.Awesome Blogger.

Tuesday, July 30, 2013

.Iftar di Halia,SDCC.


Reminder : Entry ini mengandungi gambar makanan tau..sorry :)

As salam..last week kot ira iftar di sini..act ada reunion iftar TIKL (sekolah teknik) tunang Ira kat restoran Halia,Sime Darby Convention Centre area Bukit Damansara ni..dia bw ira jd dptlah iftar kat sini hee kalo sendiri nak pergi memang tak la heee tak silap ms organizer y book ni dpt early bird promo so murah sikit..rate sbnr iftar dlm 90++ kot..haritu rsnya ada promo kat groupon utk iftar kat sini dpt 65+ per pax..lg murah dr y En Tunang byr heee


Makanan sgt banyak..ada nasi arab so ada kambing bakar tu..ada tandoori,nasi campur,sata,ikan bakar,sate,ada 1 stall japannese food n banyak lg stall dia..desert pon best..ada aiskrim goreng lagi hee air pon banyak choice gak ada sejuk ada panas pastu ada air tembikai fresh hee..berbaloi la mkn..yang xberbaloi perut Ira tank kecil heee surau pon ada n selesa..so ira bg 8.5*/10*..parking sng cm jalan jauh sikit utk amik mknn dlm dewan y tertutup tu..so far best la ;)




Kalau ada yg teringin nak iftar kat tempat best sikit rasa kat sini recommended!heee

Salam ramadhan ^^

Saturday, July 27, 2013

.Iftar.

Selamat berbuka puasa ;)

Pss : Jom rebut peluang beribadah sebelum ramadhan bakal berakhir..

Wednesday, July 24, 2013

. Doaku.



“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat kelak kerana ia akan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah..Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

Saturday, July 20, 2013

.DIY : Bunga Pahar Bunga Tisu.


As salam.. salam ramadhan al mubarak kepada semua...sorry lama tak update n lama x blogwalking..huhu InshaAllah bila hampir tiba masanya untuk walimatulurus ira n tunang nanti ira akan bgtau dan jemput ye :)..

So kali ni nak update tentang preparation untuk my wedding day..bride to be mesti selalu dan dah tahu tentang bunga tisu kan?heee

Ira pon tak terkecuali lah nak cuba dan buat keputusan nak buat sendiri bunga telur untuk letak kat pahar nanti menggunakan bunga tisu ni..hihihi terpesona sebab dia kembang cantikkkk hee pastu sambil2 jimat kos :p lagipun selalu orang buang kan lepas ambil telur tu..sob3...


Ira guna tisu royal gold..pink n kuning..ada lg 1 warna biru n putih..


Gambar mula dari kanan atas yea..

1. Untuk tisu royal gold pink kuning ni, kena bahagi 2 dan gunting dahulu..
2. Susun beberapa helai, dlm 6-8 kalo tisu biasa, kalo mcm tisu royal gold ni ira letak 4 helai je selang seli warna, sbb 1 helai dah ada 3 lapis so dah jd 12 lapis.
3. Lipat mcm lipat kipas
4. Ikat tgh2 tisu yang macam kipas tu dengan dawai.
5. Kembangkan sedikit bahagian tepi so nanti senang nak tarik, tarik per lapisan ke atas sehelai demi sehelai smpai habis, siap ;)

kalau tak faham leh google lagi..ramai buat DIY bunga tisu ni heee..


Ikat dengan lidi, letak riben, net untuk telur dan lilit dengan pelekat bunga tu..dah siap heee :)

Selamat mencuba..


Tuesday, July 16, 2013

.10 perkara untuk anda tahu.



10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu


Salam..ira terbaca artikel ni n rasa mcm sgt menarik untuk dikongsikan bersama..mana yg baik kita hebah2kan untuk sesama kita okay..

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sumber : Myberita

Pss : Mana yang boleh kita hindarkan dan elakkan tu cuba la buat bersama-sama okay...wallahualam..

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails