.Awesome Blogger.

Sunday, February 20, 2011

. +_______+ .






Hye!


Lamanya rasa tak online..online fb pon tidak…


Sibuk rasanya sampai tak sempat nak jengah blog kesayangan ni..


Petang ni dah kena balik Muar balik…


Berat je rasa nak balik… huuuuuu…


Muar??


Apa yang terkenal kat sana ek????


Setakat ni yang Ira tau bab makan je la..:P


Kopi 434, Mee Bandung, Satay bawah jejantas dan ikan bakar kat Sabak Awor..



Pic source : Mr Google



Tapi satay tu tak pernah rasa lagi..


Sebabnya ianya dimakan pada waktu sarapan pagi..


Kalau Ira, memang pelik..heee..:P


Lagi?


Ada yang tahu tak??


Share please…..


Nak explore Bandar Muar ni sementara masih sempat...heee




Monday, February 14, 2011

. Terajin Update.. :P .



Salam dan hye!


Minggu ni Ira macam rajin pula update..hee..


:P


Kan Ira ada cakap macam-macam benda dah berlaku kan..


Nak tau tak apa??


Cakap lah nak….:P


Antaranya ialah :


· Rumah sewa Ira ni macam horror sikit la..huu..rumah batu yang ada 6 bilik tapi penghuninya ada 4 orang je.. lepas tu kan.. 1 hari masa minggu awal hari tu..pagi tu sebelum ke sekolah Ira memang rasa semua dah bertutup..kipas, lampu..TV pula memang tak ada yang on masa subuh tu.. TAPI…. Bila balik sekolah…kipas di sebelah depan terpasang..lepas tu TV on…maksudnya?? Ira pon tak tahu.. tapi memang tawakal je la..huu..dan memang sentiasa mengaji lepas magrib.. Kalau dulu skip2 sebab malas, pastu konon2 nak cepat buat kerja.. sekarang ni confirm TAK skip.. ada hikmahnya juga kan?heee…


· Ada murid di sekolah Ira tu kena dera dengan ibunya sendiri..sedih sangat dan kesian.. baru darjah 1.. tapi dia agak hyperaktif la.. tak reti duduk diam..abang dia darjah 2 yang mengadu sebab Guru Bimbingan nampak kepala adik dia benjol dan diorang diminta berbohong dengan mengatakan jatuh tapi cikgu ni tak percaya la.. takkan jatuh sampai benjol sangat kan..akhirnya terbongkar…sekarang dah jadi kes polis dan dirujuk kepada JKM..


· Anak-anak murid Ira di kelas Pendidikan Khas Alhamdulillah sangat baik ( dalam konteks pendidikan khas lah ), boleh dengar cakap walaupun ada yang degil dan Ira gembira la nak mengajar mereka sebab diorang boleh hormat kita..


· Termasuk hari sabtu ni , 2 kali ira kena ke sekolah.. huwaaa..Ira nak balik rumah.. macam mana??


· Sekolah yang Ira sedang berpraktikum sekarang.. :)


Kelas pendidikan khas yang dicat warna pink..



· Ira masak sendiri ni hari ahad lepas..hee..masak orang bujang je..:P


Makan tengahari = nasi goreng cendawan + ayam goreng


Makan malam = nasi putih + ayah berlada + cendawan masak air


p.s : Nanti Ira cerita lagi pasal rumah sewa, ada lagi tapi tak berani nak cerita sebab dah malam..huuu






Saturday, February 12, 2011

. Bila konon-konon duit banyak.. :P .



Salam dan hye!


Apa khabar??


Semoga korang semua sihat-sihat selalu..


Ni Ira ada masa sikit nak update, Ira update.. Kalau tak, harap maklum lah yea..heee

Apa aktiviti korang tadi??


Mesti ada yang dating , tengok wayang, jalan-jalan, shopping kan?huu..


Ira kena ke sekolah pagi tadi sampai tengahari..


Ada Larian Perdana Mahkota sekali dengan merentas desa..


Minggu depan pulak ada sekolah ganti hari sabtu juga..sob3.. +_______+


Nak balik rumah!! :(


Hari tu sebelum balik ke rumah sewa, Ira sempat la bershopping...


Konon-konon tengah banyak duit la..haha..tapi rasanya memang satu keperluan laa..ahaks…:P


Ni yang Ira beli..heee




Ada novel, ada hadiah kahwin, ada kasut, ada catridge printer, ada tisu lembap guardian..


Novel tu 2-2 tak baca lagi..hee..ada kat rumah dan tak sempat kot nak baca sekarang ni..ni keperluan ke kehendak?haha..kehendak yang suka membazir..:P


Pastu kasut tu nak guna masa praktikum ni..Ira beli 2 pasang dengan harga RM 39.90.. murah kan?? Brand XES.. hari tu ada sale beli 1 percuma 1.. Ira beli la terus.. tapi yang putih tu tak pakai lagi.. slumber je kan Ira beli kasut kaler putih nak pakai pergi sekolah..:P..korang jangan ikut tau..huu..


Hadiah kahwin tu untuk kawan Ira yang dah selamat melangsungkan perkahwinan pada 6 hb yang lepas.. Yang lelaki tu kawan Ira masa kat Teknik dan yang perempuan tu kawan Ira kat IPG..hee..dunia ni sangat kecil kan???


Catridge printer tu memang keperluan yea..huu..


Sape ingat kain baju ni?heee..







Ira kan memang nak sangat baju ni.. akhirnya, Ira dapat beli! Yeayyyy suka sangat! Made in Surabaya tau..heee..Ira beli thru Blogshop On9.. Cantik tak?:P


Ni la kawan Ira yang dah selamat menjadi suami isteri.. sebaya dengan Ira, 23 tahun.. Bila turn Ira pula??Ermmmm…Tak ada jawapan lagi..heee... jangan tanya dah! :P






Korang ada shopping tak bulan ni?? Beli ape? Jangan membazir macam Ira tau..Jumpa lagi..:)



p.s : Nak makan aiskrim! T_______T





Friday, February 11, 2011

. Hujung Minggu Mula Muncul .


Salam semua..


Baru hari ni dapat jenguk-jenguk blog..


Bila hari sekolah memang tak sempat..


Banyak keje.. dan ini pon masih ada yang dah tak ikut masa yang ditetapkan..


Esok Ira kena datang sekolah juga…:(


Ada Larian Perdana Mahkota..


Semua sekolah di Negeri Johor terlibat..


Jadinya cuti hujung minggu Ira sekejap sangat lah kan..


Ada hari Ahad je untuk rehat.. dan siapkan aopa yang patut..


Tadi Ira baru makan nasi ambang..


Tau tak rupanya macam mana??hee..


Hanya di negeri Johor je Ira dapat jumpa..memanglah kan..heee..



Rupanya macam ni..sedappp..!! :)


Tapi banyak dan tak larat nak habis..


So far, Ira di sekolah ok-ok sahaja..


Tapi ada banyak benda yang dah terjadi..


Tak apalah, Ira belajar dari semua perkara..


Yang penting, Ira tak kacau sesiapa…


Ira kena banyak bersabar 3 bulan ni..


Saya budak baru belajar, macam-macam lah kena hadapi kan..


Doakan ira kuat!!



Sumber pic : Mr Google




Tuesday, February 8, 2011

. Jalan-jalan Singapore & Universal Studio ( USS ) Part 3 .


Bertemu lagi kita di episod terakhir Jalan-jalan Singapore & USS..heee..


Ini adalah Part 3 dan terakhir yea sayangku semua..


Gambar2 bawah ini adalah sekitar ( luar ) USS.. ada banyak kedai-kedai di sekitar tu terutamanya kedai Candylicious ni yea.. so memang best la nak amik gambar..heee.. :P





Yang ini pula gambar2 sekitar Sentosa Island masa Ira naik tram, naik bas ronda-ronda sekitar pulau dan Siloso Beach.. disebabkan hujan masa tu, kami tak turun pon dari tram dan bas.. just ambil gambar atas tram je.. :)..





Kalau korang datang sini, WAJIB / MESTI kena tengok “Song of The Sea”.. sangat besttttt! Ira pon direcommended oleh blogger @ Owner Shop On9 yang Ira baru jumpa masa ada kat JB aritu iaitu Arina ..heee.. memang besttttt! Ira ada rakam video tu.. korang nak tengok ke? Sape nak tengok bagitahu kat komen oke?kalau tak, Ira tak upload.. :P.. Ohh yea.. gambar terakhir dalam album atas ni masa show Song Of The Sea..Untuk lebih lanjut boleh klik SINI


Oke.. beberapa pengalaman yang boleh Ira kongsikan untuk yang dah plan nak ke sana ialah :


1. Sila beli raincoat / baju hujan ( yang pakai buang je ) macam Ira pakai tu sebelum ke sana.. Kalau tak hujan pon, ianya sangat-sangat berguna sebab ada permainan yang akan membasahi anda..hee..contohnya seperti live show “ Waterworld” , permainan dalam Jurassic Park.. Tapi kalau korang suka dibasahi oleh air, ikutlah kan..huuu..Tapi kalau hujan memang kena guna la..beli kat Malaysia baru dalam Rm 2 ( masa promosi kat Guardian) tapi kalau beli kat USS punya store, sediakan 5 dollar yea.. 5 dollar x 2.4 ( untuk duit Malaysia ) = ??? .. sila kira sendiri!


2. Pakai kasut flattttt.. NO heels! Better sneakers / crocs yang dah selalu pakai! Ira pakai crocs yang jarang pakai, ibu jari kaki Ira sakit sampai sekarang!huuu..tersepit…pastu dengan hujannya yang buat kaki Ira lembap so memang menyesal gak lah tak pakai sneakers..sandal pon tak recommended sangat sebab ada permainan yang kaki korang terjuntai.. ( tapi diorang suruh buka if korang pakai sandal sebab takut tercampak kan )


3. Sila bawa bekal kalau tak nak beli makanan kat sana..heee...air mineral jangan lupa beli dari Malaysia..macam kami, buat roti sardin..jadilah untuk alas perut..hee….kat sana, confirm lah mahal..pastu tak tahu Halal ke tak…huuu..


4. Kalau rasa nak shopping cenderamata kat USS, sila bawa duit lebih..huu..mahal2..Ira beli T-shirt yang ada tulis USS kan, kalau girl punya around 20 dollar, lelaki pula around 25-30 dollar..( untuk yang betul-betul cantik & puas hati ).. kalau nak tahu ringgit Malaysia berapa, korang darab dengan 2.4 ( sekarang rate lebih kurang camtu )..


5. Tukar duit siap-siap kat Malaysia, kat Singapore rugiiiii…


6. Kalau bukan musim hujan macam sekarang, pakai sunblock siap-siap oke.. nanti ada yang muka belang pula..heee


7. Beli tiket awal-awal untuk masuk USS via online atau ejen terpilih jadi sampai sana terus masuk je.. tak payah beratur panjang-panjang..


8. Grab maskot2 yang ada kalau nampak..hee..sila buka mata besar-besar..tapi kalau kena beratur tu sila lah beratur yea… rugi tau kalau tak dapat ambil gambar dengan maskot2 tu.. Tapi beware dengan Puss in Boots sebab dia sangat gatal!haha..tengok gambar Ira, suka2 je dia peluk..ngee.. ( Ira pon layan je dia suruh wat ape, sengal gak kan..huu…rasanya dalam tu lelaki lah..:P )


9. Jangan lengah stop sini, stop sana nak ambil gambar, cepat-cepat beratur dan masuk ke permainan2 yang ada kalau tak nak rugi, boleh ambil gambar nanti-nanti sebab confirm ada masa korang nak pusing balik dan snap pic..


10. Sila alert dan tengok show time Shrek 4D, Donkey Live Show, Waterworld , Action dan semua-semua tu ( ada dalam map, sila ambil masa di service counter ) supaya korang tak ketinggalan…


Cukup kot 10 tips untuk anda yang dah plan nak ke sana…opss lupa, nanti kalau dah beli ticket kan sampai USS tu korang akan dapat kupon 5 dollar untuk makan dan 5 dollar untuk shopping..gunakan dengan sebaik-baiknya okeh..


Sampai sini dulu, enjoy yourself!





. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails