hari untuk bersuka ria
bersama sahabat a.ka teman sejati
yang sentiasa di sisi
tak kira masa
samada suka dan duka
hehe
kami gembira bersama
memandu di jalan raya menuju ke pusat membeli belah yang terkemuka
iaitu mid valley megamall
kami berpusing-pusing mencari parking
namun tiada siapa yang mahu mengasihani kami
memberikan kami ruang untuk meletakkan kereta yang cantik ini
bukan kereta ku yea..aku masih tidak mampu... ( bila nak mampu??? )
setelah berpusing-pusing lebih 20x ( tipu jekk ) , kami berjaya akhirnya
kemudian
kami bersiar-siar di dalam mid valley itu
a.k.a " membeli-belah dengan tingkap "
tak faham??
window shopping laaa...hehe...
niat di hati sekadar nak membeli belah dengan tingkap aje..
tetapi..memandangkan
nafsu untuk membeli belah yang membuak-buak + tekanan perasaan
hahaha..
aku pon memejamkan mata untuk mengelakkan wang tunaiku mengalir bagai air yang deras
namun beberapa "benda" telah mengaburi pandanganku
jikalau tak diambil dan dibayar
mataku akan menjadi kelabu asap lalu perlahan-lahan segunung air hujan akan menitik-nitik
membasahi bumi yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang mekar mewangi ini
ahaks...
oleh yang demikian..
inilah hasilnya
jangan di tanya berapakah ongkosnya..
yang pasti perutku mesti diikat untuk beberapa hari..huhu..
sebenarnya ada lagi..
tapi
ianya tidak boleh dipaparkan di sini..
maaf peminat-peminatku sekalian..
ngeh3...=p
cukup-cukuplah apa yang telah ku laburkan sebentar tadi
aku ingin memenuhkan pula perutku yang sudah menyanyikan lagu tanpa by 6ixth sense..hekhek
setelah perutku kembali stabil dan menyanyikan lagu
" sangat kenyang , sangat kenyang "
lalu kami mengambil keputusan untuk masuk ke gedung MPH Bookstore
tak beli pon tak apelah..janji masuk..kan2..
khusyuk tu baca novel p/s i love you...macam best je novel ni??
alamak..bajet tak cukuplah..tak apelah lain kali boleh beli agi...
setelah itu
kami pon masuk beberapa kedai yang lain
kemudian kami memandang jam di tangan
lalu mengeleng-gelengkan kepala bersama-sama
sungguh kami tidak sedar masa yang berlalu
terlalu pantas dan terlalu mencemburui kami
akhirnya kami membayar parking dan segera berlari-lari anak
untuk ke kereta
alarm kereta pon dipicit
"tet-tet"
eh??
kami terkesima
ya Allah!!
kereta terlupa untuk dikunci!!!!!
mulut kedua-duanya mula membebel
terutamanya si pemilik kereta
dengan kata-kata
"alamak mati aku kalo ayah aku tau ni "
isk...isk...isk
namun demikian
kami bersyukur ( terutamanya si pemilik kereta , keke...) kerana kereta berada dalam keadaan yang baik dan semuanya selamat
alhamdulillah...kami bersyukur kepadamu Ya Allah..sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui semua yang terjadi
harap anda semua mengambil
iktibar dan pengajaran di atas apa yang telah terjadi ke atas kami
hehe...
identiti si pemilik kereta terpaksa dirahsiakan kerana beliau berkemungkinan besar akan mem"belasah"ku jika identitinya terbongkar..wahahaha~
p/s : jangan lupa kunci kereta yea lepas ni
12 comments:
saya selaku pemilik kereta ingin berpesan kepada anda semua bhw jgn terlampau asyik bershopping..sehingga lupa utk mengunci kereta..hahaha..dont try this at home...hahah
wahaha..ko da bc dlu ea..aku ada edit skit yg bwh tu..wakaka~
mmbeli blh dgn tingkap ea..
haha..
bgus2..
aah..maunya kena saman kalo DBP baca ni...keke..=p..
ape yg bgus tu?? *wonder*..hek3..
haha..
bgusla mmbli blh dgn tgkap..
ckp ape pn tgkap 2 xbantah..
loyal shopping mate..
bhaha..
mrepek ape tah ni..
hehehe
gle la die bershopping!!
psn kt cik abg suh kmpl duit bnyk²
nnt ley la borong 1 mall
=p
opssss....aku telah membongkarkan sendiri identitiku..haha..tak pe..
philoColy ~
yap2 tingkap mmg peneman yg plg setia..haha..
tu yg best tu shopping smpai xigt dunia..kui3..
i know u luv shopping too rite??keh3
qeema ~
tu la pasalnye..mmg igt nk beli 1 mall smlm..haha..aah kan..tp cik abg mmg ckp pon dia nk keje cpt2 pastu kmpul duit siap2..keke..=p
linda ~
tau xpe...ko ni ape la..aku br nak wat mysterious ckitt..keke..lepas ni jgn lupa knci keta tau!!wat reminder..haha
keje cepat² kumpul duit
pastu meminang anak dara orang boleh la
mana lepas nak beli 1 mall
muflis la die nnt
hahahah..=p
oh.. aku tau ongkos brg2 itu brp .
kahkahkah~
sbb aku slalu mengusha hrga tnpa membeli .
hehe~
laen kali bt pintu kete cm kete aku eh .
automatik lock bl tutup pintu .
=p
Qeema ~
haha...tu msih dlm perancangan..haha..
xkire2..nk gak beli 1 mall..wahaha..ngeh3
nadia ~
cbuk je nk btau..hukhuk..
ko tu mmg..smua bnda ko nengok..
kaki shopping le katakan..buekk!!=p..
not my car lol...tp yg pasti ag cun dr kete ko..lalalala~
Post a Comment