.Awesome Blogger.

Friday, April 6, 2012

.Asuhan.


salam semua..

maaf hampir 5 hari tak update..sibuk + line broadband celcom macam siput sedut + blogger profile pon bermasalah..

jadi tuan punya blog pon bermasalah lah nak update..hee

just entri ringkas untuk hari jumaat yang penuh berkat ini..

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'..asuhan yang dididik dari kecil akan menjadi amalan bakal pemimpin kita di masa hadapan..mudah-mudahan..:)


comel sangat anak-anak ini..:)..

Selamat berhujung minggu..



Monday, April 2, 2012

.Love Story.


Salam semua..:)

Kredit Pic : Here

Setuju tak?heee...kaum hawa yang selalunya 'terjerumus' dengan keadaan yang sebegini...tapi tapi tak semestinya kaum adam juga terkecuali...

Kunci utamanya di sini...terima diri dia seadanya...mana yang rasa kurang berkenan di hati...slow talk and be honest..selalunya kalau dia sayangkan awak sangat-sangat..si dia akan cuba berubah menjadi apa yang awak inginkan...mencuba itu sangat penting yea...usaha tu yang kita nak lihat...tapi biarlah perkara yang munasabah kan..

Apa pon..bersyukurlah dikurniakan seorang 'teman' yang menyayangi diri kita seadanya...mungkin kita rasa dia tak 'romantik' macam Seth Than dalam drama Nora Elena, mungkin kita tak rasa dia 'macho' macam Zikir dalam drama Tentang Dhiya...tapi kita kena ingat..mungkin dialah jodoh terbaik yang boleh melengkapi kekurangan dan kelemahan diri kita...dan sebaliknya juga mungkin berlaku...diri kita yang sememangnya tak sempurna..dan selalunya diri kita yang lemah (Ira la tu) dalam hal-hal keperempuanan ni...tapi kita boleh cuba untuk belajar dan mencuba sesuatu tu kan..:).. contohnya macam Ira buat benda INI dan INI...belajar benda-benda asas yang sememangnya penting di kemudian hari..:)

Percaya dan berserah kepada takdir tapi kita masih boleh mengubah 'kelemahan' diri kita tu kalau kita nak..;)...pilihan di tangan kita..nak atau tidak..

Jangan mudah untuk berkata 'TIDAK' sebelum anda cuba untuk melakukannya.. :)

*mode = muhasabah diri sendiri*


Friday, March 30, 2012

.D.I.Y.


Salam semua.. :)

Heee..Terima Kasih semua yang sudi LIKE gambar Ira..:)

Ehem2.. entry WW#18 tu Ira tak ada hint apa-apa pon yea..lambat lagi nak kahwin..heee...saja je letak sebab rasa macam sweet sangat..heee..terima kasih juga la yang doakan Ira cepat kahwin..amin..heee ;p

Minggu lepas mood rajin Ira muncul dengan girangnya..haha ;p..jadi terhasillah sehelai tudung bawal dua tone bidang 45 yang Ira beli kosong tanpa ada manik sebagai hiasan telah selamat di 'make over' oleh Ira sendiri menggunakan jahitan tangan yea anak-anak sekalian...;p

  Semestinya menggunakan tema ' buat sesuatu sendiri' atau ayat pasarnya 'Do It Yourself (DIY)'

Buat kaum hawa yang ingin mencontohi Ira untuk belajar menjadi 'bakal' isteri Mithali..kuikui..mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan :

1. Tudung kosong tanpa hiasan 
2. Lace / bentuk bunga ke labuci ke yang anda suka..pemilihan warna juga ditangan anda..bukan di tangan Ira yea..;)
3. Jarum jahit, jarum peniti
4. Benang yang sesuai
5. Gunting
6. Bantal kecil (suka hati nak guna ke tak ;p)


Bila semua bahan telah tersedia...jadikan bantal sebagai alas untuk memudahkan sesi menjahit..letak tudung di atas bantal..ukur hiasan bunga ros yang ingin dijahit sama ada sesuai atau tidak dengan panjang tudung berkenaan dan bermulalah proses menjahit hiasan bunga ros tersebut di keliling bahagian tepi tudung anda menggunakan jahitan yang anda sukai..;p..

Akhirnya ianya akan kelihatan seperti ini..

Tadaaaaaaaa...


 close up..


Cantik tak?cantik kannnnn..hee....nak beli macam mahal kot..buat sendiri lah sebab jimat sikit (orang tak ada gaji memang kena jimat cermat sob3)

UPDATE : Boleh beli baby roses ni kat SINI ni :)

Pss : Jangan puji Ira!! mood rajin datang memang tak boleh ditolak..harap maklum :)

Psss lagi : Selamat Berhujung Minggu :D



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails