.Awesome Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

.Wordless Wednesday #16.





Sunday, February 26, 2012

.Anak Manja.




Salam dan selamat pagi ahad.. :)

Setelah genap sebulan 10 hari (26 Feb 2012) Ira bergelar seorang guru permulaan (guru yang baru menamatkan pengajian) terdapat satu gelaran yang agak mencuit rasa yang mana Ira digelar sebagai anak manja..


Ira digelar anak manja oleh beberapa orang guru di sini..antara puncanya ialah :

1. Ira masih dihantar dan diambil dari sekolah oleh ayah Ira..heeee :D
2. Ira tidak mahu menyewa rumah bersama guru baru yang lain...
3. Ira menggunakan gelaran 'adik' semasa bercakap dengan ayah Ira di talian...
4. Gaya Ira yang dikatakan memang kelihatan manja..(tak tahu yang mana)..


Sebab-sebab munasabah kenapa punca di atas berlaku adalah :


1. Ira tiada kereta sendiri..=____=..(semasa entry ini ditaip)..kereta yang ada di rumah digunakan oleh tuan punya masing-masing...tambahan lagi..Ira takut drive kereta manual + kereta besar..huu..kereta kecil + automatik masih belum diperoleh..:)
2. Jarak rumah Ira dengan sekolah walaupun orang kata jauh..tapi Ira rasa Ira mampu nak berulang..heee..30 minit tak la jauh sangat kan?selang satu bandar je..hee..Lagipun mak Ira tak bagi Ira dok rumah sewa..camne?;p
3. Ada guru lain terdengar Ira berbual dengan ayah Ira di talian..tertangkap!gelaran 'adik' memang digunakan sejak Ira kecil lagi...sebab Ira adalah anak kedua daripada dua orang adik beradik..
4. Tak dapat dinyatakan kenapa..tak tahu tengok gaya sendiri..=____=



Natijahnya..Ira selalu diusik oleh mereka..=____=....bila Ira melawan dan akan terdiam bila malas nak layan usikan tu...Ira selalu dilabel "merajuk la tu" dengan iringan gelak ketawa..:D..tu kira manja ke ek??

korang anak manja juga tak?;p


Pss : Hidup ni penuh dengan tekanan...pandai-pandai cari jalan supaya tak tertekan dan ditekan..cara paling mujarab..ketawa..:)

Friday, February 24, 2012

.Empat Kisah.



salam semua..:)

maaf hari ini baru berkesempatan mencoret sesuatu di sini..kesibukan melanda..blog terpaksa diabaikan...maklumlah Ira hanya blogger suku time je..heee ;p

4 kisah yang hampir sebulan berlalu...semuanya di sekolah..alhamdulillah dah satu bulan enam hari Ira bergelar seorang cikgu...suka duka...tertekan..ditekan..semua dirasai..ehemm..;p

1. Syarikat minuman Vitagen bersama maskotnya hadir ke sekolah...bukan murid-murid aja..cikgunya juga merasa...bila percuma semua sedap...heeee..



2. Anak murid kelas Pendidikan Khas menyambut hari lahir di kelas..anak Timb. Dekan di salah sebuah Universiti di Selangor..:)..Semoga dirimu menjadi anak yang solehah sayang..



3. Anak murid kelas Pendidikan Khas menjalani pemeriksaan gigi..pelbagai ragam dan kerenah..siap ada yang menjerit..takut tengok doktor gigi dan jururawat yang serba putih agaknya..heee



4. Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan Guru Besar....guru-guru turut membuat persembahan nyanyian...sedih..=___=...

hadiah dari Kelab Guru dan Staff untuk Guru Besar yang disayangi..:)


psss : Esok cuti...yeayyy! :D





Tuesday, February 21, 2012

.Coz I'm a Teacher.




and the world will smile back at you..:)




Do you??


Saturday, February 18, 2012

.Kerana Ringgit Malaysia Tiga Sahaja.



salam semua..

untuk entry WW#15, tu murid-murid prasekolah..bukan anak murid Ira..:)..Ira snap masa majlis sambutan maulidur rasul haritu..

kali ini Ira hidangkan sebuah kisah untuk anda..mana yang baik jadikan pengajaran yea..berlaku semasa perjumpaan kokurikulum di sekolah pada hari rabu yang lalu..

*entry ini mungkin menyentuh hati sesiapa yang berperasaan ;p*

Guru lain : Siapa yang nak beli lagi buku log Tunas Pandu Puteri?
Murid-murid : ada yang berkata, "saya dah ada, cikgu"..ada yang "menggelengkan kepala dan terdapat seorang murid yang diam tidak berkutik tetapi memandang wajah cikgu tersebut dengan tepat..


Ira ke tempat murid tersebut dan bertanya kepadanya :

Ira : Awak dah ada ke buku log?
Nina(bukan nama sebenar) : Tak ada cikgu (sambil menggelengkan kepala)
Ira : Lupa bawa ke memang tak beli lagi?
Nina : Belum beli..ayah saya cakap ayah saya tak ada duit lagi cikgu..
Ira : Tak apalah camtu..nanti kalau dah ada duit, awk beli yea..

Ira pon berlalu ke hadapan...seorang murid Tahun 6 yang duduk di hadapan sekali memanggil Ira..

Fatin(bukan nama sebenar) : Cikgu Ira, boleh tak saya bayar RM2 dulu, RM1 lagi saya hutang..
Ira : Awak kan dah ada buku log?
Fatin : Untuk Nina cikgu..ayah dia kena tunggu gaji dulu baru ayah dia ada duit..nah cikgu..(sambil menyuakan not RM1 sebanyak 2 keping dan menghulurkan kepada Ira..
Ira : (terus tersentuh dalam hati..tak sangka ada yang turut bersimpati dengan Nina) sambil berkata "tak apalah..awak simpan duit awak..."

berlaku satu perkara di tempat duduk Nina dan Nina ke hadapan kelas sambil membawa not RM5 untuk membeli buku buku log tersebut kepada seorang guru yang lain. Kembali semula ke tempat duduknya sambil menyatakan sesuatu kepada Ira :

Nina : Terima kasih Cikgu..(dengan keadaan yang malu-malu)
Ira : Belajar rajin-rajin ok?
Nina : Anggukkan kepala..

*****************************

Pss : Ira adalah salah seorang guru penasihat Tunas Pandu Puteri..jauh menyimpang dari badan beruniform sewaktu di IPG..satu cabaran..:)

Psss lagi : Walaupun di bandar yang serba serbi lengkap, masih ada yang kurang berkemampuan...mana yang mampu untuk dibantu, harapnya Allah permudahkan..walaupun diri sendiri masih tidak bergaji...dengan harapan murid yang kurang berkemampuan ini tidak akan terasing dengan rakan-rakannya yang lain...Allah Maha Mengetahui...

Psss lagi : Sangat sibuk minggu ni..hujung minggu pon masih ada kerja yang menunggu..

Selamat berhujung minggu..


Wednesday, February 15, 2012

.Wordless Wednesday #15.




^______________________^


Sunday, February 12, 2012

.Our Wedding ;p.



salam semua..:)

nahh satu video yang boleh buat anda gigit jari dan seolah-olah berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka :D


kredit to : CST Production ( sangat best video ni..CST Production memang hebat!)

psss : Rasa macam tengok penggambaran filem Puteri Gunung Ledang je..hee..sangat klasik dengan adat dan budaya orang Melayu zaman dahulu kala...sangat indah dengan songket, hulubalang, dayang-dayang dan juga para tetamu yang sporting ikut tema pengantin..:)..ada yang nak buat majlis perkahwinan macam ni?;p

psss lagi : Tahniah buat pasangan pengantin Firdauz dan Yasmi..:)..muka pengantin lelaki klasik macam pendekar, pengantin perempuan cantik jelita..



Friday, February 10, 2012

.2012 VS 2005.




salam semua..:)

jangan gelak atau ketawa atau tersenyum bila tengok gambar bawah ni...haipppppp jangan senyum atau cakap apa-apa ;p


percaya tak kalau Ira cakap tu adalah Ira?hee..percaya kan..sila la percaya kalau yang tak percaya...tu la Ira di tahun 2004-2005..heee..bambam + gemukkkkk.....=______=.....duduk asrama..hati senang..makan je kerja..tu la jadinya..hehehe..senyum sorang-sorang tengok gambar sendiri..;p

untuk tahun 2012...inilah Ira..:)..boleh scroll down utk gambar2 lain kat entry sblm ni..*kalau rajin*....kurus kot..hee..46kg..ada juga tak percaya berat Ira ni..ada yang kata 'ingatkan lagi ringan'..tapi kan..berbanding dulu..lagi dasyat tau!56kg..ahaha....

nak tipsss untuk kurus?;p

1. Kalau nak kurus, sila putus cinta..kehkehkeh..serius laa..betul..tu salah satu sebab laa..hee..tapi tak semestinya berkesan kan..utk Ira berkesan sebab Ira jadi tak lalu makan..tp ada orang yang jadi kuat makan..so tak berkesan kot untuk orang tu..:)
2. Masa Ira di IPG, minor Ira Pendidikan Jasmani dan Kesihatan..setiap semester Ira kena hadapi ujian 2.4km dalam masa yang ditetapkan..boleh nak dikatakan hampir setiap hari Ira di padang..jadi memang kurus la kan?sebab selalu bersenam..heee
3. Masa Ira di IPG juga..susah nak makan..hee..sabtu ahad Ira memang kelaparan sebab tengahari tak ada orang jual makanan..cafe jauh dari asrama..memang tak kuasa nak jalan..jadinya waktu tengahari di sabtu dan ahad, Ira hanya makan roti ye..petang baru dapat makan nasi..:)
4. Disebabkan aktiviti yang Ira lakukan seperti No. 2, Ira syak tahap metabolisme badan Ira dah meningkat..hee..jadinya Ira makan banyak mana pon sekarang, badan tetap maintain..tapi kalau dah kahwin nanti, tak tahu la kan..*ehemmm ;p..3-4 tahun akan datang la kot..huu*

so ada yang nak ikut tips Ira?Tips No. 1 jangan ikut yea..huuu..tu kebetulan..ahaha..apa-apa pon korang kena bersenam..even jaga makan, tak makan nasi semua tapi kalau tak bersenam..susah juga..wuuu..

pss : Jue & Hanie, dah percaya dulu Ira bambam?heeee..;p
psss lagi : sekarang Ira nak naikkan badan sikit..rasanya macam orang tak cukup zat je badan camni..wuu...jom makan banyak2!;p

Wednesday, February 8, 2012

.Wordless Wednesday #14.




kreatif kan????Jimat dan tak mengelirukan..hee :D




Tuesday, February 7, 2012

.Purplicious or Blackish?.


salam semua..

esok kerja..waa..eh silap..esok sekolah..heee..;p..

nasib baik esok dah hari rabu...kerja 3 hari lepas tu boleh cuti..tapi rasanya sabtu ni Ira ada sekolah ganti laaa untuk ganti cuti perayaan Tahun Baru Cina haritu..sob3..

sekarang ni dok menghitung hari cuti aja..kenapa ntah?hee..cepatlah bulan Mac..sebab ada cuti sekolah seminggu..kuang kuang kuang..*tak senonoh kan Cikgu Ira ni ;p*

kawan-kawan yang disayangi sekalian ,

nak minta semua kamu tolong vote mana satu warna kereta di bawah ini yang korang rasa macam sesuaiiiiii je dengan Ira..plsss..:)

Blackishh..:)

purplicious..:D


yang dah vote tu memang baik hati..nah ferrero rocher sorang seketul..ahaha *bodek*..

terima kasih daun keladi, esok lusa jom kita jumpa di gathering lagi...heee :))))


pss : Next time, kalau ada gathering Ira ajak korang sekali ea..jangan sentap2 tau..;p



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails