Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.
“Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka di dalam syurgalah tempatnya…..”.
Dalam riwayat lain,
“Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai“.
Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca su
rah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi) , zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar) , bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim) , selawat (Allahumma sholli’ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat, hendaklah segera membaca:
“Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni waghfirli”.
6. Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan me
njauhkan kita dari malapetaka.
Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah
memperbanyakkan:-
1. Doa
2. Beristighfar
3. Bertasbih
4. Bertahmid
5. Bertakbir
6. Bersedekah
7. Menjaga maruah dan akhlak
8. Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
9. Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).
.. selamat beramal ..
No comments:
Post a Comment