.Awesome Blogger.

Showing posts with label motivate~. Show all posts
Showing posts with label motivate~. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

. Bila Hujung Minggu Tak Balik Rumah .



weekend datang lagi..

tapi kali ni menjadi boring seboring2nyaa...

sebabnya tak balik rumah..

sejak daftar utk sem baru ni..

tiap2 minggu saya pasti tiada di ostel..hee..

ada je tempat yang akan saya pergi..

seperti pulang ke rumah, pulang ke kampung dan pergi ke rumah pak ngah..

tapi kali ni..

saya meniti hari2 di hujung minggu di ostel yang ter
CINTA!

rasa sangat
heaven sebab duduk sorang-sorang di bilik..sob3

boleh pasang lagu kuat-kuat..boleh kemas bilik lama-lama..boleh tidurrr lama-lama..haha..

yang penting boleh buat apa saja!

heaven2!

tapi agak bosannn..

walaupun saya cuba menceriakan diri saya sendiri..

hajat di hati nak membuat kerja-kerja tertangguh..

tapi bila dapat wifi sesat saya menjadi leka..huhu..

camna ni??

bila saya intai tingkap di bilik saya..

tengok adik-adik jr keluar berjalan-jalan..bila balik kiri dan kanan tangan penuh dengan plastik..mentang2 lah dah dapat elaun!saya punya turn bakal menjelang tiba..sabar2...huu..

ape-ape pon..

just smile...:)))))))



Sunday, August 9, 2009

. Pejam celik , pejam celik.. .


salam n heyya readers~

sihat ke semua??

hopefully semuanya sihat n ceria2 selalu okey!

pejam celik , pejam celik..

wah sekarang da masuk ke bulan ogos @ bulan syaaban..

sekejap je masa berlalu kan..

tak lama lagi ramadhan n syawal akan menjelma..

me mula la muhasabah diri...

macam2 perkara dah dilalui..

samada yang suka mahupun duka..

apa2 pon..

dengan kedatangan syaaban yang barakah ini..

jom kita sama2 lebih beramal!~



KELEBIHAN BULAN SYAABAN


Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhnya bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistimewaan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya”

1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah iaitu nabi Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga . Al-Hadith

4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah bulan Syaaban. Al-Hadith

5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith

6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam golongan manusia:

a. Orang yang kekal minum arak

b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa

c. Orang yang kekal dalam zina

d. Orang yang banyak berkelahi

e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya

f. Orang yang mengadu domba

7. Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. Al-Hadith

9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

sumber : ustazalong

selamat beramal~




Sunday, June 28, 2009

. Addicted .




Hello2!!

Happy Sunday to all of u..

Lega skit presentation separuh da siap..tapi stil ada lagi yang tak siap..

Malas nak wat..hehe…

Takpela…hujung minggu kan..relax2kan diri dulu..

Kalo tak..lagi stress..

Tak tahu la nape ek skang ni..

Addicted sangat2 ngan novel Rnysa..”Relevankah aku dihatimu”..@ RADHA..

Sape pernah baca??

Ada yang kata biasa2 aje…tapi 4 me..memang syok la..

Kisah tu terkesan sangat kat hati ni..

Ada makna ke ea??cheewah..haha..

Actually novel ni dah lama..

Diterbitkan pada tahun 2006..

Tapi masa tu tak perasan plak..

Just baru2 ni baru berkesempatan baca..then trus beli novel tu..

Memang ketinggalan zaman kan??

Apa nak wat…redha je la..haha…

Puncanya terbaca kisah tu dalam blog penulis RADHA tu.. http://rnysa.blogdrive.com

Bila dah syok2 baca..tengok2 dalam blog they all da kawin..dalam novel belum plak..

Rupanya2 dalam blog adalah sambungan dari novel tu..

Sangat2 addicted la..

Tak sabar nak tunggu ianya dicetak…

Tak puas la baca secara on9..

Huhu…

Banyak cengkadak kan??

Haha..

Tapi serius..

Memang best..

Dan sangatlah terkesan di hati..

Secara tak langsung..saya telah ditarbiahkan..haha..

Banyak benda yang saya tak pernah tahu..tapi jadi tahu bila baca kisah tu...

Tak faham??

Cuba la baca novel tu..

Dan ikuti kisah dalam blog penulis novel tu..

Tapi..

Ianya mungkin sesuai..

Untuk orang macam saya la..

(^_^ )v

Saturday, June 27, 2009

. Baru bermula..tapi.. .


semester baru saja bermula..

tapi..

tahap tekanan semakin hari semakin meningkat..

huhu..

mengalahkan masa dapat assignment setimbun plak..

semua nak presentation, presentation n presentation...

semester baru menjanjikan sesuatu yang berbeza...

yang dianggap pembaharuan yang boleh meningkatkan lagi kematangan2 kami yang tak matang2 ni..hehe

mungkin ini adalah salah satu caranya??

memberikan tekanan supaya kami mampu melakukannya??

ya...ya...ya...

memang kami mampu..

yes we can do it!

fight3..

dan buktikan pada mereka yang tanggapan mereka terhadap kami adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI!

bak kata En Rafi, manusia perlu diberi tekanan supaya dapat berusaha dengan lebih gigih lagi...huhu..

p/s : bz macam mane pon, nak gak tgk BOF smpai abis..xkire2!!!

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails