.Awesome Blogger.

Sunday, September 22, 2013

6 days to go ;)

As salam ;)

Tiba2 pagi ni rasa nak menulis kat blog kesayangan ni..walaupun agak lama tak update tapi blog ni tak dilupakan...hee...ira tak tahu apa yang patut ira rasa sekarang hee ramai kawan dah mula tanya rasa berdebar tak sedih tak seronok tak..rasanya semua perasaan tu patut dirasai oleh bakal pengantin ye tak?hee

Sejujurnya ira masih rasa biasa...percaya dan masih tak percaya bakal bernikah 6 hari lagi...masih tiada rasa pengantin baru haha agaknya bila dah dipakaikan inai, khemah dipasang baru rasa kot...heee sekarang ni rasa biasa je sebab masih bekerja sambil buat persiapan yang mana patut..alhamdulillah banyak yang dah sedia cuma menunggu tibanya hari yang merubah status tu je.. ;)

Sebenarnya ira lebih rasa takut...takut tak dapat jadi seorang isteri yang baik..tu paling takut...;( dah la tak pandai masak..huhu sll malas n suka tidur plak tu..tu yang paling takut lagi2 dengan keluarga baru iaitu keluarga mertua...banyak benda y ada dlm fikiran ira skrg..macam mana nt lepas kawin sbb ira sll tak bersarapan pon terus pergi kerja..keluar pon sblm 630 pagi..memang awal sebab bekerja bkn dalam daerah yg sama.. macam mana dgn breakfast husband plak..nt lunch dia lg..bla bla bla..banyak benda kena adjust balik lepas kawin..

Apa perasaan korang seminggu sebelum nikah eh?cer share hihi

Monday, September 16, 2013

.Walimatul Urus Nadhirah & Iqmal.


As salam.. :)

 kredit doodle : Blog Kerana Manisnya Epal from Mr Google


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT , kami sekeluarga menjemput Tuan / Puan / Encik / Cik / Saudara Saudari serta Sahabat Handai ke Majlis Perkahwinan Kami :

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Masa : 12.00 pm - 4.00 pm
Tempat : Taman Puchong Perdana,47100 Puchong, Selangor

Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis kami serta dapat memberi seribu rahmat dan berkat buat kami sekeluarga. InsyaAllah.
Pss : Boleh pm alamat utk tujuan penghantaran kad walimah di alamat e-mail : nadhirah_naz@yahoo.com.. jemput hadir bagi yang berdekatan dan berkelapangan :)


Doakan kebahagiaan ira dan pasangan ye :) 

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails