.Awesome Blogger.

Thursday, October 27, 2011

. Jom kekalkan kulit yang gebu gedebusss! .




salam semua..

nak kekalkan kecantikan wajah lagi pipi bak pauh dilayang dan semakin gebu gedebusssss??heee..

pernah dengar naturactor??

Ira pernah dengar gak tapi tak pernah cuba...

rasanya naturactor ni famous tau sekarang...


APA ITU NATURACTOR FOUNDATION?
Bedak asas yang berasaskan tumbuhan organik (japanese white flower).
Bedak asas ini keluaran meiko cosmetic Inc.

KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM (Normal and Sensitif Skin Type):-

- ANTI KILAUAN / TIDAK BERMINYAK
- KALIS AIR
- 100% MENUTUPI PIGMENTASI, PARUT, CELA, JERAWAT, DAN BINTIK HITAM
- SANGAT RINGAN DAN LEMBUT PD KULIT SEAKAN-AKAN TIDAK MEMAKAINYA
- MELINDUNGI KULIT DR SINAR UV YG MENYEBABKAN PIGMENTASI
- BERTAHAN SEHINGGA 12 JAM
- AMAT SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF


tengok orang lain cantik, Ira pon nak juga..heee...siapa yang tak nak cantik kan??


yuyu zulaikha pon pernah buat entry tentang naturator ni..


ada banyak product tau selain krim ni..ada compact pwder, blusher...








tadaaa.. Ira baru dapat krim naturator yang Ira beli hari tu...

confirm dari Jepun tau...bukan yang tiruan dr China tu..

korang nak cantik gak?? jom beli ramai-ramai...heee..




pssss : nanti Ira dah try, Ira letak pic kat blog k...Ira beli ni dari sis Mya Sarah...harganya pon berpatutan..:D


Monday, October 24, 2011

. Apartment murah di Port Dickson .


 ( SCROLL BWH UTK CONTACT NO ABG MUS!)
salam semua..:D

sorry baru sempat update.. seharian tak online..;p

tajuk entry kali ini tak tahan kan..heheeeee...

gaya macam nak beli apartment kat PD la konon..ngeee..

korang jangan marah oke!

Ira nak cerita tentang apartment yang Ira stay masa ke PD hari tu.. Ira stay just 2 hari 1 malam je.. sampai around 10 ++ camtu tapi masa tu tak book pon mana2 hotel / apartment sebab gamble je nak cari yang bajet2 je.. tapi ada search kat internet dan call b4 ke sana.. then bila call ms dah sampai PD, rate harga makin naik plak.. dasyat la PD ni.. padahal weekend je tu..bukan ada perayaan @ cuti umum pon... konklusinya..better book b4 holiday..heee

kitaorang kan 2 kereta, so berpecah cari hotel / apartment yang bajet tapi ok.. sebenarnya lebih nak apartment sbb kitaorang nak buat BBQ sendiri....so kalau boleh nak guna dapur la.. nak bersihkan ayam semua..... pastu kitaorang siap dah bawa arang dr hostel..hee..

then gamble je member Ira masuk Corus Paradise Resort... yang sebelah pantai tau... resort ni memang cantik..ada pool lagi..dekat ngan pantai, ada cafe semua.. tapiii.........room dia mahalll sangatttttt...250 ++ untuk standard room je...huuuu..( honeymoon ke ok la gak ;p )

Ira yang turun dan tanya receptionist kat Corus tu, ada apartment tak n rate bape.. tapi dia ckp diorang tak ada apartment..then fine la..

tiba-tiba.....joki boy / bell boy kot yang tunggu kat depan resort tu tanya Ira.. dapat bilik tak? mula2 macam malas nak layan tp bila dia ckp Corus ni mahal.. then Ira pon ckp kami nak apartment, tak nak bilik... then dia ckp dia ada kawan..... Ira tanya rate berapa? sebab macam tak percaya je kat mamat ni..hahaha ;p.. dia cakap tak tahu lepas tu terus call member dia.....

member dia pon datang dan bagi kad.. nama dia abg Mus...dia ckp la rate RM 250, ada 2 bilik + 1 blk air lengkap dapur semua..macam rumah la.. tapi kalo nak set BBQ kena sewa 40-60 kot...

dia kata apartment ni bawah Corus Paradise ni tapi office yang berbeza... receptionist mmg takkan cakap tentang apartment ni...

kalau ikutkan, abg Mus ni macam ulat2 la..faham tak? macam ulat tiket tu semua..haha..tapi yang pasti dia boleh dipercayai... sbbnya ada antara apartment ni, ada individu yang dah beli.. so diorang buat bisnes sewa apartment la sbb bukan diorang mmg menetap kat apartment tu kan...so abg Mus ni macam orang perantaraan antara owner apartment dgn 'pelancong' macam kita2 ni..;p..

mungkin korang nak tau rate harga antara office dengan abg Mus ni sama ke tak kan.. of course ada komisyen utk dia.. dlm 10-20 camtu.. tapiii...korang terus boleh book by phone then boleh nego lagi harga tu lagi2 lelaki.. kitaorang yang girlss ni naif..hahaa...;p

mula2 Ira rasa pon macam kena tipu gak..haha.. sebab bila nak ke office apartment tu ( masa tu baru tau ), abg Mus tu nampak Ira...dia terus datang, pastu cakap ' eh jomlah tengok bilik nak?'..Ira dalam hati, abg ni macam dah tau je kitaorang nak check harga sebenar..huu .. masa tu 2 orang kawan Ira ke office untuk check rate sebenar dan Ira + 2 orang kwn lagi ikt abg Mus ni tengok bilik.... bila da tengok mmg puas hati la...then y lagi 2 orang tu call suruh naik office tu.. ms tu Ira ckp dgn abg Mus tu nanti kitaorang confirm blk nak ke xnk.. dengan tiba-tibanya abg Mus tu ckp....'adik pakai je la BBQ set tu free.. tak payah bayar..kiranya 250 tu dah siap dgn BBQ set tapi arang kena beli sendiri' ( kalau tak, kena bayar extra charge tau) ...haha....mmg abg Mus tu tau la yg dia dah kantoi masa tu...pastu dia ckp lagi..' abg kena bg gak komisyen kat kawan abg tadi ( bell boy tu )..

rate sebenar kalau kat office tu lebih kurang camni :

Apartment 2 bilik = RM 220 - 230 +-
Apartment 3 bilik = RM 280 +- KOTTT ( Ira tak sure sebab tanya gitu je )
Penthouse 3 bilik tapi 2 tingkat = RM 330 +-
BBQ Set ( tak pasti dengan arang @ x ) = RM 40 -60

Ira tak ada contact no Office tu.. Ira tak pasti kat others website ada ke tak.. tapi Ira cuma ada contact no Abg Mus tu.. 0122534350 / 0192063524.

oh yea.. lupa plak... Ira amik apartment 2 bilik...
1 bilik tu ada 1 katil queen + 1 katil single.. 1 lagi bilik ada 2 katil single then dlm almari ada 1 tilam single..:D

nak tengok kan view apartment tu?tu je yang ada..haha..banyak gambar kitaorang je..;p




masuk kat main gate Corus ni kalau nak ke apartment yang ira stay.. then belok kiri okee..:D
ni dapurnyaa..sebelah kanan tu pintu masuk.. dapur elektrik tau..ada heater, periuk nasi, beberapa pinggan...sinki semua... tapi better spare cawan pakai buang...taraaa...tu pintu masuk, dapur, belah kiri sekali tu bilik, meja makan bulat....tv cinonet je..haha..tp ok la kan..bukan tengok sgt pon..;pruang tamu..:)..pintu sliding tu menghala ke balkony...master bed room.. 1 katil queen + 1 katil single...ni katil queen tu...pintu dr ruang tamu ke master bed room...balcony dr pintu sliding..ada gak kerusi + meja tapi cam dah nak patah..hahahabalcony lagi...view dr balcony...boleh jalan kaki gi mandi laut..;p


pssss : siapa yang kurengg faham nanti tinggalkan komen k..:).. lepas tu, Ira naik speed boat tu bukan kan pantai belakang apartment tu tauu...tu tempat lain... next entry la k..;p

bye bye bye :D

0122534350 / 0192063524


Sunday, October 23, 2011

. Percutian Bajet :D .




salam & morning!!

Kesinambungan dari entry :



Dah cuba teka?? tapi tak tahu jawapan?

isk2..senang je..;p..

kat Port Dickson..:)

Ira dan classmate seramai 9 orang ( 10 orang termasuk Ira ) bercuti di sana dengan bajet yang sangat minimum iaitu RM50 sahaja... percaya tak? RM 50 = apartment 1 malam, minyak + tol, bbq .. makan tengahari sendiri tu pon tak sampai 10rggt untuk 2 hari...;p.....ole2 tak termasuk la..tu sendiri2..;p..

perbelanjaan Ira total tak sampai RM100 pon untuk semuanya...kira ok la kan..

gambar sangat banyak...tapi Ira tak upload semua..so jemput tengok..:)

susunan gambar bermula hari terakhir sebelum check-out ( pakai baju kurung sebab nak ke jamuan makan2 rumah pensyarah ) , disusuli naik speed bot kat teluk kemang, mandi laut, bbq dan hari 1st datang masa check-in..;p




psss : naik speed bot tu ngeri betul..huuu..nanti Ira cerita..rasa macam otot leher terkeluar pastu masuk balik..hahahaha..;p

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails