







.The truth from my heart.









Salam..
Ira nak bagi tips untuk kurangkan jerawat / pimples yang ada di muka si gadis yang cantik-cantik belaka ni..
Berkesan pada Ira dan Insya-Allah pada anda juga.. Tak salah kan kalau mencuba.. Kalau berkesan boleh teruskan..heee..
Dulu muka Ira sangat banyak jerawat yang kecil-kecil ( jerawat nasi ea orang kata? ) pada bahagian dahi..
Alhamdulillah sekarang dah berkurang dan hanya tinggal 1-2 je..
Dulu zon-T ( dahi dan hidung ) Ira memang sangat berminyak…...Tapi jenis jerawat Ira bukanlah datang sekali banyak..sebiji2 kat pipi / hidung macam tu..Cuma kat dahi je banyak.. sekarang dah banyak kurang dan susah nak ada jerawat kat hidung / pipi ( Cuma kalau masa bendera merah je ada )
Apa rahsianya??ececece…Ira nak kongsi dengan anda yang mempunyai masalah yang sama macam Ira sebab Ira tahu ni pon dari seorang Blogger juga.. :).. ML ( M.Lullaby ) sharing is caring right??
Ira guna ni..tadaaaa….
^___^
.......
^________________________________________^

Produk : Tea Tree Oil
Brand : The Body Shop
Sebenarnya produk ni ada 1 set.. Lengkap dengan facial wash, toner, mask, concealer dan macam-macam lagi macam gambar bawah ni..

Nak tahu lebih lanjut boleh tekan SINI
Tapi Ira tak guna pon 1 set.. guna minyak Tea Tree tu sahaja untuk letak pada jerawat..tapi terpulang pada anda… Kalau rasa nak guna 1 set, boleh aje.. lagi berkesan pastinya…
Ira guna pencuci muka yang ini pula..


Produk : Phyto Bar Soap
Brand : Cosway
Harga : Lingkungan RM 29.90 ( ahli dan semasa promosi ).. boleh tahan dalam 2-3 bulan..( bergantung pada penggunaan anda )
Sabun ni sesuai untuk Ira sebab ianya mengurangkan minyak… tapi ada yang guna kata kulit mukanya kering.. Mungkin dia tak guna pelembap kan.. Sabun ni direcommended oleh Cikgu kat sekolah semasa Ira praktikum yang lepas sebab dia tengok muka Ira asyik tumbuh jerawat je..haha..:PP..Alhamdulillah jerawat dah hilang…:)

Rasa nak cuba??hee..selamat mencuba!
Kejelitaan adalah hak milik setiap insan..:PPP


![]() |
Kombinasi tiga gambar fail. Gambar atas ialah loji nuklear Fukushima (jepun), loji nuklear Chernobyl (ukraine) dan loji nuklear Three Mile Islands (AS). kemalangan di loji fukushima kini menjadi salah satu daripada tiga kemalangan loji nuklear terbesar dalam sejarah dunia selepas chernobyl dan three mile islands. - AFP |
LONDON 16 Mac - Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.
Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran tersebut yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang meliputi 10 kawasan.
Amaran tersebut dikeluarkan pada pukul 11 pagi waktu Malaysia dan melibatkan ruang udara di Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Kebanyakan penumpang masih membuat penerbangan ke Tokyo, namun syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa mengalihkan penerbangannya ke lapangan terbang selain Tokyo di Jepun. - AFP
KUALA LUMPUR 17 Mac – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak mengambil pil Potassium Iodide bagi mencegah kesan radiasi berikutan khabar angin bahawa kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat melanda negara itu, Jumaat lepas, telah merebak.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, rakyat tidak perlu panik dengan khabar angin seperti itu.
"Saya harap mereka tidak mengambil pil tersebut tanpa nasihat doktor khususnya wanita mengandung,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa rakyat Amerika Syarikat telah mula menyimpan stok pil berkenaan bagi melindungi daripada keracunan radiasi.
Tiong Lai berkata, pengambilan pil Potassium Iodide atau lebih dikenal sebagai ”pil nuklear” bukan satu-satunya penawar bagi melindungi radiasi dari memasuki sistem badan.
Katanya, kementeriannya sedang bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Jepun dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memantau krisis pencemaran radiasi di Jepun. – Bernama







