.Awesome Blogger.

Sunday, September 16, 2012

.Baby & Ira.


Salam :)

Selamat Hari Malaysia :)

Sihat semua?hee..terkejut tak Ira update blog..hukhuk...maaf lah Ira pon tak ada sebab kenapa Ira tak update blog...taklah sibuk sangat sebab hari2 masih online cuma dunia blogger macam tak dipedulikan sangat..haha..maaf..kemalasan melanda..:p


Ira dan baby boy..hehe..yang pasti bukan baby Ira lah sebab tak bernikah lagi kan macam mana pulak boleh dapat baby..ajaib kalau dapat..hukhuk..ni adik sepupu Ira paling bongsu (setakat ni :p), anak kepada paksu Ira...adik mak Ira yang paling bongsu..comel..baby ni lahir pada hari raya yang kedua haritu..:)

Teruja dapat pegang baby baru lahir sampai post kat blog haha sebab nanti ada kenangan di hari tua..hikhik..esok baby ni dah nak sebulan dah n dia nak datang rumah Ira!yippi..:p

Raya pon dah nak habis..hukhuk..Ira je tertinggal keretapi..:p..Ira nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang Ira menulis di blog ini dan mencoret komen di blog blogger yang lain..Maaf zahir batin yea...:))


Psss : Ira dapat semua kad raya yang blogger2 tertentu hantar..terima kasihhh banyak2 tapi Ira tak sempat balas..maaf sangat..tahun depan tunggu kad raya Ira yea :))

Berzaman sangat tak update sampai baru perasan follower dah 1k...Terima kasih yang sudi follow..:)..ada masa Ira blogwalking yea..

Monday, July 30, 2012

.Rezeki Ramadhan :).


Salam semua :)

2-3 hari ni Ira sibuk sikit, nanti Ira blogwalking yea..terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen, siap minta alamat nak hantar kad raya pada Ira..seronok sungguh Ira rasa sekarang ni..heee :)

Alhamdulillah tadi masa Ira buka blogger profile dan check comment, Ira terpana seketika ( ayat bombastik haha ) pada komen yang dicoretkan oleh pemilik blog TITIAN PERJALANAN iaitu K.Ujie yang mana beliau meninggalkan pesanan bahawasanya Ira MENANG kuiz ramadhan yang K.Ujie anjurkan jumaat lepas kot..hehe..hip hip hoorayyyyyy! :p


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu..betul tak?hehe..rezeki Ira..sedangkan Ira agak2 je..hihihi..siap bg jawapan " tak pasti..hukhuk " pada K.Ujie..ahaha :p

Buat K.Ujie :)

Terima kasih daun keladi K.Ujie..
Nanti ada kuiz lain Ira cuba lagi..

ehehehe :)

Salam Ramadhan untuk hari yang ke 11..

Friday, July 27, 2012

.Selamat Hari Lahir Anakku Syg!.


Salam semua :)

Alhamdulillah dah hari yang ketujuh seluruh umat islam berpuasa..sekejap je kan..dah nak masuk ke minggu yang kedua...Ira baru je sekali ke bazar ramadhan..hehe..memang jimat sungguh kalau tak ke bazar..:)

Entry kali ini berkisar tentang sambutan Hari Lahir anak-anak murid Ira di sekolah..buat sebelum bulan puasa daa..hehe :p..tapi baru update..maaf la yea..sibuk =.=..kami sambut hari lahir utk semua sekali dari bulan Januari - Disember 2012 sekaligus..jimat..hikhik..

 preparation :)..cantik tak decoration?;p

 makanan yang dibawa secara pot luck :)

 hadiah utk anak2 tersayang :)

 Kek parents sponsor :)

 Kek kami sponsor guna duit sumbangan..hihi..Cake Sense the best!yummy~

 alololo nak buat peace..cer teka anak murid ini dikategorikan sebagai apa? siapa pandai dapat 10sen :p

mereka nampak normal tapi.... :)

 Guru-guru perdana dan pentadbir turut hadir :)

sesi bergambar dulu :)

 Permainan perah limau..hikhik

 Permainan tiup belon! Comel kan?hehe

Yeayy dapat hadiah Hari Lahir + Majalah Upin Ipin ( sponsored)

 cute kan?:)

Cikgu pon kena main tiup2 belon juga..tengok tu, mengelat kan!:p

 Cikgu Ira pon kena join..takut dah masa ni sbb belon tak mahu meletup..ahha.. :p

 Permainan kumpul gula2 pon ado..hehe :p

 haaa rebut jangan tak rebut :)

 pandai tu masuk dalam baju..hihi 

Ira dapat hadiah :), tukar2 hadiah dgn cikgu2..RM5 aje..hikhik..janji ada..


Tengokkkk..siapa yang cakap cikgu kerja senang meh Ira nak bagitahu sikit..kat sekolah ni, cikgu ni lah Konsultan Majlis, Tukang Masak, Tukang Balut Hadiah, Tukang Cuci, Tukang Dekorasi Tempat, Tukang Kemas Tempat, Tukang Pujuk, Driver, Baby sitter dan segala jenis tukang lah..hukhuk..yang paling utama Tukang gembirakan hati murid ( menyakat murid pon termasuk )hehe :p...boleh bayangkan Ira pakai ayu gitu tapi panjat meja utk gantung belon dan kain?

Kerja apa-apa pon sama aja..semuanya susah dan tak senang..tapi bukan senang juga nak jadi cikgu..betul la orang cakap...bukan semua orang boleh jadi cikgu..( Ira masih terfikir macam mana Ira boleh termasuk dalam golongan terpilih ini)..lagi bila kita berhadapan dengan manusia (yang ada perasaan,yang ada sikap yang pelbagai macam dan ragam)...ditambah lagi dengan anak murid Ira..yang mempunyai masalah yang pelbagai  ( Autisme, Sindrom Down, Hiperaktif, Celebral Palsy, Slow Learner, Multi Prob)..mereka ni bukan macam mesin..kita yang buat mesin tu stop,pause,on,off...

'Bekerja' dengan manusia memang sangat berbeza...orang yang lalui benda ni je akan faham..I didn't choose but I'm the chosen one..tapi Ira bersyukur kerana menjadi insan terpilih :)


Pss : Dah tak relevan kalau ada orang yang cakap "cikgu kerja senang, balik separuh hari"...kena ambil kira sekolah mula jam berapa..macam Ira, seawal 6.30 pagi Ira dah keluar rumah..memang waktu sekolah habis jam 1.05 petang  ( sekolah Ira) tapi Cikgunya bukan balik sama dengan murid..Cikgu boleh balik jam 1.35 petang ke atas...selalu Ira cepat2 siapkan kerja dan balik jam 1.40 petang...tu pon sebab lari balik cepat..haha :p..kalau ada mesyuarat, 3 petang pon masih kat sekolah..tak masuk ko-kurikulum lagi..sabtu lagi...belum ambil kira bawa kerja balik rumah..buat malam2..siapa jadi suami Ira nanti tahu lah..siap lah dia kena tolong Ira buat BBM / Teaching Aids :p

Salam Ramadhan~

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails