.Awesome Blogger.

Thursday, January 26, 2012

.Maktab Perguruan=Institut Pendidikan Guru.



salam semua..

entry ni khas untuk Cekbolat-bolat a.k.a emy sebab sebelum ni emy ada tanya Ira bagaimana nak mohon masuk ke Institut Pendidikan Guru kan?atau nama asalnya adalah Maktab Perguruan..:)...yang ni khas untuk lepasan SPM tau..untuk KPLI / diploma pendidikan syaratnya lain sikit tapi prosedurnya lebih kurang sama je..:)


Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM)

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merangkumi kursus persediaan selama satu tahun enam bulan dan latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih.

Program Latihan

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun berkenaan
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://emoe.gov.my
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
    kredit : WEBSITE
pss : Dengar-dengar tahun ni tiada pengambilan untuk lepasan SPM 2012 atas sebab GSTT baru sahaja melaporkan diri di IPG pada januari 2012 yang lalu...mungkin akan terjadinya lambakan guru jika pengambilan pada bulan Jun dilakukan juga...tapi tak sahih lagi la..huu..apa-apa pon kena rajin tengok laman web rasmi KPM..:)

harap info ini dapat membantu..:)

52 comments:

Original CikTeddy said...

whoa!hmm..duk pkir gak ni kot2 nk msuk.huhu

Ujie said...

lepasan ijazah pun boleh..apply KPLI atau Diploma Pendidikan.

akak thn 2009 dpt KPLI tu, tapi sbb dpt maktab kat JB..suami tak bg pegi.

Iffah Afeefah said...

mne akak dapat ni?


wah teringat zaman dedulu kan

ramai kate sbb gstt da de hurmm susa kan?

Picoz Shupalula. said...

Wah cikbolat nak jadik cg ye? huhu

Phat said...

x ingat lak cincin tu harga berapa tp bawah 500 la masa beli tu ..ms tu emas murah lagi

Phat said...

x ingat lak cincin tu harga berapa tp bawah 500 la masa beli tu ..ms tu emas murah lagi

[ wanni ] said...

aah dear, tahun ni tiada pengambilan untuk student lepasan SPM, intake GSTT baru minggu lepas.. dan myb tahun depan pun untuk GSTT jugak =__=

#tahu sebab belajar di IPG, hehe

Nurul ain said...

teringin nak apply kak.. tapi mcm tak brpe nak layak sgt.. eheee :p

KaK LimAh Si SupiR said...

tibe2 rase nk jd cikgu jgk :P

~SaL IjOu~ said...

(KPLSPM)..masa kat ipg dulu selalu deorang sebut sbg batch kapal selam~ hehe~

محمد شهريل القنيطري said...

thanks atas perkongsian..

~SaL IjOu~ said...

akak da lama x jalan2 cari mkn..kene cari geng lepas ni..hehe~

Saddila said...

uwuwuwuuwuuwu dila mohon tak dpt pon tahun lepas :(
wuwuuwu mesti ada org dalam akak2 senior cakap :( cissss .

MiszMaryaNe said...

bagus2,
promoter baru IPG, hehe...
=P

Sha. N. said...

Rasanya kita sebaya..weeee..
Nak perasan muda sekejap..hehehe

emy zulaiha said...

wah..ira emy minay gile nak jadi cikgu dr dulu...dulu pernah intebiu nak masuk mktb perguruan...tp xdpt...sedih :(

Ungu Violet said...

ramai dah berminat nak jadi cikgu sekarang nih...gud2..:)

HeNRieTTa JoSe said...

Demam lgik nieh...huhuhu...smpai upload gambar dua kli pown xpasan...ekekeke...

Scarlett O'Hara said...

Jom jadi cikgu...
Saya follow!

aLya maNip said...

maklumat berguna utk sape2 yg nk jadi ckgu n k.alya arap bakal2 cikgu yg lahir semua bagus2..empunya blog ni pu salah sorang guru yg bagus gak kan?hehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

umo xleh melebihi 20? ok x layak.. lol

Woofer Storm said...

tak nak jadi cikgu,nak jadi murid boleh?hehee

#nak pergi gath..jom^^

Teenager Housemaid said...

whoaa..saya dah tak layak nak apply..teehehe

KizZ said...

wuyoh...great info...

Kalau berani jom join contest kedai Kiz, hadiah kompem gempak!
The OH!SEM tagline contest

Cik TeN10 said...

all the best la kpd sesiapa yg berminat nk apply tu.. :))

psss : emm nk pos mkn msa sebulan plak.. tak kot.. bertahan je la.. tggu balik cuti bulan 8 nanti la pulak.. huhu

a`ah next week final.. tengah bulan 2 antar thesis.. hjung bulan 2 present.. bulan 3 start cuti !! uhh xsabar nk tggu cuti.. huhu

ira cmne stakat ni kt skolah ? ok ? kl ada bnda best2 kt skolah kongsi2 la.. :)

msredcheesecake said...

Suka kalau jadi cikgu tapi tahap kesabaran bila mengajar tu tak berapa nk tinggi... Hhehe

nazirah said...

tanx ira utk info ni ;)

CekbOlat-bOlat said...

menakutkan =.="

erkk.. sejarah kantoi lah ..haha

khaifaiz said...

gudluck kpd yg mencuba

starzieti said...

Ruginye dulu tak masuk upsi. -.-

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

akak dh bnyk kali pegi interview KPLI..penah dpt maktab kt sabah tp x pegi sbb jauh


tp rsnya akak x sesuai jd cikgu kut haha

Nelly The Strange said...

tak mau jadi cikgu ..
-.-

soooooour said...

i hv fren..yg dpt g maktab..tp tolak g belaja enginering...hahaha...

BENA said...

adik bena pun ade cakap, nanti dia dah xde junior . hee :) pastu adik cakap nak amik yang lepasan diploma yang umo yang dah tua2 pun ye . ye ke ? bena nak cuba laaaa . hee :)



#adik bena ipg ilmu khas dekat cheras. heee :P

Miss Nadya said...

ala..umur nad melebihi sudah..haish..kenapa lah nad lmbt tahu..huhu..:D

p/s :: nad kerja kat pjbt belia n sukan..umur sebaya andaq..:)
24 tahun sudah..:)

ira??

Anak Wak Mail said...

a'ah,,rasanya kawan pon ada kata tak de pengambilan tahun ni..

wah,,ira,,dah boleh jadi jurucakap IPG..hihi

p/s:masak gulai tempoyak ikan kembung je..:)

AinsHa=) said...

wah, berguna ni. Terimas akak walaupun entry ni khas tuk org lain. hehehe

dhiera said...

cop! GSTT tu apa?

ira, alamak. akak dah terbagitahu mak akak la. cuma ye akak kate lambat lagi. hehe.. sowi. dah bgtahu baru tahu keep it secret. ampun ya yunk!

ILA HonEyBuNNy said...

ila baru apply GGST dear...y kerajaan negeri kedah...xtau dapat ka dak..huwawawwa..

ira...lama xdgr cita ira...slow2 ila nak baca..hehehe

munna said...

DULU KECIK2 BERANGAN NAK JADI CIKGU.... DAH BESAR PANJANG BARU TAHU SUSAH NAK JADI CIKGU NI

nur adilah said...

cikguT.T best tapi susah :P

gadisBunga said...

hai. saya bukan chekgu. ihihih~

Hanie Dew said...

details giler prosedur. bagus kalau nak tanya soalan kat cikgu ira ni.

Bulan Syurga Firdausi said...

boleh jd ckgu ke sy ni hehehehe

ZORA said...

dulu ade mhon kplspm..tapi tak dapat..hahahha

mama aini said...

assalam JI..bagus info ni..:)

miss Fyqa said...

pernah gak mohon..x dpt.. :D

Puan Kutu said...

akk dah terlebih umur byk tu,dah tak layak.haha

amna said...

:) like3!

Adam Kaulitz said...

kaedah pembelajaran kat ipg ni same jugak ke macam kat IPTA lain..ade semester,credit hour dan sbgnye?

Juliet_iRa~" said...

adam :

yap sm mcm ipta..cm cuti sem x lama mcm ipta la :)

Little Anna said...

saye nak join , p tak pandai nak apply .macam mane ehhh ??

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails