Salam semua..:)..dah lama Ira tak update entry kan jadi memang cerita dah basi la..hihihi..maaf la ye...kali ni Ira nak mencoretkan tentang kenangan kisah Hari Guru untuk tahun pertama Ira berada dalam profesion keguruan ini..
16 Mei 2012..Tahun ini merupakan tahun pertama Ira menyambut hari guru...sebagai seorang guru baru yang mengajar murid Pendidikan Khas, Ira memang tak mengharap untuk dapat hadiah sebanyak guru2 baru yang lain yang mengajar murid biasa ( aliran perdana )...nama pon mengajar kelas Pendidikan Khas, jadinya murid-murid ini memang tak / kurang memahami apa itu Hari Guru yang mana murid lain akan menghadiahkan sesuatu buat guru yang disayangi / mengajar mereka sebagai tanda penghargaan buat guru berkenaan walaupun tidak diminta oleh para guru :)
Memang hari berkenaan adalah hari para guru jadi kami disambut dengan meriah, siap ada perarakan lagi..Ira tak ada gambar la pula..huuuu...yang pasti ianya merupakan kenangan indah untuk dikenang...pihak kantin pon sponsor 2 kek untuk kami, bank rakyat kalau Ira tak silap pon menghantar 1 kek SR yea untuk kami..memang seronok..kebetulan bulan sebelum tu Ira dan 2 orang rakan guru yang baru 'posting' dapat durian runtuh (gaji sedebuk 4 bulan ), kami pon sponsor makanan hari guru pada waktu rehat..ada pulut kuning, mee goreng, apam polkadot..hihi..kami makan makanan yang agak ringan sebab petangnya Ira ada hi-tea di Tropicana Golf Resort..
Nama pon Hari Guru kan jadi semua guru 'dibuli' yang mana mesti mengadakan 1 persembahan bebas untuk menghiburkan para murid...kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..disebabkan sekolah Ira kecil je, gurunya pon tak ramai..ada 5 kumpulan je yang mempersembahkan pelbagai jenis persembahan seperti wayang kulit, lakonan, mendeklamasi sajak, tarian moden, tarian ago go..hihihi..kelakar tau tapi seronok..masa ni lah nak tengok cikgu sporting..hehehe..cuba teka kumpulan Ira buat persembahan apa?:p...Ira bagi klue melalui gambar di bawah..hihi
 |
| jeng jeng jeng :p..siap ada wig lagi..ahha |
Ira bersama murid Tahun Enam..:p
Kumpulan Ira..:)..without props...haha
Hadiah No 1 untuk persembahan..cer teka..hihi
Apa pon Ira seronok..walaupun maluuuu kot..hehe..pertama kali dan Ira masih lagi diusik dengan kejadian mempersembahkan persembahan ___________ sehingga kini...rasa nak sorok muka dalam almari je lagi2 bila ada cikgu praktikum yang rakam video..maluuu..hukhuk
Terima kasih buat murid-murid yang menghadiahkan Ira bunga-bungaan, coklat, tempat letak pen, bekas kaca..Ira dapat dari murid-murid di sekolah dan juga di tuisyen...terima kasih yang tak terhingga..apa yang Ira harapkan bukanlah hadiah tetapi kesungguhan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya..
Salam Ramadhan hari kedua :)