salam semua.. :D
mesti ramai dah pulang ke kampung kan2??
wuuuuu Ira masih di rumah dan menyambut hari raya Aidiladha di sini sahaja..
tadi Ira tanya Hanie_Dew, dia korban apa tahun ni? tapi dia jawab dia tak korban apa-apa lagi..mungkin tahun depan....ye2 je Hanie ni??;p
Ira berkorban hati tahun ni..wuwuwuu... yelah sebab kena sambut raya di perantauan..ececehh..perantauan la kalau tak balik kampung halaman tercinta..;p
disebabkan sedih tak balik beraya di kampung halaman..wuwuwuwu...demi nak mengurangkan sedih tu Ira nak pergi hi-tea! yeayyyy.. ala hi-tea pon tak tahu ke? minum petang tuuu...
tapi kan tapi kan..
Ira hi-tea kat rumah je..wuuuuu...sedihh balik..+_____________+.....tak ada siapa pon nak bawa hi-tea kat luar...
ni lah makanan hi-tea Ira...


carrot susu juice with sausage egg bread..
eh hi-tea pekebenda kalau minum carrot susu tu!heeee
tu semua Ira buat sendiri tau!
pape pon tahun ni memang Ira banyak berkorban hati dan perasaan....bila melibatkan soal hati, sangat rumit untuk diperkatakan....luaran mungkin nampak gembira tapi kat dalam Allah je yang tahu...
banyak perkara yang tak disangka berlaku dan 'terduduk' lah sekejap sampai satu tahap rasa nak lari dari keadaan tu dan pergi jauhh..lepas tu rasa nak berhenti belajar dan cepat-cepat cari kerja..
tapi tu kerja paling bodoh lah kalau Ira buat...emo punya pasal! walaupun pahit, kena hadapi juga..
kalau Allah tahu Ira tak mampu hadapi, Dia takkan beri ujian ni pada Ira dan keluarga kan..
Allah Maha Mengetahui.. alhamdulillah beberapa langkah lagi Ira akan tamatkan pengajian..
bersyukurnya Ira pada Dia....Ira bersyukur walaupun doa ira Dia tak perkenankan, tapi Ira tahu ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.. kasih sayang tu luas...orang ni tak sayang kita tapi Allah sayang kita lebih dari segala-galanya....ingat tu..
Selamat Hari Raya Aidiladha!