.Awesome Blogger.

Showing posts with label school~. Show all posts
Showing posts with label school~. Show all posts

Monday, February 14, 2011

. Terajin Update.. :P .



Salam dan hye!


Minggu ni Ira macam rajin pula update..hee..


:P


Kan Ira ada cakap macam-macam benda dah berlaku kan..


Nak tau tak apa??


Cakap lah nak….:P


Antaranya ialah :


· Rumah sewa Ira ni macam horror sikit la..huu..rumah batu yang ada 6 bilik tapi penghuninya ada 4 orang je.. lepas tu kan.. 1 hari masa minggu awal hari tu..pagi tu sebelum ke sekolah Ira memang rasa semua dah bertutup..kipas, lampu..TV pula memang tak ada yang on masa subuh tu.. TAPI…. Bila balik sekolah…kipas di sebelah depan terpasang..lepas tu TV on…maksudnya?? Ira pon tak tahu.. tapi memang tawakal je la..huu..dan memang sentiasa mengaji lepas magrib.. Kalau dulu skip2 sebab malas, pastu konon2 nak cepat buat kerja.. sekarang ni confirm TAK skip.. ada hikmahnya juga kan?heee…


· Ada murid di sekolah Ira tu kena dera dengan ibunya sendiri..sedih sangat dan kesian.. baru darjah 1.. tapi dia agak hyperaktif la.. tak reti duduk diam..abang dia darjah 2 yang mengadu sebab Guru Bimbingan nampak kepala adik dia benjol dan diorang diminta berbohong dengan mengatakan jatuh tapi cikgu ni tak percaya la.. takkan jatuh sampai benjol sangat kan..akhirnya terbongkar…sekarang dah jadi kes polis dan dirujuk kepada JKM..


· Anak-anak murid Ira di kelas Pendidikan Khas Alhamdulillah sangat baik ( dalam konteks pendidikan khas lah ), boleh dengar cakap walaupun ada yang degil dan Ira gembira la nak mengajar mereka sebab diorang boleh hormat kita..


· Termasuk hari sabtu ni , 2 kali ira kena ke sekolah.. huwaaa..Ira nak balik rumah.. macam mana??


· Sekolah yang Ira sedang berpraktikum sekarang.. :)


Kelas pendidikan khas yang dicat warna pink..



· Ira masak sendiri ni hari ahad lepas..hee..masak orang bujang je..:P


Makan tengahari = nasi goreng cendawan + ayam goreng


Makan malam = nasi putih + ayah berlada + cendawan masak air


p.s : Nanti Ira cerita lagi pasal rumah sewa, ada lagi tapi tak berani nak cerita sebab dah malam..huuu






Friday, February 11, 2011

. Hujung Minggu Mula Muncul .


Salam semua..


Baru hari ni dapat jenguk-jenguk blog..


Bila hari sekolah memang tak sempat..


Banyak keje.. dan ini pon masih ada yang dah tak ikut masa yang ditetapkan..


Esok Ira kena datang sekolah juga…:(


Ada Larian Perdana Mahkota..


Semua sekolah di Negeri Johor terlibat..


Jadinya cuti hujung minggu Ira sekejap sangat lah kan..


Ada hari Ahad je untuk rehat.. dan siapkan aopa yang patut..


Tadi Ira baru makan nasi ambang..


Tau tak rupanya macam mana??hee..


Hanya di negeri Johor je Ira dapat jumpa..memanglah kan..heee..



Rupanya macam ni..sedappp..!! :)


Tapi banyak dan tak larat nak habis..


So far, Ira di sekolah ok-ok sahaja..


Tapi ada banyak benda yang dah terjadi..


Tak apalah, Ira belajar dari semua perkara..


Yang penting, Ira tak kacau sesiapa…


Ira kena banyak bersabar 3 bulan ni..


Saya budak baru belajar, macam-macam lah kena hadapi kan..


Doakan ira kuat!!



Sumber pic : Mr Google




Tuesday, February 8, 2011

. Semangat tu sangat penting kan2?? .


Salam!


Heee.. sorry sangat blog ni asyik dengan giveaway & contest je..:P


Nak buat blog khas utk contest nanti tak terjaga..yang ni pon selalu ditinggalkan..ngeee..


Sekarang ni Ira sedang berpraktikum tau.. 3 bulan.. bermula dari 31 Januari – 29 April 2011..


Tapii ..


Ira cuti seminggu masa awal praktikum tu sebab sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina!


Ramai juga kawan-kawan Ira yang lain tak cuti.. kiranya Ira bernasib baik la kan.. :P


Yippppi!!! Heee.. Ira pon cuti lah tapi pagi 31 Januari tu dah lapor diri.. Masa tu ada 2 orang kerani kat pejabat..berdebar gak lah memikirkan reaksi diorang..


Alhamdulillah 2-2 peramah! Bestttttttt..dapat rasa kehadiran kami ( Ira dengan partner ) sangat dialu-alukan..



3 bulan tu.. memang pejam celik pejam celik sekejap je kan.. tapi nak menempuhnya..alahai..!!!


Walaubagaimanapun.. eceee..:P..


Ira rasa bersemangat nak ke sekolah ni..haha.. semangat je lebih ni..:P


Wish me luck okeh!!



maps of SK SIMPANG JERAM
SK SIMPANG JERAM
KM. 5 JLN BAKRI, MUAR 84000 MUAR
, Johor
Malaysia
Details
Directions
Map data ©2011 MapIT, Tele Atlas - Terms of Use
Map
2 mi
2 km

p.s : cari kat Mr Google tak mau keluar pulak.. tengok map je la ea..ngeee

praktikum = praktikal / latihan industri ( LI ) dan seumpamanya..:P

Kepada yang baru follow ira, please tinggalkan your link kat comment atau shoutbox ira! Ira tak leh detect your blog kalau tak tinggalkan jejak ( kebanyakkannya la ).. huuu.. tqsm!


. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails