.Awesome Blogger.

Saturday, February 18, 2012

.Kerana Ringgit Malaysia Tiga Sahaja.



salam semua..

untuk entry WW#15, tu murid-murid prasekolah..bukan anak murid Ira..:)..Ira snap masa majlis sambutan maulidur rasul haritu..

kali ini Ira hidangkan sebuah kisah untuk anda..mana yang baik jadikan pengajaran yea..berlaku semasa perjumpaan kokurikulum di sekolah pada hari rabu yang lalu..

*entry ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berperasaan ;p*

Guru lain : Siapa yang nak beli lagi buku log Tunas Pandu Puteri?
Murid-murid : ada yang berkata, "saya dah ada, cikgu"..ada yang "menggelengkan kepala dan terdapat seorang murid yang diam tidak berkutik tetapi memandang wajah cikgu tersebut dengan tepat..


Ira ke tempat murid tersebut dan bertanya kepadanya :

Ira : Awak dah ada ke buku log?
Nina(bukan nama sebenar) : Tak ada cikgu (sambil menggelengkan kepala)
Ira : Lupa bawa ke memang tak beli lagi?
Nina : Belum beli..ayah saya cakap ayah saya tak ada duit lagi cikgu..
Ira : Tak apalah camtu..nanti kalau dah ada duit, awk beli yea..

Ira pon berlalu ke hadapan...seorang murid Tahun 6 yang duduk di hadapan sekali memanggil Ira..

Fatin(bukan nama sebenar) : Cikgu Ira, boleh tak saya bayar RM2 dulu, RM1 lagi saya hutang..
Ira : Awak kan dah ada buku log?
Fatin : Untuk Nina cikgu..ayah dia kena tunggu gaji dulu baru ayah dia ada duit..nah cikgu..(sambil menyuakan not RM1 sebanyak 2 keping dan menghulurkan kepada Ira..
Ira : (terus tersentuh dalam hati..tak sangka ada yang turut bersimpati dengan Nina) sambil berkata "tak apalah..awak simpan duit awak..."

berlaku satu perkara di tempat duduk Nina dan Nina ke hadapan kelas sambil membawa not RM5 untuk membeli buku buku log tersebut kepada seorang guru yang lain. Kembali semula ke tempat duduknya sambil menyatakan sesuatu kepada Ira :

Nina : Terima kasih Cikgu..(dengan keadaan yang malu-malu)
Ira : Belajar rajin-rajin ok?
Nina : Anggukkan kepala..

*****************************

Pss : Ira adalah salah seorang guru penasihat Tunas Pandu Puteri..jauh menyimpang dari badan beruniform sewaktu di IPG..satu cabaran..:)

Psss lagi : Walaupun di bandar yang serba serbi lengkap, masih ada yang kurang berkemampuan...mana yang mampu untuk dibantu, harapnya Allah permudahkan..walaupun diri sendiri masih tidak bergaji...dengan harapan murid yang kurang berkemampuan ini tidak akan terasing dengan rakan-rakannya yang lain...Allah Maha Mengetahui...

Psss lagi : Sangat sibuk minggu ni..hujung minggu pon masih ada kerja yang menunggu..

Selamat berhujung minggu..


Wednesday, February 15, 2012

.Wordless Wednesday #15.




^______________________^


Sunday, February 12, 2012

.Our Wedding ;p.



salam semua..:)

nahh satu video yang boleh buat anda gigit jari dan seolah-olah berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka :D


kredit to : CST Production ( sangat best video ni..CST Production memang hebat!)

psss : Rasa macam tengok penggambaran filem Puteri Gunung Ledang je..hee..sangat klasik dengan adat dan budaya orang Melayu zaman dahulu kala...sangat indah dengan songket, hulubalang, dayang-dayang dan juga para tetamu yang sporting ikut tema pengantin..:)..ada yang nak buat majlis perkahwinan macam ni?;p

psss lagi : Tahniah buat pasangan pengantin Firdauz dan Yasmi..:)..muka pengantin lelaki klasik macam pendekar, pengantin perempuan cantik jelita..



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails