 Nov 2011 2.30 pm Asas Kepimpinan
10 Nov 2011 2.30 pm Guru dan Cabaran Semasa
14 Nov 2011 2.30 pm Pengurusan dan Pentadbiran PK
Wish me Luck!


ni makanan bekal dari rumah untuk malam tadi (Isnin) dengan sarapan pagi ( selasa )..;p


psss : Kalau sempat, Ira akan update tentang GA lepas habis exam kedua k..;)





Monday, October 31, 2011

. Skematic .



salam semua...

alhamdulillah masih berpeluang bernafas di bumi permai ini..

sihat semua??

Ira ada masa lebih kurang 3 minggu sebelum tamat pengajian ijazah sarjana muda ni.. yipppi!!!

seronoknya Ya Allah tak terkata..;p

tahun depan dah kerja... ada duit sendiri...best2..ehehehe


mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik dan peperiksaan yang hampir menjelang ni dipermudahkan olehNya...

doakan Ira yea...


pssss : disebabkan entry jd skema hari ni, jadi ada kata-kata hikmah juga..hee


: : Jika kita tidak dapat membahagiakan orang lain, cukuplah dengan tidak memberikan beban dalam hidupnya : :


pssss lagi : Thank you so much pd yang follow..nanti Ira jenguk korang k.. line broadband kat Melaka agak lemmmbap sikit..sorry tau!


Tuesday, July 5, 2011

. Bersihkan mata je yang mampu... .




salam..

rasanya macam ramai blogger ( yang rapat2 ) mengalami sindrom kemalasan update blog...betul kan?? Ira pon tak terkecuali... T_______T

tambah-tambah lagi dengan kerja yang tak sudah-sudah..selagi tak habis belajar, rasanya semua kerja ni takkan siap kecuali lah ada pari-pari yang tolong siapkan..:)

tapi disebabkan sindrom kemalasan tu...apa pon tak nak buat....heee...

tapi tapi tapi..

ada satu benda yang Ira tak malas...ni juga terapi untuk hilangkan stress yea..:P

iaitu mencuci & membersihkan mata dengan baju-baju cantikkk!huuu...bila nak beli tak dapat kan...tengok pon jadilah...huuu...korang nak bersihkan mata macam Ira juga??




cantik tak???macam suka pulak dress macam ni..tapi masalahnya nak pergi mana??heee...

korang kalau pakai macam ni pergi mana ek???huuu..


psss : nak gi mandi lepas tu nak seru semangat rajin datang......T_____T
ehem2 ke penang....betul ke nak keje kat sana???ehmm...tak apalah..demi kebaikan dia jugaa..



Friday, May 27, 2011

. Happy Holiday Dear! .



good morning all..:)


almost 3.30 am but i can't sleep..


sebenarnya dah tidur tadi then terjaga 2am tadi....mungkin tu gerakan dari Allah sebab memang tak solat isya' lagi dan makan ubat..:(..alhamdulillah Allah mengingatkan untuk sujud kepada Nya walaupun dah tertidur tapi still boleh bangun dan solat...thank you Allah..



yeaaayyy & yipppiiiiii!! give me a chance to yell and say alhamdulillahhhh! almost to finishing my study.....:P....great right??????5 years and a half im staying at that place ( in malacca ) and now im excited to going back and stay at my home forever and ever..eheeee....if Allah fullfill my wish laa..:P...im praying for that.....amin ya rabb...



5 years and a half studying and this is the final year!!! and next year I will be posting to the schools in the state of selangor ... .. ecececeh...confident must be a high level oke.. hee .. hopefully .. may Allah fullfill my wish ..




now 3 weeks vacation ... vacation at home sweet home..:P..exam was great even im not prepared earlier and it is time to laze ...other work should be extended next semester.. Huu .. what to do ..: P




so happy holiday to all! enjoy your holiday and have fun.. :D




Tuesday, February 8, 2011

. Semangat tu sangat penting kan2?? .


Salam!


Heee.. sorry sangat blog ni asyik dengan giveaway & contest je..:P


Nak buat blog khas utk contest nanti tak terjaga..yang ni pon selalu ditinggalkan..ngeee..


Sekarang ni Ira sedang berpraktikum tau.. 3 bulan.. bermula dari 31 Januari – 29 April 2011..


Tapii ..


Ira cuti seminggu masa awal praktikum tu sebab sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina!


Ramai juga kawan-kawan Ira yang lain tak cuti.. kiranya Ira bernasib baik la kan.. :P


Yippppi!!! Heee.. Ira pon cuti lah tapi pagi 31 Januari tu dah lapor diri.. Masa tu ada 2 orang kerani kat pejabat..berdebar gak lah memikirkan reaksi diorang..


Alhamdulillah 2-2 peramah! Bestttttttt..dapat rasa kehadiran kami ( Ira dengan partner ) sangat dialu-alukan..



3 bulan tu.. memang pejam celik pejam celik sekejap je kan.. tapi nak menempuhnya..alahai..!!!


Walaubagaimanapun.. eceee..:P..


Ira rasa bersemangat nak ke sekolah ni..haha.. semangat je lebih ni..:P


Wish me luck okeh!!



maps of SK SIMPANG JERAM
SK SIMPANG JERAM
KM. 5 JLN BAKRI, MUAR 84000 MUAR
, Johor
Malaysia
Details
Directions
Map data ©2011 MapIT, Tele Atlas - Terms of Use
Map
2 mi
2 km

p.s : cari kat Mr Google tak mau keluar pulak.. tengok map je la ea..ngeee

praktikum = praktikal / latihan industri ( LI ) dan seumpamanya..:P

Kepada yang baru follow ira, please tinggalkan your link kat comment atau shoutbox ira! Ira tak leh detect your blog kalau tak tinggalkan jejak ( kebanyakkannya la ).. huuu.. tqsm!


. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails