salam semua..
detik Ira menaip entry ni rasanya semua dah lena dibuai mimpi kot..;p.. Ira baru lepas study..ececece..hee...tak boleh tidur sebab tak mengantuk lagi...minum white coffee tadi sebelum study..
bukan study sgt pon...Ira baca dulu dari kulit ke kulit buku tu lepas ni baru mula buat nota ringkas lagi cepat ingat...ada 2 kertas lepas cuti Raya Haji ni.. nak tak nak kena la study untuk peperiksaan yang terakhir sebelum berjaya menggenggam ijazah sarjana muda perguruan ni..buat yang belum tahu, Ira bakal bergelar seorang guru..insya-Allah mudah-mudahan dipermudahkan oleh Nya..:D
Ira nak tunjuk apam polkadot yang menjadi kegilaan kebanyakan gadiss dan para ibu yang gigih mencuba resipi ni.. Ira pon tak terkecuali gak..heee..;p..si gadis ( Ira la tu dengan kakak Ira ) dengan kerjasama si ibu ( mak Ira ) berjaya menghasilkan apam polkadot yang tak berapa nak polkadot tu ( ngeee ) semasa cuti Deepavali baru-baru ni..
nak tengok? tapi jangan gelak yea..wuwuwuwu..malu nak tunjuk...;p
Resepi Apam Polkadot :
Bahan-bahan -
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
Caranya -
1. Pukul telur dan gula hingga kembang ( putih ).
2. Masukkan ovallete, esen vanilla, baking powder, tepung, sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan perlahan.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
4. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
6. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
7. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Selamat Mencuba!