.Awesome Blogger.

Showing posts with label sekolah pertama~. Show all posts
Showing posts with label sekolah pertama~. Show all posts

Friday, July 27, 2012

.Selamat Hari Lahir Anakku Syg!.


Salam semua :)

Alhamdulillah dah hari yang ketujuh seluruh umat islam berpuasa..sekejap je kan..dah nak masuk ke minggu yang kedua...Ira baru je sekali ke bazar ramadhan..hehe..memang jimat sungguh kalau tak ke bazar..:)

Entry kali ini berkisar tentang sambutan Hari Lahir anak-anak murid Ira di sekolah..buat sebelum bulan puasa daa..hehe :p..tapi baru update..maaf la yea..sibuk =.=..kami sambut hari lahir utk semua sekali dari bulan Januari - Disember 2012 sekaligus..jimat..hikhik..

 preparation :)..cantik tak decoration?;p

 makanan yang dibawa secara pot luck :)

 hadiah utk anak2 tersayang :)

 Kek parents sponsor :)

 Kek kami sponsor guna duit sumbangan..hihi..Cake Sense the best!yummy~

 alololo nak buat peace..cer teka anak murid ini dikategorikan sebagai apa? siapa pandai dapat 10sen :p

mereka nampak normal tapi.... :)

 Guru-guru perdana dan pentadbir turut hadir :)

sesi bergambar dulu :)

 Permainan perah limau..hikhik

 Permainan tiup belon! Comel kan?hehe

Yeayy dapat hadiah Hari Lahir + Majalah Upin Ipin ( sponsored)

 cute kan?:)

Cikgu pon kena main tiup2 belon juga..tengok tu, mengelat kan!:p

 Cikgu Ira pon kena join..takut dah masa ni sbb belon tak mahu meletup..ahha.. :p

 Permainan kumpul gula2 pon ado..hehe :p

 haaa rebut jangan tak rebut :)

 pandai tu masuk dalam baju..hihi 

Ira dapat hadiah :), tukar2 hadiah dgn cikgu2..RM5 aje..hikhik..janji ada..


Tengokkkk..siapa yang cakap cikgu kerja senang meh Ira nak bagitahu sikit..kat sekolah ni, cikgu ni lah Konsultan Majlis, Tukang Masak, Tukang Balut Hadiah, Tukang Cuci, Tukang Dekorasi Tempat, Tukang Kemas Tempat, Tukang Pujuk, Driver, Baby sitter dan segala jenis tukang lah..hukhuk..yang paling utama Tukang gembirakan hati murid ( menyakat murid pon termasuk )hehe :p...boleh bayangkan Ira pakai ayu gitu tapi panjat meja utk gantung belon dan kain?

Kerja apa-apa pon sama aja..semuanya susah dan tak senang..tapi bukan senang juga nak jadi cikgu..betul la orang cakap...bukan semua orang boleh jadi cikgu..( Ira masih terfikir macam mana Ira boleh termasuk dalam golongan terpilih ini)..lagi bila kita berhadapan dengan manusia (yang ada perasaan,yang ada sikap yang pelbagai macam dan ragam)...ditambah lagi dengan anak murid Ira..yang mempunyai masalah yang pelbagai  ( Autisme, Sindrom Down, Hiperaktif, Celebral Palsy, Slow Learner, Multi Prob)..mereka ni bukan macam mesin..kita yang buat mesin tu stop,pause,on,off...

'Bekerja' dengan manusia memang sangat berbeza...orang yang lalui benda ni je akan faham..I didn't choose but I'm the chosen one..tapi Ira bersyukur kerana menjadi insan terpilih :)


Pss : Dah tak relevan kalau ada orang yang cakap "cikgu kerja senang, balik separuh hari"...kena ambil kira sekolah mula jam berapa..macam Ira, seawal 6.30 pagi Ira dah keluar rumah..memang waktu sekolah habis jam 1.05 petang  ( sekolah Ira) tapi Cikgunya bukan balik sama dengan murid..Cikgu boleh balik jam 1.35 petang ke atas...selalu Ira cepat2 siapkan kerja dan balik jam 1.40 petang...tu pon sebab lari balik cepat..haha :p..kalau ada mesyuarat, 3 petang pon masih kat sekolah..tak masuk ko-kurikulum lagi..sabtu lagi...belum ambil kira bawa kerja balik rumah..buat malam2..siapa jadi suami Ira nanti tahu lah..siap lah dia kena tolong Ira buat BBM / Teaching Aids :p

Salam Ramadhan~

Tuesday, July 24, 2012

.Kisah Hari Guru II.



Salam semua :)

Ira sambung entry Kisah Hari Guru yang lepas dengan entry ni..hehe..siapa yang teka Ira wat persembahan apa rasanya entry ni boleh menentukan kot jawapan anda tepat atau tidak..hehe..

Biarkan gambar yang berbicara okay..:p

 Time rajin belit2..:p

Barisan pengawas yang setia menunggu cikgunya berarak..:)

 Karoake..

 Selamat Hari Guru =)

 Persembahan wayang kulit..hikhik

 Sketsa :)

 Mendeklamasikan sajak :)

 tahu dah kan?hehe

 Lalalalalaa :p..cukuplah 2 ni yea..y lain Ira malu nak tunjukkkk..wuuu..

 Hi-tea..tudung dah tukar..haha :p

 rakan sejawat :)

Jemput makan time berbuka nanti :P


Kenangan Hari Guru 2012 tersemat di kalbu..eceeewah..:)

Salam Ramadhan hari yang  keempat~

Sunday, July 22, 2012

.Kisah Hari Guru.



Salam semua..:)..dah lama Ira tak update entry kan jadi memang cerita dah basi la..hihihi..maaf la ye...kali ni Ira nak mencoretkan tentang kenangan kisah Hari Guru untuk tahun pertama Ira berada dalam profesion keguruan ini..


16 Mei 2012..Tahun ini merupakan tahun pertama Ira menyambut hari guru...sebagai seorang guru baru yang mengajar murid Pendidikan Khas, Ira memang tak mengharap untuk dapat hadiah sebanyak guru2 baru yang lain yang mengajar murid biasa ( aliran perdana )...nama pon mengajar kelas Pendidikan Khas, jadinya murid-murid  ini memang tak / kurang memahami apa itu Hari Guru yang mana murid lain akan menghadiahkan sesuatu buat guru yang disayangi / mengajar mereka sebagai tanda penghargaan buat guru berkenaan walaupun tidak diminta oleh para guru :)

Memang hari berkenaan adalah hari para guru jadi kami disambut dengan meriah, siap ada perarakan lagi..Ira tak ada gambar la pula..huuuu...yang pasti ianya merupakan kenangan indah untuk dikenang...pihak kantin pon sponsor 2 kek untuk kami, bank rakyat kalau Ira tak silap pon menghantar 1 kek SR yea untuk kami..memang seronok..kebetulan bulan sebelum tu Ira dan 2 orang rakan guru yang baru 'posting' dapat durian runtuh (gaji sedebuk 4 bulan ), kami pon sponsor makanan hari guru pada waktu rehat..ada pulut kuning, mee goreng, apam polkadot..hihi..kami makan makanan yang agak ringan sebab petangnya Ira ada hi-tea di Tropicana Golf Resort..

Nama pon Hari Guru kan jadi semua guru 'dibuli' yang mana mesti mengadakan 1 persembahan bebas untuk menghiburkan para murid...kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..disebabkan sekolah Ira kecil je, gurunya pon tak ramai..ada 5 kumpulan je yang mempersembahkan pelbagai jenis persembahan seperti wayang kulit, lakonan, mendeklamasi sajak, tarian moden, tarian ago go..hihihi..kelakar tau tapi seronok..masa ni lah nak tengok cikgu sporting..hehehe..cuba teka kumpulan Ira buat persembahan apa?:p...Ira bagi klue melalui gambar di bawah..hihi

jeng jeng jeng :p..siap ada wig lagi..ahha
Ira bersama murid Tahun Enam..:p

 Kumpulan Ira..:)..without props...haha

Hadiah No 1 untuk persembahan..cer teka..hihi

Apa pon Ira seronok..walaupun maluuuu kot..hehe..pertama kali dan Ira masih lagi diusik dengan kejadian mempersembahkan persembahan ___________ sehingga kini...rasa nak sorok muka dalam almari je lagi2 bila ada cikgu praktikum yang rakam video..maluuu..hukhuk

Terima kasih buat murid-murid yang menghadiahkan Ira bunga-bungaan, coklat, tempat letak pen, bekas kaca..Ira dapat dari murid-murid di sekolah dan juga di tuisyen...terima kasih yang tak terhingga..apa yang Ira harapkan bukanlah hadiah tetapi kesungguhan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya..

Salam Ramadhan hari kedua :)

Sunday, January 15, 2012

.Sekolah Pertama.



salam semua..

Ira dah dapat penempatan di sekolah...alhamdulillah...mulanya bila dapat tahu sekolah tu..terdiam..sebab tak tahu kat mana sekolahnya..memang tak ada klu langsung walaupun daerah Petaling Jaya tu Ira tahu..

Daerah rumah Ira dengan daerah PJ ni boleh dikatakan sebelah menyebelah..jadinya mungkin Ira berulang je dari rumah..sekarang tak boleh nak cakap macam mana..susah..situasi Ira sekarang berada di tengah-tengah...Ira pon pening..


tak nampak?Ira sengaja blurkan..heee ;p..tapi nama sekolah rahsia..siapa nampak jalan tu dan biasa dengan kawasan tu mungkin dia tahu la..hee

Esok Ira mula lapor diri di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) dahulu dan akan menyusul ke sekolah berkenaan di Petaling Jaya...harapnya semuanya dipermudahkan..

tadi Ira dah melawat sekolah..sekolahnya kecil walaupun kawasan bandar...dekat dengan kawasan perumahan...rasanya murid pon tak ramai...tapi kan...kawasan sekolah ini memang kawasan Petaling Jaya tapi boleh juga dikatakan sempadan dengan Damansara..5 minit je nak ke Tropicana City Mall...sememangnya Ira kena keluar awal dari rumah.. :(..Ira kena positif..cuba untuk sesuaikan diri..buat masa ini ayah hantar dan ambil Ira dari sekolah..mungkin lepas ni, Ira drive sendiri..tapi jauh..Ira dah la tak berani sangat nak drive..:(...dari kawasan sekolah Ira ni sikit lagi nak ke The Curve, Ikea..huu

tapi tapi..

Ira bertuah kerana bakal berkhidmat di Sekolah Kebangsaan...ada rakan Ira yang lain bakal berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) mahupun (T)..mereka sememangnya benar-benar lebih bertuah kerana terpilih..buktikan kemampuan kita yang sebenar...inilah cabaran buat kami bakal-bakal guru untuk mendidik anak-anak bangsa..

Doakan Ira yea semua...



Psss : Gementar macam kanak-kanak Darjah 1 masuk sekolah pula..hee..rasa macam cepat sangat kena lapor diri..wuuuu
Psss lagi : kim heeruul..hajatmu tak kesampaian..ekeke
Pssss lagi lagi : Kalau Ira lambat BW, Ira minta maaf..Ira kena susun jadual dulu..huu..harapnya ada masa update blog lepas ni..:)




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails