.Awesome Blogger.

Wednesday, December 21, 2011

.Rezeki :).


salam semua.. :)

kesinambungan dari entry INI

wahh hampir semuanya sangat peka dan mempunyai tahap penglihatan yang sangat tajam!hee..

tahniahhhh kepada anda yang berjayaaaaa mencari kelainan pada gambar kucing ini..tepuk tangan!heee ;p


kucing ni sangat menarik sebab bulu hitam di bahagian badannya tu membentuk imej/tompokan/corak seekor kucing yang sama sepertinya.. :)...Subhanallah!

yang cakap 'bulu dia halus, lebat, kucing ni bulat, gemuk dll' cuba tengok betul-betul!buka mata anda luas2..;p

chop2 ada juga yang cakap ada tahi lalat....Ira pon tak pasti tu tahi lalat ke tanda apa..hee

kucing ni bukan kucing Ira...tapi Ira dapat gambar ni dari e-mail yang kakak Ira selalu forward..:)

harap semua persoalan dah terjawab..heee


opsss..tadi kan Ira tengok balik blouse yang Ira beli masa Ira ke Uptown haritu, blouse tu dalam plastik lagi...masa Ira keluarkan baju dari plastik tu...ada lagi satu objek berada dalam plastik yang sama...dalam hati ' eh apa ni?'...bila tengok...ada satu aksesori iaitu rantai kayu (tapi yang Ira dapat lebih pendek) macam gambar kat bawah ni dalam plastik yang Ira beli blouse tu...

masa kedai kat Uptown tu, orang tu pamerkan blouse tu macam gambar atas ni :)
source : Mr. Google

selalunya kan memang ada aksesori kalau baju tu dipakai kat patung tu kan...nak bagi menarik dan orang pon rasa nak beli...Ira syak orang tu ( orang Indonesia ) tak tahu yang aksesori tu bukan dijual sekali dengan baju tu lepas tu masukkan sekali dalam plastik Ira..kehkehkeh...

tu lah rezeki namanya...heeee ;p

semoga kedai tu semakin murah rezeki sebab bagi Ira free gift..ngeeeee

psss : Blouse tu bukan blouse 'mengandung' macam gambar tu ok...tu sekadar hiasan..heeee ;p..



.Wordless Wednesday #8.





Apa yang menarik pada kucing ini? :)

Tuesday, December 20, 2011

.Suzuki Alto?.


salam semua..

Berbaloi tak kereta ni? Blogger yang expert tentang kereta tolong komen, please! :)

mana lagi berbaloi? alto ke myvi?hehe..;p..msti rmai pilih myvi kan?huhu

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, pengedar rasmi kereta berjenama Suzuki telah melancarkan model kereta Suzuki Alto 1.0, diimpot sepenuhnya dari India untuk bersaing dengan kenderaan keluaran tempatan, iaitu Perodua Viva, Proton Savvy dan juga Inokom i10. Terdapat tiga variasi bagi model ini antaranya :

  • GA manual-RM 44,888
  • GLX automatic –RM 49,999
  • GXS automatic- RM 54,888

Kesemua harga bagi variasi ini adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

4891054868 794599d9cf (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Berukuran 3500 mm panjang,1600 mm lebar, 2360 mm pada jarak titik roda dan 1470 mm tinggi, Suzuki Alto dilihat lebih pendek dari segi panjang, titik roda dan ketinggian kereta
  • Kereta Suzuki Alto lebih lebar jika dibandingkan dengan Perodua Viva.
  • Badan kereta Suzuki Alto lebih aerodinamik
  • Dilengkapi casis dengan topang Macpherson di hadapan dan 3 hala di gandar belakang.
  • Cakera ventilated pula membekal kuasa brek di hadapan manakala drek drum digunakan pada roda belakang.

4890456161 44f7bafde9 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

  • Memberikan kuasa kepada Alto ini adalah enjin k10B 3 silinder bersesaran 1.0 liter, dimana ia mampu menghasilkan 67 kuasa kuda pada 6000 rpm dan 90nm kuasa tork maksimum pada 3400 rpm
  • Dilengkapi dengan transmisi 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan transmisi automatik dan ini bermakna kereta Suzuki Alto ini dilihat mempunyai kelebihan sebanyak 7 kuasa kuda dari pesaingnya ,Viva namun ianya lebih berat daripada variasi Viva yang ada iaitu sebanyak 70kg. Oleh itu, pendapat saya, kuasa Alto ini mungkin dilihat tidak lebih dari pesaingnya itu.

Bagi variasi GA transmisi automatik, ianya dilengkapi :

  • Penghawa dingin udara manual
  • Tempat duduk boleh lipat
  • Dua beg udara di kerusi hadapan
  • Tali pinggang Keselamatan tiga poin ELR di hadapan dan juga belakang
  • Dan 2 kerusi kanak-kanak di belakang.

4890456119 265a90f0d1 (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Untuk variasi GLX, penambahan aksesori adalah:

  • Lampu kabus hadapan
  • Cermin sisi berwarna
  • Stereng boleh ubah 2 hala
  • Tachometer
  • Cermin kuasa di hadapan
  • Kerusi belakang boleh lipat nisbah 50:50
  • ABS dengan EBD serta kawalan brek BA

Bagi variasi GXS pula, pertambahan aksesori yang berlaku adalah bodikit, cermin tinted, kerusi balutan kulit dan cermin pintu.

4890456045 9ecef1693f (Review) Suzuki Alto di Malaysia 2010

Terdiri dari 6 pilihan warna dan boleh dilihat di kesemua 29 buah ruang pameran Suzuki, model kereta Suzuki Alto ini dijangka untuk mencatat jualan sebanyak 150 unit sebulan, dimana ianya akan terus menjanakan 13 peratus daripada jumlah jualan kesemua kenderaan Suzuki seperti yang dilihat pada jualan tahun lepas.

psss : pelik pula drive belah kiri kan?huhu

Kredit to Berita Semasa

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails