.Awesome Blogger.

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

.DIY : Bunga Pahar Bunga Tisu.


As salam.. salam ramadhan al mubarak kepada semua...sorry lama tak update n lama x blogwalking..huhu InshaAllah bila hampir tiba masanya untuk walimatulurus ira n tunang nanti ira akan bgtau dan jemput ye :)..

So kali ni nak update tentang preparation untuk my wedding day..bride to be mesti selalu dan dah tahu tentang bunga tisu kan?heee

Ira pon tak terkecuali lah nak cuba dan buat keputusan nak buat sendiri bunga telur untuk letak kat pahar nanti menggunakan bunga tisu ni..hihihi terpesona sebab dia kembang cantikkkk hee pastu sambil2 jimat kos :p lagipun selalu orang buang kan lepas ambil telur tu..sob3...


Ira guna tisu royal gold..pink n kuning..ada lg 1 warna biru n putih..


Gambar mula dari kanan atas yea..

1. Untuk tisu royal gold pink kuning ni, kena bahagi 2 dan gunting dahulu..
2. Susun beberapa helai, dlm 6-8 kalo tisu biasa, kalo mcm tisu royal gold ni ira letak 4 helai je selang seli warna, sbb 1 helai dah ada 3 lapis so dah jd 12 lapis.
3. Lipat mcm lipat kipas
4. Ikat tgh2 tisu yang macam kipas tu dengan dawai.
5. Kembangkan sedikit bahagian tepi so nanti senang nak tarik, tarik per lapisan ke atas sehelai demi sehelai smpai habis, siap ;)

kalau tak faham leh google lagi..ramai buat DIY bunga tisu ni heee..


Ikat dengan lidi, letak riben, net untuk telur dan lilit dengan pelekat bunga tu..dah siap heee :)

Selamat mencuba..


Thursday, November 22, 2012

.DIY : Guestbook.


Salam :)

Baru berkesempatan update heee sorry..ini pun sebab cuti sekolah kalau tak, tak update kot..ehehehe..

Baru je lepas siapkan Guestbook my bff masa kat Ipg dulu....bukan guestbook Ira daaa..:p..wedding dia bulan disember ni....ni pon buat sebab dia yang minta buatkan..kalau tak, tak kuasa i..hahaha :p...

Serius nak do it yourself memang seronok tapi bila malas tu datang, alahaii tak boleh nak buat apa la..utk sebuah guestbook ni je 3 bulan ye..hahaha..sedangkan nak siapkan tu sebenarnya tak sampai seminggu la Ira rasa kalau semua barang ada...hihi..tapi sebab malas kan, tu yang sampai 3 bulan =.=

untuk bride to be, just do it yourself je kalau nak save bajet..semua barang ni Ira beli kat Daiso :p.. so anggarkanlah berapa semuanya...below RM50 cuma masa dan tenaga tu la priceless :)

Tak la cantik mana tapi Ira harap my dear bff tu akan happy bila dapat guestbook ni :))

 watermark pon malas nak letak..semua malas..huwaa :p


Buku tu guna drawing book so kertas tu ala2 kertas lukisan..tebal n for me Ira suka je..:)


Psss : Ira dah rasmikan 1st page dengan ucapan berjela tu hehe..terpaksa 'blur' sebab tuan punya badan tak baca lagi...btw, gambar tu ms zmn muda-mudi hihi..oh noo, im not younger anymore :p.. tak amik tempahan tau, ni suka2 je ni :)

Papai and see you when i see you!





Friday, March 30, 2012

.D.I.Y.


Salam semua.. :)

Heee..Terima Kasih semua yang sudi LIKE gambar Ira..:)

Ehem2.. entry WW#18 tu Ira tak ada hint apa-apa pon yea..lambat lagi nak kahwin..heee...saja je letak sebab rasa macam sweet sangat..heee..terima kasih juga la yang doakan Ira cepat kahwin..amin..heee ;p

Minggu lepas mood rajin Ira muncul dengan girangnya..haha ;p..jadi terhasillah sehelai tudung bawal dua tone bidang 45 yang Ira beli kosong tanpa ada manik sebagai hiasan telah selamat di 'make over' oleh Ira sendiri menggunakan jahitan tangan yea anak-anak sekalian...;p

  Semestinya menggunakan tema ' buat sesuatu sendiri' atau ayat pasarnya 'Do It Yourself (DIY)'

Buat kaum hawa yang ingin mencontohi Ira untuk belajar menjadi 'bakal' isteri Mithali..kuikui..mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan :

1. Tudung kosong tanpa hiasan 
2. Lace / bentuk bunga ke labuci ke yang anda suka..pemilihan warna juga ditangan anda..bukan di tangan Ira yea..;)
3. Jarum jahit, jarum peniti
4. Benang yang sesuai
5. Gunting
6. Bantal kecil (suka hati nak guna ke tak ;p)


Bila semua bahan telah tersedia...jadikan bantal sebagai alas untuk memudahkan sesi menjahit..letak tudung di atas bantal..ukur hiasan bunga ros yang ingin dijahit sama ada sesuai atau tidak dengan panjang tudung berkenaan dan bermulalah proses menjahit hiasan bunga ros tersebut di keliling bahagian tepi tudung anda menggunakan jahitan yang anda sukai..;p..

Akhirnya ianya akan kelihatan seperti ini..

Tadaaaaaaaa...


 close up..


Cantik tak?cantik kannnnn..hee....nak beli macam mahal kot..buat sendiri lah sebab jimat sikit (orang tak ada gaji memang kena jimat cermat sob3)

UPDATE : Boleh beli baby roses ni kat SINI ni :)

Pss : Jangan puji Ira!! mood rajin datang memang tak boleh ditolak..harap maklum :)

Psss lagi : Selamat Berhujung Minggu :D



Friday, June 10, 2011

. Mood = Gataiiiii :P .



salam..

sebelum tibanya malam yang akan mengumumkan 3 pemenang My GA, Ira pulak rasa dup dap dup dap siapalah pemenang yang bertuah tua yea..hee..tunggu selepas jam 10.00 tau!:P

berbalik ke tajuk..hee..siapa yang gataii ni?? Of course bukan Ira..hakhak..:P

Korang kot.....huuu..

ehem2....................

tadi Ira sempat la baca 2 blog bride2be yang dah selamat jadi isteri orang dah pun..

besttnya lah diorang deco sendiri hantaran dan DIY beg kertas untuk tetamu, bunga tangan dan macam2 lagi lah!! cantik pon cantik, jimat pon jimat kan..

rasa macam nanti my turn, nak DIY gak la mana yang boleh..hee..

Jari jemari ni kan berseni, huahua..tu pon kalau jadi lah kan..

banyak benda yang rasa macam biasa2 je tapi bila da touch up dengan riben jadi cantik wooo..boleh cuba ni... tp kena mula awal le..kang kelam kabut pulak kan2..

so boleh mula praktis untuk seni kan jari jemari ni..


ok 1 , 2 go...........!







tadaa dah siap.. :P...



comel tak? hee..disebabkan lambat lagi nak kahwin kan kita DIY untuk raya dulu la..hee..

balang kuih raya vantage! :)

siapa nak order boleh contact Ira..

1 balang, rm 50.. hakhak...

* Tipu JEEE *



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails