.Awesome Blogger.

Thursday, January 6, 2011

. Masa yang dinantikan.. .


Hujung Minggu telah muncul! Yeay.. sangat gembira..hee

Sebabnya boleh bangun lewat-lewat sedikit.. kalau hari kuliah memang tak boleh.. J

Tapi kan..

Ira sedang menghadapi satu keadaan yang boleh diertikan sebagai..

REDHA..


Anda tahu apa itu redha?


Kalau tahu, anda sangat bijak.. kalau tak, cari kamus DBP ok??hee


Ira memang sangat redha sekarang..


Redha diberi bebanan yang tak tercapai akalku..huu.. redha dengan pensyarah yang akan menyelia major dan minor semasa praktikum nanti dan redha juga dengan kajian tindakan yang sememangnya amat perlu difikirkan sekarang..


Juga redha dengan fail MQA yang perlu disediakan untuk 6 sem yang telah berlalu.. huuu


Rasa macam tak boleh bernafas!


* oke tipu aje.. *..


Tapi memang rasa otak dah mampat..


Sememangnya menguji kesabaran, ketabahan dan ketakwaan….ehehee..


Harapnya jalan yang bakal Ira tempuhi akan dipermudahkan oleh Nya..


Ira dah tak nak main-main… Ini adalah tahun terakhir dan amat perlu utk speed up demi menggenggam segulung ijazah yang sikit lagi nak dapat 1st class…. Rugi la kalau hampir nak capai tapi tiada usaha untuk mencapainya…kan2??Mudah-mudahan… amin..


*semester ni ada kuliah bimbingan dan kaunseling jadi ni tengah aplikasi la ni.. ehehe *


Kawan-kawan, doakan kejayaan kita bersama oke!


Good luck untuk yang berada di tahun terakhir..


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..





P.s : rindu nak blogwalking dan baca semua entry blogger lain dan jawab tag dan komen entry2 kamu tapi masa sangat mencemburui.. huu.. I will okeh..





4 comments:

❤nadiah.rahim❤ said...

cepat lah abis tahun ni!!1
hahahha....

Juliet_iRa~" said...

nadia ;
ngeee..
tau xpe.. :)

MiszMaryaNe said...

banyak keja kn kita tahun,
jum2, same2 tertekan, huhuhu

Juliet_iRa~" said...

sis mary ;
tu la..
huu pening2..hee
jom2 stress sm2..haha

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails