.Awesome Blogger.

Sunday, February 26, 2012

.Anak Manja.




Salam dan selamat pagi ahad.. :)

Setelah genap sebulan 10 hari (26 Feb 2012) Ira bergelar seorang guru permulaan (guru yang baru menamatkan pengajian) terdapat satu gelaran yang agak mencuit rasa yang mana Ira digelar sebagai anak manja..


Ira digelar anak manja oleh beberapa orang guru di sini..antara puncanya ialah :

1. Ira masih dihantar dan diambil dari sekolah oleh ayah Ira..heeee :D
2. Ira tidak mahu menyewa rumah bersama guru baru yang lain...
3. Ira menggunakan gelaran 'adik' semasa bercakap dengan ayah Ira di talian...
4. Gaya Ira yang dikatakan memang kelihatan manja..(tak tahu yang mana)..


Sebab-sebab munasabah kenapa punca di atas berlaku adalah :


1. Ira tiada kereta sendiri..=____=..(semasa entry ini ditaip)..kereta yang ada di rumah digunakan oleh tuan punya masing-masing...tambahan lagi..Ira takut drive kereta manual + kereta besar..huu..kereta kecil + automatik masih belum diperoleh..:)
2. Jarak rumah Ira dengan sekolah walaupun orang kata jauh..tapi Ira rasa Ira mampu nak berulang..heee..30 minit tak la jauh sangat kan?selang satu bandar je..hee..Lagipun mak Ira tak bagi Ira dok rumah sewa..camne?;p
3. Ada guru lain terdengar Ira berbual dengan ayah Ira di talian..tertangkap!gelaran 'adik' memang digunakan sejak Ira kecil lagi...sebab Ira adalah anak kedua daripada dua orang adik beradik..
4. Tak dapat dinyatakan kenapa..tak tahu tengok gaya sendiri..=____=



Natijahnya..Ira selalu diusik oleh mereka..=____=....bila Ira melawan dan akan terdiam bila malas nak layan usikan tu...Ira selalu dilabel "merajuk la tu" dengan iringan gelak ketawa..:D..tu kira manja ke ek??

korang anak manja juga tak?;p


Pss : Hidup ni penuh dengan tekanan...pandai-pandai cari jalan supaya tak tertekan dan ditekan..cara paling mujarab..ketawa..:)

Friday, February 24, 2012

.Empat Kisah.



salam semua..:)

maaf hari ini baru berkesempatan mencoret sesuatu di sini..kesibukan melanda..blog terpaksa diabaikan...maklumlah Ira hanya blogger suku time je..heee ;p

4 kisah yang hampir sebulan berlalu...semuanya di sekolah..alhamdulillah dah satu bulan enam hari Ira bergelar seorang cikgu...suka duka...tertekan..ditekan..semua dirasai..ehemm..;p

1. Syarikat minuman Vitagen bersama maskotnya hadir ke sekolah...bukan murid-murid aja..cikgunya juga merasa...bila percuma semua sedap...heeee..



2. Anak murid kelas Pendidikan Khas menyambut hari lahir di kelas..anak Timb. Dekan di salah sebuah Universiti di Selangor..:)..Semoga dirimu menjadi anak yang solehah sayang..



3. Anak murid kelas Pendidikan Khas menjalani pemeriksaan gigi..pelbagai ragam dan kerenah..siap ada yang menjerit..takut tengok doktor gigi dan jururawat yang serba putih agaknya..heee



4. Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan Guru Besar....guru-guru turut membuat persembahan nyanyian...sedih..=___=...

hadiah dari Kelab Guru dan Staff untuk Guru Besar yang disayangi..:)


psss : Esok cuti...yeayyy! :D





Tuesday, February 21, 2012

.Coz I'm a Teacher.




and the world will smile back at you..:)




Do you??


. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails