Ira dah kembali aktif!:) fuhhh semalam berjam2 mengadap lappy sambil Ira baca entry, komen lebih 80 blog..penat...huhu..tapi rindu nak tahu kisah semua ;p..tapi maaflah..memang Ira tak sempat nak view older post semua blog...huu..tu 10 hari 10 malam pon tak habis blogwalking kot..
Sebab utama Ira menyepi tanpa sebarang pesan adalah sibuk.....bukan alasan klise tapi tu lah kenyataan..sibuk buat soalan peperiksaan even mengajar murid P.Khas, sibuk dengan tuisyen malam + malas + penat..tu je alasan utama Ira..shop online ni baru sahaja..tu pon buat tambah sibuk juga..;p..time weekend pula ada weekend yang Ira ke sekolah...tapi selalunya weekend memang Ira manfaatkan dengan beristirehat...maaf yea..:)..Insya-Allah Ira cuba tak menyepi lagi..
Trademark Ira berblogging adalah main masak-masak dan jalan-jalan kan..haha..jadi kita mulakan dengan entri jalan-jalan dulu la yea..Ira ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang pada cuti hari pekerja yang lalu...pergi pagi balik petang..:)..jalan pon tak jammed masa pagi tu..petang tu je sedikit jammed terutamanya lepas tol Gombak menghala ke MRR2...nak ke Bukit Tinggi ni kalau dari KL keluar ikut tol Gombak menghala ke Genting Sempah dan masuk ke persimpangan Berjaya Hills..lebih kurang 45minit-1 jam dari KL..:)..
Kalau nak tidur pon boleh..tapi buat yang rumah dekat macam Ira ni tak disarankanlah..sebab boleh jalan 1 hari tu untuk semua tempat kalau tak bazirkan masa la....tapi kalau nak tidur pun apa salahnya..hotelnya cantik!harganya pon cantik..;p
Tinggi juga tau Colmar Tropicale ni..nama pon di Bukit Tinggi kan..ahha..;p.. selepas kereta dah mendaki bukit yang tinggi tu, setiap orang mesti membayar tiket masuk sebanyak RM 12 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak bawah 12 tahun..rasanya warga emas pon separuh harga kot..
Jamulah mata anda dengan beberapa keping gambar Ira di sana..:)
Bukit Tinggi ni ada banyak tempat yang kena pergi..antaranya Japannesse Village, Rabbit Park, Castle, Extreme Park dll..Ira dah tak ingat sebab dah sebulan berlalu..uhuk uhuk..;p...tapi yang Ira sempat pergi 2 je..haha..Colmar Tropicale dan Japannese Village..yang lain..tak pergi..tak sempat laaa ;p..
Ira dah buang masa tunggu tram..sebenarnya naik kereta lagi cepat..uhuk uhuk..ingatkan jauh kena park kereta untuk ke setiap tempat tu...rupa-rupanya sama je dengan tempat tram berhenti..menyesal..ahaha..jadinya tak semua tempatlah Ira pergi...nantilah bila dah ada anak lepas kahwin nanti mungkin akan datang lagi..ehem ehem..;p
Kimono yang Ira pakai tu boleh disewa dan boleh lah kita melaram sambil posing2 dengan kimono di sekitar rumah jepun tu..kuikui..sewa kimono = RM 25 seorang..ada juga macam tradisi orang Jepun minum teh tu pon kena bayar harga lain..tapi Ira tak join..
Jadi, Colmar Tropicale ni ok-ok la untuk yang suka bersiar-siar dengan keluarga sebab ada banyak tempat yang agak menarik di sana..yang paling best tentulah posing dan konon-konon macam berada di luar negara..;)..sebab bangunannya cantik-cantik belaka..makanan macam sedikit mahal..kalau rasa nak berkelah sambil makan kat sini lagi best..ada udara yang sedikit sejuk sebab atas bukit kan..;)
Colmar Tropicale disarankan untuk kaki jalan + kaki posing macam Ira je..haha ;p..photoshoot best kat sini..sebab view cantik2..:)
Papai!
Iklan : Jom add Juliet's Scarf di facebook untuk membeli renda baby roses yang boleh dijahit pada tudung seperti fesyen terkini tuuu :)