.Awesome Blogger.

Tuesday, July 5, 2011

. Bersihkan mata je yang mampu... .




salam..

rasanya macam ramai blogger ( yang rapat2 ) mengalami sindrom kemalasan update blog...betul kan?? Ira pon tak terkecuali... T_______T

tambah-tambah lagi dengan kerja yang tak sudah-sudah..selagi tak habis belajar, rasanya semua kerja ni takkan siap kecuali lah ada pari-pari yang tolong siapkan..:)

tapi disebabkan sindrom kemalasan tu...apa pon tak nak buat....heee...

tapi tapi tapi..

ada satu benda yang Ira tak malas...ni juga terapi untuk hilangkan stress yea..:P

iaitu mencuci & membersihkan mata dengan baju-baju cantikkk!huuu...bila nak beli tak dapat kan...tengok pon jadilah...huuu...korang nak bersihkan mata macam Ira juga??




cantik tak???macam suka pulak dress macam ni..tapi masalahnya nak pergi mana??heee...

korang kalau pakai macam ni pergi mana ek???huuu..


psss : nak gi mandi lepas tu nak seru semangat rajin datang......T_____T
ehem2 ke penang....betul ke nak keje kat sana???ehmm...tak apalah..demi kebaikan dia jugaa..



Thursday, June 30, 2011

. Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti .








Ummi – Mat…(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.

Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya

Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu

Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat

Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim

Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni

Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak

Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari

Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak

Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.

Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….


Kredit to Dr. Zainur Rashid




psss : manusia memang tak sempurna...tak kira lelaki mahupun perempuan..apa yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada dan bakal kita miliki...semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Nya..amin..:)


pic source : Mr Google




Friday, June 24, 2011

. Ibuku sudah selamat! Alhamdulillah :D .



salam..

merujuk kepada ENTRI sebelum ini...sebenarnya mak Ira yang sakit...takkanlah Ira yang sakit..nauzubillah...kalau Ira sakit siapa pulak yang tukang update tu..heee..:P

tadi mak Ira dah selamat dibedah...amin..tapi kesian kat mak sebab Ira tak tunggu pon kat luar dewan bedah tu.....sorry mak..:(

sebenarnya Ira memang nak tunggu...ikut perancangan, mak Ira akan dibedah pada jam 2 pm..jadinya memang Ira dan along Ira nak ke hospital pada waktu melawat tengahari iaitu jam 12.00...tup tup mak Ira call cakap kejap lagi mak Ira dah kena operate..masa tu jam menunjukkan 11.45 am...tak sempat kami nak ke hospital, mak Ira dah nak kena masuk dewan bedah....dan mak Ira cakap tempoh masanya adalah 4 jam....jadinya along Ira cakap nanti kita datang masa melawat petang lah sebab kalau datang pon mak Ira tak keluar dewan bedah lepastu nanti guard yang jaga pagar nak naik lif tak bagi masuk...guard tu jahat la...:(

lebih kurang pukul 4, Ira pon sampai hospital dan terus ke wad mak..pergi kat katil mak tengok mak dah ada...rupa-rupanya operation berjaya dan habis awal..alhamdulilah...tak sampai pukul 3, nurse cakap mak Ira dah keluar dari dewan bedah...huuuu...sorry mak sebab adik tak ada kat mak masa tu....( sedihhhhh......T_______T )

masa kami datang, mak Ira tidur dan bila along cuba panggil mak, mak...mak Ira pon sedar tapi masih mamai lagi...ubat bius tu masih beri kesan dan kami pon suruh mak tidur dan rehat...

masa tu rasa macam gembira dan syukur sangat pada Allah sebab mak Ira selamat...:)..kalau mak korang masuk hospital dan kena bedah nanti korang tahu la macam mana rasanya..dah lah Ira suka fikir bukan-bukan...issshhh...huhuhu.....alhamdulillah Allah makbulkan doa Ira dan kawan-kawan yang doakan mak Ira... ( status kat Fb )...terima kasih sangat yang mendoakan mak Ira...:D

jadinya sekarang ni Ira di hospital dan sedang menjaga mak Ira...mak Ira dah boleh bercakap sikit-sikit dan sedar juga lah orang datang melawat....ramai juga yang datang tadi walaupun mak Ira masih dalam keadaan mamai...ada ayah Ira, jiran-jiran kat rumah, m.ndak ira, jiran m.ndak, adik m.ndak ( m.ndak adalah isteri kepada kembar mak Ira ) dan ehem2 Ira yang bawakan kebab dan buah untuk Ira..:P

terima kasih sebab sudi melawat mak Ira dan mendoakan mak Ira selamat...semoga Allah yang membalas jasa kalian...mungkin mak Ira boleh keluar dari hospital pada hari Isnin kalau tak ada apa-apa masalah lain..:)

psss :
Ira macam tak boleh je tidur kat hospital ni sebab kat sebelah ni ada pesakit yang baru pindah dari ICU...tapi tak ada pon ahli keluarganya??bunyi monitor dan bantuan pernafasan tu kuat dan agak mengganggu juga..pesakit tu masih dimonitor, diberi bantuan pernafasan dan Ira dengar pesakit tu ada MRA...apa itu??lepas tu Doc bertugas cakap pesakit sebelah katil mak Ira ni tak boleh duduk kat sini sebab takut mak Ira dan pesakit depan ni kena infection...risau balik dah ni..:(

Ira siap bawa tikar, comforter, bantal kecik ira konon-konon nak alas tidur kat lantai ni..tapi macam tak jadi je nak bentang..hukhuk...kalau katil sebelum mak Ira pindah ni macam ok sikit sebab wad kelas 2 dalam bilik, privacy sikit..ni mak Ira terpaksa pindah wad kelas 3 sebab nak kena operate dan senang nurse nak tengok....kat sini betul-betul depan meja nurse dan orang lalu lalang...rasanya Ira tak tidur kot malam ni.....tak pe la kot...janji mak Ira sihat kan..doakan tau!



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails