.Awesome Blogger.

Saturday, January 31, 2009

. Kena Tag dr Qeema!!huhu..+_+ .


ni jwpn jujur ni...hukhuk...tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg sudah tiada...hukhuk...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu???

family , my love , study , duit , hp , laptop , bestfwen

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??

ink printer , pmbalut warna ijau utk buku log pengakap , cellofan tape , pembalut plastik yg jernih tu...huhu..baru beli kul 9 td...

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??

impian???kat umah sndri je kot sbb my mom ckp kalo wat kat umah meriah than hotel atau dewan...hekhek...=P

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?

da 7bulan...insyaAllah bulan jun nti anniversary kami yg setahun!!!=)

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??

erm...hekhek...nampaknya begitula...+_+

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??

mkn mlm???sy jrg mkn mlm di luar...sbb jrg kuar mlm...waaaa..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli

novel ungu karmila by ramlee awang murshed ngan buku utk sem ni..tajuk xigt la..sbb smua subject da kena beli....hukhuk...

8. Apakah nama penuh kamu?

Nor Nadhirah Binti Mohd Sarifuddin

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??

mak...hehe...tp sayang ayah juga!!!

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertamakalinya??

cpe ek...xleh pk lagi...hukhuk...

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.

Nurul Nadia Ab Rahaman

Norhaslinda Abd Razak

Marizuana Mat Daud

Rozaibaah Che Amat

( bestfwen yg dok kat puchong sbb kami skolah sm2 )

Mariam Zainon Mohd Adenan

( ni kakak yg sgt baek..hikhik...dl sm2 blaja kat IPGM skg die da pindah IPGM lain..sedey..!!)

Fatin

Keyrie

( ni gang kat IPGM skang...)

Nora Asheera Mohd Nazif

( ni dormate kat tec BP dlu...skg ni mmg sll cntct ngan die )

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??

yap kalo kat ostel...kalo kat umah mesin bsuh yg tlg bsuh baju..hehe

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

tokyo japan n paris sbb nak gi disneyland!!hehe...

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

nama die Nur Raqeema..

die kwn baik kepada adik my love..haha...

die blaja kat poly shah alam..

amik mechanical engineering...fuyooo!!=p..

ktowang pnh jmpa wat ptama kalinye kat mid taun lps n dia sll dikenakan oleh sy,...ahaha...

15. 8 perkara yang amat saya gilai?

handphone

kasut

hand bag

baju

jeans

aksesori like gelang , rantai

novel!!

makanan!!

tudung mcm2 kaler..ni tlbih 1..haha..

16. Pelukan atau ciuman??

pelukan sbb bleh peluk lama2...hahahha...jgn pk bukan2 ea..hikhik

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??

yeke??

xmooo!!

ye2 suke2..

gudnite...

luv u..

muah3..

nak3...

hahahha..

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

novel ungu karmila

novel andai itu takdirnya

novel bagaikan puteri

n buku Edu tp baru belek2 la...huhu

haa buku ilmu pengakap...hukhuk..

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??

terima kasih cinta by afgan

puspa by st12

tanpa by sixth sense

im yours by jason mraz

kasih kekasih by inteam

bila terasa rindu by dafi

lelaki ini by anuar zain

sampai syurga by faizal tahir

20. Mari men'TAG' 8 orang lain...

K.Mariam

linda

Nad

nak tag qeema blk dia da jwb..haha...

tu je la kot...


thx qeema krn tag akk....

len kali tag la agi..hehee...=p

until we meet again...^_^

Wednesday, January 28, 2009

. Sampai Hujung Nyawa...=) .

1st of all..

for all my bestfwens..

nurul , linda , marie n rozai...


thank u so much..

4 being here..

4 listening..

4 lend me ur shoulder..

4 cry together...





4 happy together...


4 laugh together...


4 fight together...

n so on...

ur friendships means a lot me..

bertahun2 kt bsama..

byk btol kisah2 manis n xkurang juga kisah2 pahit..

bergado , bermasam muka , bergelak ketawa , bergosip bersama n mcm2 lagi la..

sorang sedih yg lain pon sedih...

sorang happy yg lain pon tumpang happy...

love u all so much!!!

smuanya kerana persahabatan..

yg ikhlas dr hati n insyaAllah ianya akan kekal selama-lamanya...

sampai hujung nyawa...


until we meet again...^_^


Monday, January 26, 2009

. Kerana Sebuah Buku .

kerana sebuah buku ni la..

aku terpaksa mengharungi segala kesusahan n kepayahan..

menaiki kereta dr rumah ke bukit jalil...

park kat sana then naik rapid KL ( nama lain star LRT )...dr bkt jalil ke bndr tasik selatan...


kemudian dr bndr tasik selatan, tukar kpd KTM yang lambat n ramai owg...hukhuk...

tgk tu...pnye la pack...pdhal tghari..

n ramai owg blk kg...cuti kan...

tp tetap ramai...

dgn xda aircond dlm ktm tu...rs cam kena panggang jek...hukhuk..

ape la nk jd dgn pgangkutan awam ni..

aritu dgr2 cam Pak Lah nak upgrade kan KTM ni..

tp xtaula kan...

eh membebel psl KTM plak...

akhirnya KTM yang terhegeh2 tu dpt gak bw aku gi mid valley...

smpai di mid valley yg ada sebuah gedung buku MPH yg besar...wawa...

kat sn cari pnye cari pon xjmpe...

then tnye owg je la..

hari sblmnye aku ke tesco puchong....

kerana sebuah buku ini la aku dipandang slack oleh seorang wanita ( wanita ke??gaya cam blom kawin ) yg sgt la kerek ms aku tanye psl buku ni kat sbuah kedai bernama "profesor"...

yg sorang tu ok , yg sorang lg tu kerek..

then bl aku ckp aku ni guru pelatih lg muka xleh blah..

pdhal dia yg tnye npe nak sgt buku tu..

then aku ckp la aku study kat IPGM..n kena blaja psl pengakap ni..

almaklumlah nt bl da posting kt skola aku kena jd pemimpin pengakap kanak-kanak ( ni lcturer yg ckp ea...)

terdetik dlm hati...apsal muka aku ni xlayak jd cikgu ape??hukhuk...


sblm2 tu ...


kerana sebuah buku ini la aku ke hulu ke hilir mncari kedai buku...


kat popular pon xder...


pelik bin ajaib sungguh..


tp xpela..


akhirnya aku berjaya juga membeli buku ini...


puas hati akhirnya..


senang nk wat keje...hukhuk...


until we meet again...^_^

Sunday, January 25, 2009

. Bunga Yang Cantik .


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..

" Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?

Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.

Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.

Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina.

Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.

Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran..

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53

renungan bersama...=)

until we meet again...^_^


. No Need .


tak usahlah sebut pasal cinta....

jika sebenarnya kau x ambil kisah...

tak usahlah bercakap tentang perasaan...

jika ia sebenarnya tak berada di hati...

tak usah menunjuk di dada...

jika berhasrat melukakan hatinya...

tak usahlah memandang anak matanya...

jika mahu berbohong padanya...

tak usahlah katakan dia satu- satunya...

jika ada orang lain berada di sisi...

tak usahlah kunci hatinya dengan kata cinta....

jika lahir dari jiwa yang dusta....

tak usahlah memuji sesuatu yang jauh...

selagi kita tak dekati dan kenalinya....

tak usah ucapkan 'hello' padanya...

jika 'selamat tinggal' menjadi penamatnya...

tapi...

fikirkanlah...

renungkanlah...

hayatilah....

apa sebenarnya tersirat di hati...

sepertimana...

hati...

jiwa...

keinginan...

nurani..

dan

perasaan...

yang berada dalam diri...

yang mahukan kebahagiaan abadi..."~

until we meet again...^_^

. sTriCt LeCtuReR!! .

erm...

wan 2 know wat??

i hav a subject in english this sem..

so da lecturer also from english department laaa...

pttnye lcturer pend khas yg ajar..

tp disebabkan in english so other lecturer yg take over..

her name , ____________..then we call madam...hukhuk...

u know wat..

1st time msk...

da suh ktowang g library...

cari reference book yang ada dlm pro forma ( pro forma ni mcm rancangan pembelajaran subject utk 1 sem la)...

then ktowang gi la..

of course the book in english...( nama pon blaja in english...hukhuk )

cari pnye cari... nk sng cari guna OPAC( enjin carian yg bekalkan mklmt buku yg ada kat library ktowang yg tcinta ni)...cari pnye cari...xder!!!!!!!!!hukhuk...

mula la rs mls...then gi je kat rak yg byk buku pend khas...

tajuk yg btol2 dlm reference pro forma tu xda...tp amik je yg ala2 nak dkt tu...

then madam ni pon dtg kat library..

nak tau ape dia kata??

u all kena beli smua buku tu....

tau x 1 buku how much???

between 150-500 tau x...tu 1 buku je..

aku kira ada 6-7 reference book yg disyorkan...

gile arr...huhu...xkan just tuk subjek sem ni kena beli smuanya??

subject yg lain pon kena beli gak buku nt...waaa...

da la allowance xmsk...

sem ni sgtla tunggang langgang..

dgn dpt lecturer cam ni...

ape la nasib...

ku berserah....=(

until we meet again...


Saturday, January 24, 2009

. Yang pergi tetap pergi buat selamanya .



sedih...

tu la perasaan yg aku alami time dpt berita tu...

then automatic tbayang muka my dad...

camne la aku kalo aku yg kena hadapi smua tu..

ajal maut jodoh semua ketentuan Allah...

nak x nak...smuanya kena dihadapi dengan tabah dan sabar...

then ptg tu juga aku bgegas blk ke umah...

bukan ape...

sekadar sokongan seorang sahabat kepada sahabatnya...

cuma tu yg mampu aku lakukan...

n harapan aku bila time aku yg kena hadapi smua ni...

kawan2 ku juga akan wat benda yg sm cam yg aku wat...

its not a big deal...melaka - puchong...

hanya orang yg benar-benar bersahabat mengetahuinya...

takziah buat sahabatku...marizuana sekeluarga...atas pemergian ayahanda tercinta...

semoga tabah n sabar dalam menghadapi smuanya...

ada hikmah di atas semua yg terjadi...

hanya itu yg mampu ku katakan...

smoga bile tibe masanya utk aku...

aku berharap aku akan menjadi lebih tabah...

insyaAllah....

until we meet again...




..Pengakap...



isnin - 20 jan 2009

ktowang ada unit beruniform pengakap kul 4 smpai 6 act..tp 515 gtu lecturer da bg lepas...hehe...

biasa la kena pndai bodek dpt la lps awl..hihi..

then ms pjumpaan tu ktowang ada blaja psl lagu pengakap kanak-kanak...

tajuk dia " di sini senang "

ni lirik dia...

" di sini senang "
" di sana senang "
" di mana2 hatiku senang "
" di sini senang "
" di sana senang "
" di mana2 hatiku senang "

then ktowang pon nyanyi la dgn pnuh smangat ms awl2 tu..

pastu msk plak psl organisasi pengakap dunia..

dok salin2 pastu da kul 5...

sblm lcturer lpaskan ktowang..

kena ag skali nyanyi lagu tu pastu ada 1 lagu yg lain...

lirik dia xigt...( len kali br letak ea...hihi )

ktowang pon nyanyi2 n lcturer tu pon nyanyi gak skali...

tp yg plg xtahan tu smbil nyanyi lcturer tu bley menari2 dpn ktowang..

lcturer tu plak bujang n single lagi..llaki...=p

hahaha...aku gelak mcm nak pecah perut sbb sgt lawak...

klakar plak tgk lcturer gtu..
mcm la ktowang ni budak2...hehe..

besala mcm2 owg ada kan....

tp respect la sbb dia slumber gle je...hihi...pastu dia kata suara sdp x sdp xpnting...

yg pnting nyanyi dgn happy...kiki...=p

until we meet again...^_^

Monday, January 19, 2009

....~" NeW SeM ~"...



stat mula sem baru 5 jan 2009..


ala sm cam dak skola mula stat skola..hukhuk..


pnt btl mgemas blk yg bhabuk..


almaklumla cti sbulan lebih kan..


ari 1st blk mmg letih la..


kalo kat umah mmg ari2 tdo lmbt tp bl kat ostel kul 12 da ngantok..hihi..


pnt agaknye mgemas siang tu..


then bila stat kelas esoknye, jadual wktu sem ni da dpt..


waaa...packnye...hukhuk..


tp byk gak ISL ( individual self learning @ dok blk tdo la..hikhik)..


tp kalo ada tutorial tu pndai2 la cr ms lain wat keje tuh..huhu..


pastu sem ni blaja subjek Pend Khas..ada ke ptt in english..5sem aku blaja in bm tibe2 sem ni blaja in english...wahhh sgt terkejut...


tp nak wat cane...kena amik sbb tu subjek major aku..


pe nak wat...kena gak blaja...pastu ada plak subjek anatomi n fisiologi..


ala2 biologi tp psl anggota tubuh badan...hukhuk..


so tired n sgt ssh la..


alhamdulillah pointer sem lepas mkn naik..


tp bl tgk subjek sem baru ni...aku makin takut..makin tenshion..


camne la pointer sem ni..hukhuk..


walau pape pon..


aku kena hadapinya dgn tabah...hope2 aku berjaya mghadapi dengan baik..


n kena study hard from now..


wish me luck ya..=)


until we meet again..^_^

Sunday, January 18, 2009

…Kenangan Bersama…


kenangan bersama…


arwah Nur Hashikin Semidi..


setelah hampir 4thn dirimu bersemadi dengan aman di sana..


kenangan bersama masih menggamit dalam ingatanku..


perasaan bersalah masih menyelubungi..


mungkin kerana kata-kata terakhir yg ingin diperkatakan tidak dpt ku luahkan…ketiadaanmu cukup terasa…hmm…


maaf..tahun ni kami tidak dapat beraye ke rumahmu…


kekangan masa yg menyebabkan raya tahun ni berlalu dengan sendirinya…


diriku masih terkenangkan keadaan dirimu sewaktu koma di wad ICU…


mungkinkah ada ruang untuk kt menghabiskan masa bersama seperti zaman persekolahan dulu???….


diriku terasa sayu dan pilu mengenangkan hasrat dan impian dirimu yg tidak kesampaian…


teringat drimu..teringat jua diriku kepada cikgu kt yg tersayang…


puan fazidah…sudah lama aku tidak menghubungi dirinya…


terasa aku begitu lalai dengan kehidupan sendiri…


aku mengharapkan agar dirinya bahagia bersama suami dan anak-anaknya…


terasa begitu rindu dengan kenangan bersama…


alangkah bahagianya jika dapat kembali ke zaman persekolahan…


namun kehidupan perlu diteruskan….


semoga arwah hashikin aman bersemadi di sana…al-fatihah..



until we meet again...^_^

i'm new here!!=)



1st of all..

assalamualaikum n salam sejahtera...

welcome to my blog!!!!=)


im new in writing a blog..


tp rs best plak ada tmpt nak meluahkan isi hati n wat i feel to the others..


so i decide to start writing..hehe..


so this is my 1st entry..


to anyone who read this..


hope u will enjoy and happy always..




until we meet again.. ^_^


. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails