.Awesome Blogger.

Friday, March 30, 2012

.D.I.Y.


Salam semua.. :)

Heee..Terima Kasih semua yang sudi LIKE gambar Ira..:)

Ehem2.. entry WW#18 tu Ira tak ada hint apa-apa pon yea..lambat lagi nak kahwin..heee...saja je letak sebab rasa macam sweet sangat..heee..terima kasih juga la yang doakan Ira cepat kahwin..amin..heee ;p

Minggu lepas mood rajin Ira muncul dengan girangnya..haha ;p..jadi terhasillah sehelai tudung bawal dua tone bidang 45 yang Ira beli kosong tanpa ada manik sebagai hiasan telah selamat di 'make over' oleh Ira sendiri menggunakan jahitan tangan yea anak-anak sekalian...;p

  Semestinya menggunakan tema ' buat sesuatu sendiri' atau ayat pasarnya 'Do It Yourself (DIY)'

Buat kaum hawa yang ingin mencontohi Ira untuk belajar menjadi 'bakal' isteri Mithali..kuikui..mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan :

1. Tudung kosong tanpa hiasan 
2. Lace / bentuk bunga ke labuci ke yang anda suka..pemilihan warna juga ditangan anda..bukan di tangan Ira yea..;)
3. Jarum jahit, jarum peniti
4. Benang yang sesuai
5. Gunting
6. Bantal kecil (suka hati nak guna ke tak ;p)


Bila semua bahan telah tersedia...jadikan bantal sebagai alas untuk memudahkan sesi menjahit..letak tudung di atas bantal..ukur hiasan bunga ros yang ingin dijahit sama ada sesuai atau tidak dengan panjang tudung berkenaan dan bermulalah proses menjahit hiasan bunga ros tersebut di keliling bahagian tepi tudung anda menggunakan jahitan yang anda sukai..;p..

Akhirnya ianya akan kelihatan seperti ini..

Tadaaaaaaaa...


 close up..


Cantik tak?cantik kannnnn..hee....nak beli macam mahal kot..buat sendiri lah sebab jimat sikit (orang tak ada gaji memang kena jimat cermat sob3)

UPDATE : Boleh beli baby roses ni kat SINI ni :)

Pss : Jangan puji Ira!! mood rajin datang memang tak boleh ditolak..harap maklum :)

Psss lagi : Selamat Berhujung Minggu :D



.Do you ♥ me??.



Salam hari ahad semua..:)..

mesti hari ni ramai yang bersiar-siar, shopping, window shopping kan...

Ira memerap je di rumah sambil cuci mata secara online..heee ;p

sebenarnya kan.. nak minta tolong blogger kesayangan Ira sekalian untuk tolong 'LIKE' gambar Ira macam kat bawah ni... boleh tak?boleh lah..heee

Ira masuk contest di Groupon.my.. gambar yang mempunyai Like terbanyak akan memenangi hadiah yang ditawarkan...:)

sudi tak blogger kesayangan Ira untuk 'LIKE' gambar Ira???heee



Cara-cara nak bantu Ira :

1. Mesti ada account Facebook!
2. Klik SINI untuk terus ke link gambar Ira..
3. Klik 'LIKE' dan siap! heee..pastikan gambar tu sama macam gambar di atas tau!:p
4. Nak Like page groupon.my pon boleh..;p


Do you ♥ me??..if do, please LIKE my picture!haha ;p..

btw, i ♥ you too!ngeee

yang sudi LIKE...Terima Kasih, Thank You, Arigato, Toceh!


Psss : Nanti ada masa Ira buat GA untuk blogger kesayangan Ira ni..tapi kena tunggu gaji!heee ;p



Wednesday, March 28, 2012

.Wordless Wednesday #18.




Dear my future husband..

please take note the following given.. :)


psss : Change I'd = you, You=me ;p



Friday, March 23, 2012

.Cikgu Ira VS Chef Ira.




salam..:)

apa khabar semua?semoga sihat-sihat hendaknya..heee

nak tengok tak hasil kerja anak murid kelas Pendidikan Khas yang Ira ajar?


berseni tak?heee..macam-macam 'seni' ada..keke..

siapa pernah buat macam ni dulu?siapa tau apa alatan yang diperlukan?heee..sila senaraikan meh Cikgu Ira tengok betul ke tak..kekeke ;p

opsss...terliur tak tengok gambar ni?

Blueberry & Coklat Cheese Tart..:)

ehem2 sekarang Ira dah buka bakeri kecil-kecilan tau di rumah..bakeri 'real' 10 tahun akan datang ye..heee..sejak Ira bawa cheese tart ni ke sekolah..ramai pula minta buat..nak beli dari Ira..hee..orang nak, Ira buatkan saja..:)..part time jadi Chef..kuikui..tapi Chef Cheese Tart je la..heee..yang lain masih belajar..;p

20 pcs perbox :)


selamat berhujung minggu!..its a weekend tomorrow..hip hip hoorayyyyy!;p

Wednesday, March 21, 2012

.Wordless Wednesday #17.




Psss : Pernah buat??ngeee ;p




Monday, March 19, 2012

.My Graduation Day :D.




salam semua..

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. :D

gembira sangat bila segulung ijazah dah ada di telapak tangan Ira..

susah payah belajar sepanjang 5 tahun 5 bulan akhirnya terbalas..:)

wajah Ira dapat 'menceritakan' kegembiraan yang sedang Ira kecapi sekarang..heeee

nahh gambar Pre-grad :)


nahh gambar hari Konvokesyen sebenar..:)


Maaf tak boleh letak gambar keluarga..hee..gambar studio pon tak siap lagi..gambar dengan kawan-kawan banyak tapi malas upload..cukup la tu ea..;p

Ira dapat surprise dari si dia yang tersayang.....Terima Kasih untuk susah payah awk ni..:)

terpaksa diblurkan sebab takut ada yang muntah..haha ;p (yg dah tahu syhhhh)

close up cupcake yang ada 'mortar board' ;p


sempat celebrate lepas konvo di sini..;p..

Willy Sate @ Ramal Food Junction, Sg Ramal..


Terima Kasih Ibu Ayah, Kakak, Si Dia ;), Saudara-mara, Guru-guru, Pensyarah, Sahabat, Blogger yang sudi ucapkan tahniah.. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya...:D



Friday, March 16, 2012

.Kursus di Pulau Pangkor, Perak.




salam semua..

Maaf kerana lambat update...Ira tak ada mood nak update lepas konvo..heee..;p

Entri ni khusus untuk blogger yang nak tahu tentang Pulau Pangkor, Perak..Ira ke sana kerana menghadiri Kursus Guru Baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor..jadi semuanya FOC la kecuali duit poket dan tiket Feri...dari jeti untuk ke resort, kami naik van teksi..memang banyak kat sana..

Kalau dah sebut pulau..semestinya yang istimewa di sana adalah pantai dan makanan laut :)...Ira menginap di Pangkor Holiday Resort di Pantai Bogak...tak silap Ira Pulau Pangkor ni macam Pulau Tioman juga..ada banyak pantai dan kawasan...rasanya yang best untuk percutian adalah di Pantai Teluk Nipah...:)

Nahhh gambar Ira di sana..


Tiket feri Ira hanya RM10 pergi dan balik..tapi ni untuk tiket berkumpulan...rate semasa Ira tak pasti...




Bilik kami..2 orang sebilik..selesa..:)

breakfast..muka suci lagi murni..;p

ada swimming pool..cikgu2 lelaki je yang dapat terjun kolam ni..hee ;p





even hujan gerimis kami tetap posing..haha..semua di Pantai Bogak..:)

Suku daripada peserta kursus..kat sana dapat la berkenalan dengan cikgu2 lain..


Kursus kali ini dihadiri oleh seramai 117 orang guru baharu dari serata Negeri Selangor selama 4 hari 3 malam...anggaran perbelanjaan kerajaan untuk kursus ini tak silap Ira, RM 40K ++....termasuklah penginapan, makan, pengangkutan dari JPN Selangor ke Jeti Lumut...tapi nama pon Kursus kan..aktiviti Ira hanyalah ceramah sahaja..dari pagi sampai malam...dapat berjalan ke pantai pon selepas pukul 5..tak mandi laut pon sebab Ira tak rasa nak mandi..hanya jalan-jalan di persisiran pantai sambil teringat pada yang tersayang..kuikuikui

Kursus ni best hanyalah sebab makanan sahaja..hee..6kali sehari tau! Ira rasa macam Ira gemuk kat sana sebab asyik makan je..haha..sampai tak larat nak makan..huuu..

Siapa yang sukakan pantai dan suka ubah angin boleh lah ke Pulau Pangkor..:)...ada pantai yang boleh snorkelling tapi Ira tak pasti kat mana..sila tanya Mr Google yea..hee ;p


pss : Ira shopping makanan laut macam sate ikan, sotong gula, ikan bilis dll di Lumut..hee..kat area Pantai Bogak tu Ira tak berani nak beli sebab peniaganya adalah orang Cina..




. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails