.Awesome Blogger.

Saturday, October 31, 2009

. Yuhuuu .



yuhuu..

selamat pagi semua..

(^__^)

semua sihat hari ni??dah sarapan belum??

cehh..terasa cam dalam rancangan kanak2 plak..wee~

hari ni mood sangat baik dan menseronokkan..

seronok2 n teronok..hehe..

sebab ada kat rumah..

saya memang suka balik rumah!!

gembira amat bangat!!keh3..

tapi rasa sekejap sangat..

esok dah kena balik melaka..

sob3..

mungkin lepas ni susah sikit nak on9..

sebab saya bakal menjalani peperiksaan bermula 9hb - 19 hb..

jadinya hajat di hati nak 'berpuasa' berblog..

wee~

pape pon..

take care of urself k!

..senyum selalu..

..papai..~


Thursday, October 29, 2009

. Jom Kita Bersedekah , nak x?? .



salam semua..

hehe..

kadang2 kn rasa beruntung sangat berada di sini..

sebab alhamdulillah rezeki dimurahkan oleh Allah..

orang selalu bersedekah walaupun niat sebenarnya nak beli tapi diberikan secara percuma..

terutamanya dari segi makanan la..

khasnya semasa berpuasa..hehe..

semoga yang memberi dilipatgandakan lagi rezekinya oleh Allah s.w.t..aminn..=D


Kelebihan Bersedekah

Syaitan sering menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan sehingga mereka berasa takut untuk bersedekah (Ayat 268: Al-Baqarah). Manusia pula, apabila diberi segunung emas, ia inginkan segunung emas lagi (Hadis). Mereka lebih melihat kepentingan dunia, tetapi tidak bersedia dengan tanaman akhirat. Terdapat manusia terlalu kedekut tanpa menyedari bahawa segala-galanya datang daripada Allah SWT (Katakan: Semuanya datang daripada Allah). Mereka dikuasai perasaan kedekut sehingga melupakan erti persaudaraan sesama manusia. Maka, kertas ini akan membincangkan kelebihan bersedekah untuk menerbitkan semangat suka bersedekah di kalangan kita.

1.1- Amal digandakan sehingga 700 kali ganda

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Ia merupakan satu bukti bahawa Allah SWT berkuasa menggandakan amal kebaikan kita kepada 700 kali ganda. Ini juga dijelaskan dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a:

“Apabila seseorang masuk Islam, kemudian Islamnya menjadi baik, nescaya Allah SWT menghapus segala kejahatannya. Sesudah itu setiap kebaikan dibalas 10 hingga 700 ganda. Sedangkan kejahatan dibalas hanya setimpal dengan kejahatan itu, kecuali pula kalau Allah SWT memaafkannya”.
(Riwayat Al-Bukhari)

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain: Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan Yang Meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nya kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah: 245)

“Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan selain itu ia akan memperoleh pahala yang besar”. (Al-Hadid: 11)

Manakala hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a

”Barangsiapa yang bersedekah dengan tamar hasil daripada usahanya yang bersih dan sememangnya Allah hanya menerima hasil yang baik sahaja dan sesungguhnya Allah menerima dengan tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara-Nya untuk yang seperti kamu memelihara seekor binatang ternak, sampai membesar seperti bukit”. (Riwayat Al-Bukhari)

1.2- Bersedekah amalan mulia

Nabi s.a.w. pernah menjelaskan kemuliaan orang yang bersedekah melalui satu hadisnya yang masyhur.

“Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)

Malah, dalam hadis yang lain, nabi s.a.w. menyatakan sedekah mampu memadamkan kejahatan yang dilakukan.

“Puasa itu perisai, dan sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api”

Telah disebut dalam satu kisah seseorang yang hampir dimasukkan ke dalam neraka Namun kemudiannya terselamat kerana beliau pernah bersedekah. Malah, seorang perempuan yang kudung kembali bertangan gara-gara sikapnya yang suka bersedekah. Kisah lain pula menunjukkan seorang anak terselamat daripada serangan harimau kerana ibunya merupakan seorang yang bermurah hati untuk bersedekah. Kita juga boleh merujuk sikap murah hati Ali dan isteri beliau Fátimah yang terkandung dalam surah Al-Insan.

1.3- Rezeki dimurahkan Allah SWT

Apabila kita merujuk kepada makna zakat daripada sudut bahasa sekalipun, ia membawa makna ‘Bertambah’. Orang yang pemurah biasanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT kerana Allah SWT redha dengan sikap pemurahnya itu. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurayrah r.a. yang telah dimuatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahihnya, nabi s.a.w. ada bersabda:

“Tidaklah berpagi-pagi seorang hamba melainkan akan turunlah dua orang malaikat yang turun dan berkata: Ya Allah, Engkau berilah kepada yang memberi dan Engkau halanglah kepada yang kedekut”.

Firman Allah SWT: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (Al-Talaq:2-3)

1.4 Sunnah nabi s.a.w. yang mulia dan perbuatan para sahabat r.anhum

Nabi s.a.w. diriwayatkan sangat pemurah seumpama angin yang berlalu. Pernah nabi s.a.w. tergesa-gesa selepas solat gara-gara tidak tenang apabila teringatkan ada harta di tempat tidur baginda s.a.w.

Manakala Uthman r.a. dan Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. pula diibaratkan khazanah Tuhan di muka bumi kerana sikap pemurah mereka.

Sedekah mampu mengubah sikap seseorang

Sedekah menjinakkan hati supaya tidak cintakan dunia yang menjadi punca kelemahan umat Islam masa sekarang. Sedekah juga membuatkan persaudaraan erat terjalin. Terdapat satu hadis riwayat Abu Hurayrah (Al-Bukhari) yang menceritakan seseorang telah bersedekah kepada pencuri, pelacur, dan orang kaya. Ringkas cerita, sedekah itu diharapkan dapat menyedarkan ketiga-tiga golongan tadi.

1.Nabi s.a.w. memuji orang yang suka memberi

“Dua amalan yang mulia. Memberi makan, dan memberi salam kepada sesiapa sahaja sama ada yang dikenali atau tidak”.

2- Allah SWT melalui lisan nabi-Nya mencela orang yang kedekut

“Tiga pemusnah: Syuhhun yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan perasaan bangga diri”

Syuhhun : Kedekut yang melampau; melebihi Bakhil

3- Jangan menyakiti hati orang yang meminta sedekah (Ayat 263: Al-Baqarah). Perbuatan menyakiti hati orang dan menunjuk-nunjuk boleh menghapuskan pahala bersedekah (Ayat 264: Al-Baqarah). Namun dibenarkan untuk mempamerkan sedekah dengan tujuan untuk dicontohi. Menyembunyikannya adalah lebih baik lagi bagi mengelakkan perasaan riya’ itu timbul. (Ayat 271: Al-Baqarah). Bahkan menyembunyikan sedekah adalah sikap terpuji dan pelakunya termasuk daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT kelak berdasarkan hadis.

4- Kita hendaklah menolak permintaan si peminta dengan baik (rujuk kisah nabi s.a.w. yang meminta supaya peminta meminta daripada anaknya Fatimah r.anha kerana ketika itu baginda s.a.w. sendiri tidak berduit) dan memaafkannya sekiranya mereka berlaku agak kurang sopan ketika meminta sedekah (Ayat 263: Al-Baqarah).

5- Bagi orang yang tidak berharta, mereka masih ada jalan lain untuk bersedekah. Berdasarkan hadis-hadis nabi s.a.w., dapat kita simpulkan, bahawa orang yang tidak berduit bolehlah melakukan perkara-perkara seperti berikut:

  • (Hadis Abu Hurayrah r.a. riwayat Al-Bukhari dan Muslim) “Setiap tulang daripada manusia, ke atasnya sedekah pada setiap hari tenggelamnya matahari. Merapatkan hubungan antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah, mengangkat orang naik kenderaannya atau mengangkat barang orang tersebut ke atas kenderaannya adalah sedekah, melafazkan kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju ke masjid adalah sedekah, membuang sebarang benda yang menyakitkan di tengah-tengah jalan adalah sedekah”.
  • (Hadis Abu Hurayrah r.a. riwayat Al-Bazzar daripada Abu Salih) “Bagi setiap manusia ada 360 tulang (atau anggota) yang menjadi sedekah ke atasnya pada tiap-tiap hari. Sahabat bertanya: Bagaimana jika tidak mampu? Rasul s.a.w. berkata: Ia menyuruh kepada kebaikan dan melarang keburukan. Sahabat bertanya: Bagaimana jika tidak mampu? Rasul s.a.w. berkata: Ia boleh membuang tulang di jalan. Sahabat bertanya: Bagaimana jika tidak mampu? Rasul s.a.w. berkata: Hendaklah ia menolong orang-orang dha’if. Sahabat bertanya: Bagaimana jika tidak mampu? Rasul s.a.w. berkata: Hendaklah ia berhenti daripada melakukan kejahatan kepada manusia lain”.
  • (Hadis Muslim) “Manusia telah dicipta dengan 360 sendi, pada setiap sendi ada sedekahnya”.
  • (Hadis Muslim riwayat Abi al-Aswad al-Dailami) “Maka tiap-tiap tasbih sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil sedekah, mencegah kejahatan sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dengan solat sunat Dhuha dua rakaat”.(Hadis riwayat Abu Dhar r.a) “Bahawasanya segolongan sahabat nabi s.a.w. berkata kepada nabi s.a.w.: Ya Rasulullah, orang lebih kaya berbanding kami mendapat pahala lebih daripada kami. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami puasa Namur mereka mampu bersedekah dengan harta yang merka miliki. Rasul s.a.w. berkata: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk kamu sedekahkan? Sesungguhnya tasbih itu sedekah, takbir itu sedekah, tahmid itu sedekah, tahlil itu sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah, danpa ada kemaluan kamu pun ada sedekah. Berkata sahabat: Ya Rasulullah, apakah salah seorang daripada kami yang menggunakan syahwatnya dan baginya pahala? Rasul s.a.w. bersabda: Apakah pendapat kamu kalau ia digunakan pada benda haram, apakah dosa baginya? Maka demikian juga kalau ia digunakan untuk yang halal. Maka baginya sedekah”.
  • (Hadis Abu Musa al-Asy’arie r.a riwayat al-Bukhari dan Muslim) “Maka jika beliau tidak melakukannya, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan maka itu adalah sedekah”

6- Memberi sedekah perlu melihat kepada keutamaan dan kepentingan

  • Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih baik, malah isteri dibenarkan bersedekah kepada suami. Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berduit lebih baik daripada membiarkan mereka meminta-minta dengan orang lain. (Rujuk kes Sa’ad bin Abi Waqqas yang meminta pandangan nabi s.a.w. ketika ingin memberikan wasiat)
  • Bersedekah kepada program membina Insan lebih baik daripada bersedekah kepada masjid-masjid apatah lagi jika masjid itu adalah masjid besar. Namun ia perlu melihat juga ke arah manakah duit yang pihak masjid laburkan kerana kemungkinan pihak masjid menggunakannya untuk menampung program-program ilmu. Ini berdasarkan kata-kata Al-Qaradhawi (mafhumnya): Membina manusia lebih baik daripada membina batu-bata.
  • Memberi sedekah untuk penuntut ilmu lebih mulia berbanding memberi makan di waktu Ramadhan kerana mengisi dada supaya sarat dengan ilmu lebih baik daripada mengisi perut dengan makanan.

kredit to : google




. Nak Blkkkk!! .



yeye..

esok nak balik rumah..

weee..

walaupun baru 2 minggu tak balik..

rasa cam 2 tahun..

haha..

tak sabar2!!


Tuesday, October 27, 2009

. Testimonial for AM Shop On9 .



hehe..

salam semua..

ni testimonial me for adorablemuslimah shop on9..

me mmg sgt berpuas hati la dengan the stuff..

especially lush crown scarf..

cantikk..

n xjumpa lagi di jual kat luar..

n ramai juga kwn2 yang tanya me beli katne..hehe..

so memang ok sangat2 la..

anyway..

thanks AM for the stuff..

keep it up k!

here the some pic me with the lush crown scarf..hehe..


black lush crown scarf..


sulaman kat atas kepala..


macam crown pon ada gak..hee


with baju raya..=)



Monday, October 26, 2009

. Convo My Elder Sis~ .





jumaat yang lepas n lepas..

my sis konvo kat uitm shah alam..

huhu..

here some pic yg smpt di snap2..

me baru blk cmpg ni..

so quite bz n xsmpt nk upload blog..

huu..

rindunya nak berblog..

pasni da stat final exam plak..

huu..

caiyo2!!









Sunday, October 18, 2009

. Pengubat ketika Kebosanan .


morning semua..

petang ni da kena balik melaka..

huhu n sob3..

totally im sad..

rasa sekejap sangat masa kalo ada kat rumah ni..

tak lama lagi final exam pula..

rasa cam xready ag tapi kena get ready gak..

+______+

eh..

korang kan bila on9 sll watpe??

baca paper, jenguk blog, jenguk friendster, tagged, myspace, facebook, download lagu, movie n so on ea??

dalam jangka masa tu ada tak rasa bosan bile wat benda yg korang suka??

ada lah gak kan tapi nak wat cane..kalo x lagi bosan...tol x??

me kalo jenguk my facebook, confirm2 akan jenguk my farmville..hehe..

this is my farm..


ternakan..hehe


ni rumah dalam ladang..


keseluruhan ladang..hehe

selalu la some people cakap " tak bosan ke berkebun ni? "

for me, nope!!!

bcoz me suka tengok my farm more bigger n bigger..


ada gak yang kata.." kalo dapat duit betul2 xpelah gak "

heiiii...suka ati laa..

ianya xmenyusahkan u all pon..

tak faham la dgn some people yg suka merendah2kan orang lain ni..

kalo bnda yg u all suka then i condem u bley x??

how do u feel??

for me, bila kita suka somthing n bila tengok ianya semakin suksess, it encourage me to make it real u know..

n ianya adalah kepuasan seolah2 that things is real..

sekurang2nya im ambitious...

manalah tau 1 ari nanti...i have my own farm..

manalah tau kan..

tak salah bercita-cita tinggi..

am i rite??

..............................

semoga berjumpa lagi k ~ ..



. Walimatulurus Ibu Angkat .



hoh...

entry ni pon lupa nak publish..

ayoo..makin nyanyuk la me skang..uhuu..

ianya dilangsungkan 2 minggu yang lepas..

bertempat di kg parit penghulu, sg rambai melaka..

di rumah keluarga angkat di sana..hehe..

anyway..

hope ibu n ayah kekal abadi selama2nya..

aminn..

here those picture yg smpt di snap2..






Friday, October 16, 2009

. ADMIREE!cantikk sgt! .



hehe..

hye all..

entry ni saje je suka2..

di ulang..

suka2..huu..

sebab kagum dengan keindahan gambar2 yang terhasil..

ehehehe...=)

kredit to abg peijan a.k.a Faizal Rahim..

sape yang nak cari photographer tu, im promote him..hehe..

memang berbaloiiii...(^___^)^

nak tengok yang cantik2 lagi??

meh2 klik kat sini : BLOG



cantik sangat pelaminnya..pengantin pon sgt sepadan..=)


sweet sangat!


ni lagi sweet!!hahaha


alalala..romantiknya..=p


sweet ring..nak gak la camni..haha..

p/s : rasa cam tak sabar plak nak kawin..kah3..gurau je ek! for abg peijan, nt my wedding, jd photographer ea??bg diskaun lebih2 skit ea sbb da promote ni..keh3..


Thursday, October 15, 2009

. Kepala Berpusing2 tapi Gembira! .

salam semua..

kabare???huu..

malam ni rasa lega plak..

& a bit happy..

hehe..

tapi kepala berpusing2 memikirkan bout my lappy..

huu..

but it doesn't matter la k..

apa2 pon..

just relax n make urself happy!!

what comes around, just accept it n redha with qada n qadar Allah..

setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..

kan..kan..kan..

so take care k !

gudnite...

ZzZZzzZZzzzzzzzzzz


. Nyah2 dariku! .



huhu..

ngah sedih ni..

my beloved lappy kene attack ngan virus!!

huu...

cpekah gerangan yg membawa virus ni!!!!!

geram tol lahhh!!

baru je lepas format...

stress tol..=(

antivirus ape yang leh heal semua virus??huu..




help me...

+_____+


Wednesday, October 14, 2009

. MamaTisya Duit Raya Giveaway.

* sticky mode *
MamaTisya Duit Raya Giveaway
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009
tepat pukul 5.00 ptg

duit raya dlm gambar di atas adalah CONTOH shj
jumlah sebenar hanya akan diketahui oleh 5 org yg bertuah nanti


syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

hehe..moga tersenarai antara yg bertuah..insyaAllah..

Tuesday, October 13, 2009

. Tq Sis Maryane! .



hehe..

entry ni pun da lapok!

huu..

tapi nak publish jugak..hehe..

me dpt hadiah birthday dr sis maryane!!

happy sgt3!!!

dapat sebelum raya hari tu..

tapi tak sempat nak publish..

k.mariam..

mekacih bebanyak3!!!

i love u so much!!muahhhxx..hehee..

best sgt novel ni..

suke3 sangat..


(^___^)^



pos laju tu...=p


kad birthday n bungkusan hadiah..+__+


my presents!!sweeettts....


kad birthday n kad raya..heee..


the novel..best3!!



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails