.Awesome Blogger.

Saturday, May 9, 2009

. ^ Terkesan di Hati ^ .





Synopsis

Based on a true story. This story is about a girl named Aya who suffered from an incurable disease,called Spinocerebellar Degeneration, a diesease which eventually affects her nervous system. She’ll slowly experience mobility and speech difficuilty and later succumbs to coma state and finally death. Sadly, till this day, there’s NO cure for this degenerative condition which last for the remainder of the patient’s life. but lived life to the fullest until her death at 25.

The original story is based on the diary Aya kept writing until she could no longer hold a pen. The book that later followed entitled “One Liter of Tears" has sold over 1.1 million copies.

Aya's only wish was “to live." By carefully depicting Aya's earnest desire to live, and the love of her family, friends, and lover, the drama, “One Liter of Tears" wishes to deliver her simple but strong message: “Just being alive is such a lovely and wonderful thing."




Entry kali ni me nak berkongsi dengan semua mengenai 1 kisah yang sedih dan menyayat hati namun mempunyai unsur-unsur pengajaran yang sangat bermakna..

Nak tau cerita ape??

Tajuknya adalah 1 litre of tears..

tak pernah tengok?? nak tengok cerita ni ?? klik

Mesti ada yang dah pernah menonton cerita ni kan..

Actually cerita ni memang dah lama..

Me pon dah menonton cerita ni 2-3 kali..

tapi me tak pernah rasa bosan..

malahan akan menitiskan air mata ( me ni memang cengeng…huhu )..tiap2 kali semasa adegan2 yang menyayat hati berlangsung..

bukan apa..walaupun dah banyak kali ( lebih sekali kira banyak la kan..hehe ) menonton, hati ni mesti rasa sayu n sangat terharu pabila melihat pengorbanan keluarga pesakit, kasih sayang antara mereka n ketulusan dan keikhlasan hati seorang jejaka yang menyayangi Aya ( pesakit ) walaupun dah tau yang pesakit tidak boleh hidup lama…

sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni..

seperti yang kita sedia tahu..kasih sayang keluarga, atau dengan lebih tepat lagi..kasih sayang ibu dan ayah kepada anak-anak memang tidak boleh dipertikaikan..walau seteruk macam mana pon anak mereka, ibu dan ayah akan sedia juga membantu dari segi wang ringgit, tenaga, masa, emosi malahan segala-galanya dan masih tetap juga akan mencurahkan kasih sayang mereka walaupun anak-anak ni sebenarnya tak memahami dan mengetahuinya..

me memang sangat2 terharu la pabila melihatkan keadaan Aya yang disokong dan dibantu oleh ahli keluarganya yang pada me memang tak ternilai harganya..tanpa keluarga, kita memang bukan sesiapa..
tapi kali ni me just nak fokuskan pada kasih sayang seorang jejaka kepada seorang gadis..( ehem3..hehe..) yang pada me memang patut diteladani n dicontohi oleh semua jejaka di luar sana..( wahai para jejaka, baca baik2 yea..=p )..

bukan ape..me memang syorkan n nasihatkan kepada para jejaka yang berkesempatan meluangkan masa menjenguk blog me pada kali ni untuk menonton sendiri cerita 1 litre of tears ni..

mereka yang sudah menonton akan memahami apa yang sebenarnya yang akan dimaksudkan oleh me..betapa sukarnya untuk menjumpai dan menemui jejaka seperti Asou-kun ( memangla..dah nama pon cerita kan..hehe )

tapi me memang tabik spring toink2 la kat Asou-kun dan mana-mana jejaka yang memiliki ketulusan dan keikhlasan hati seperti Asou-kun dalam cerita 1 litre of tears ni..

dari kaca mata me..jejaka ini memang sangat ikhlas, setia n paling penting menerima seadanya keadaan orang yang disayangi tanpa mengira kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri orang yang disayangi..lebih-lebih lagi, kasih sayang yang terlahir setelah melihat keadaan yang dialami oleh Aya ( si gadis yang berpenyakit )yang pada me memang seorang pejuang yang sangat-sangat hebat..walaupun tahu diri sendiri tidak boleh hidup lebih lama ( disebabkan penyakit yang dihidapi iaitu spinocerebellar degeneration..kalo salah betulkan yea..)

walaupun Aya iaitu gadis yang disayangi berkerusi roda, tidak mampu berjalan seperti gadis yang normal, tidak mampu bertutur dengan baik namun Asou-kun iaitu jejaka berkenaan masih tetap setia di sisi gadis berkenaan..malahan menitipkan kata-kata semangat, perangsang supaya gadis yang disayanginya tidak putus harapan dan kuat untuk berjuang demi sebuah kehidupan..

kalau lah ianya terjadi kepada me, mampukan jejaka yang yang berada disisi me sekarang ini akan menyokong me sepertimana Asou-kun menyokong Aya??

Hari ini me memang sihat, mampu berjalan, mampu bercakap dan mampu melakukan segala2nya seperti biasa namun 1 hari nanti….tak siapa tahu apa yang akan terjadi..betul kan..(_+_)
walau ape pon..thank u so much kpd si dia yang berada di sisi me kerana si dia yang memberikan cerita ini kepada me..banyak benda me belajar dari kisah2 sebegini..

Berbalik pada cerita ni..ianya memang menjadi salah satu dari favorite movie me kerana sangat banyak pengajaran yang boleh dikutip dan ditimba untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba ini..

Pabila me berada dalam keadaan yang susah ( tertekan, sedih n etc ) memang me akan tonton cerita ni..sebab bila me menonton cerita ni, me akan dapat kekuatan dari Aya yang pada me memang menjadi perangsang untuk me meneruskan kehidupan ini dengan lebih bermakna..me juga akan menyedari bahawa pabila me susah sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dari me..kan..

Apa2 pon..ianya memang memberikan 1001 ilmu yang amat berguna n bermakna kepada sesiapa yang memahami dan menghayatinya..kalo memang hati batu + keras berdengkang ( mengambil kata2 seorang kawan..hihi ) apa2 cerita/kisah/ kata2 pon xkan terkesan kepada dirinya..kan2??jadinya kepada sesiapa yang masih tidak berkesempatan menonton, jom la menonton..hehe..

Until we meet again k..+_+


2 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

dah tgk gak cite ni...
mmg touching...

Juliet_iRa~" said...

cte ni memang sedih..huhu..
kalo yang touching tu memang nangis gle la..
hehe..
cerita yang " berisi "..=D

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails