.Awesome Blogger.

Thursday, June 30, 2011

. Kalau nak bidadari, tunggu di syurga nanti .








Ummi – Mat…(berhenti sekejap). Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.

Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya

Ahmad – Nampak ok orangnya Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu

Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….

Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat

Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim

Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya

Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni

Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak

Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju

Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari

Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi

Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak

Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi – Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.

Abah – Calon yang macam mana dia nak?

Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….


Kredit to Dr. Zainur Rashid




psss : manusia memang tak sempurna...tak kira lelaki mahupun perempuan..apa yang penting bersyukur dengan apa yang kita ada dan bakal kita miliki...semoga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Nya..amin..:)


pic source : Mr Google




Friday, June 24, 2011

. Ibuku sudah selamat! Alhamdulillah :D .



salam..

merujuk kepada ENTRI sebelum ini...sebenarnya mak Ira yang sakit...takkanlah Ira yang sakit..nauzubillah...kalau Ira sakit siapa pulak yang tukang update tu..heee..:P

tadi mak Ira dah selamat dibedah...amin..tapi kesian kat mak sebab Ira tak tunggu pon kat luar dewan bedah tu.....sorry mak..:(

sebenarnya Ira memang nak tunggu...ikut perancangan, mak Ira akan dibedah pada jam 2 pm..jadinya memang Ira dan along Ira nak ke hospital pada waktu melawat tengahari iaitu jam 12.00...tup tup mak Ira call cakap kejap lagi mak Ira dah kena operate..masa tu jam menunjukkan 11.45 am...tak sempat kami nak ke hospital, mak Ira dah nak kena masuk dewan bedah....dan mak Ira cakap tempoh masanya adalah 4 jam....jadinya along Ira cakap nanti kita datang masa melawat petang lah sebab kalau datang pon mak Ira tak keluar dewan bedah lepastu nanti guard yang jaga pagar nak naik lif tak bagi masuk...guard tu jahat la...:(

lebih kurang pukul 4, Ira pon sampai hospital dan terus ke wad mak..pergi kat katil mak tengok mak dah ada...rupa-rupanya operation berjaya dan habis awal..alhamdulilah...tak sampai pukul 3, nurse cakap mak Ira dah keluar dari dewan bedah...huuuu...sorry mak sebab adik tak ada kat mak masa tu....( sedihhhhh......T_______T )

masa kami datang, mak Ira tidur dan bila along cuba panggil mak, mak...mak Ira pon sedar tapi masih mamai lagi...ubat bius tu masih beri kesan dan kami pon suruh mak tidur dan rehat...

masa tu rasa macam gembira dan syukur sangat pada Allah sebab mak Ira selamat...:)..kalau mak korang masuk hospital dan kena bedah nanti korang tahu la macam mana rasanya..dah lah Ira suka fikir bukan-bukan...issshhh...huhuhu.....alhamdulillah Allah makbulkan doa Ira dan kawan-kawan yang doakan mak Ira... ( status kat Fb )...terima kasih sangat yang mendoakan mak Ira...:D

jadinya sekarang ni Ira di hospital dan sedang menjaga mak Ira...mak Ira dah boleh bercakap sikit-sikit dan sedar juga lah orang datang melawat....ramai juga yang datang tadi walaupun mak Ira masih dalam keadaan mamai...ada ayah Ira, jiran-jiran kat rumah, m.ndak ira, jiran m.ndak, adik m.ndak ( m.ndak adalah isteri kepada kembar mak Ira ) dan ehem2 Ira yang bawakan kebab dan buah untuk Ira..:P

terima kasih sebab sudi melawat mak Ira dan mendoakan mak Ira selamat...semoga Allah yang membalas jasa kalian...mungkin mak Ira boleh keluar dari hospital pada hari Isnin kalau tak ada apa-apa masalah lain..:)

psss :
Ira macam tak boleh je tidur kat hospital ni sebab kat sebelah ni ada pesakit yang baru pindah dari ICU...tapi tak ada pon ahli keluarganya??bunyi monitor dan bantuan pernafasan tu kuat dan agak mengganggu juga..pesakit tu masih dimonitor, diberi bantuan pernafasan dan Ira dengar pesakit tu ada MRA...apa itu??lepas tu Doc bertugas cakap pesakit sebelah katil mak Ira ni tak boleh duduk kat sini sebab takut mak Ira dan pesakit depan ni kena infection...risau balik dah ni..:(

Ira siap bawa tikar, comforter, bantal kecik ira konon-konon nak alas tidur kat lantai ni..tapi macam tak jadi je nak bentang..hukhuk...kalau katil sebelum mak Ira pindah ni macam ok sikit sebab wad kelas 2 dalam bilik, privacy sikit..ni mak Ira terpaksa pindah wad kelas 3 sebab nak kena operate dan senang nurse nak tengok....kat sini betul-betul depan meja nurse dan orang lalu lalang...rasanya Ira tak tidur kot malam ni.....tak pe la kot...janji mak Ira sihat kan..doakan tau!



. Semoga semuanya selamat..amin .




* update dengan pantas *

salam..

mulai hari ni Ira akan 'berumah tangga ' di hospital..


doakan yea moga semuanya selamat..

operation jam 2 pm.. doc cakap mungkin operationnya dalam jangka masa 4 jam..

lamanyaa la...

risau gak ni tapi insya-Allah tak ada apa-apa...amin..




sumber pic : Mr Google


Wednesday, June 22, 2011

. Apa yang anda suka di hari lahir?? .



salam...

ceh ceh ceh..

rasa nak buat survey pulak..

apa hadiah yang perempuan suka semasa hari lahir atau sambutan tertentu??




kalau tanya Ira lah kan...banyak benda yang Ira suka ni..sampai tak tersenarai..kuang2..:P

tapi paling wajib adalah...



kad birthday! berserta ucapan-ucapan yang sweet.. :D

dan baru diikuti dengan hadiah-hadiah berikut...

Antaranya ialah :


perfume :D



gajet-gajet terkini..:P

cincin emas / berlian / emas putih ( ira suka yang simple2 sahaja :P )


jam tangan sepasang dengan si dia ( i likee..haha.. )


beg tangan.. ( buat-buat lah tanya jenis camna yang si dia suka :P )

wedges / heels ( Ira suka wedges :D )

gelang ( yang dah kahwin mesti lagi suka..keh2 )


teddy bear ( tapi tak boleh sayang sangat..huu..muda2 suka la kot..)





apa lagi yea??dah tak boleh fikir.. :P



tapi hadiah wajib dihadiahkan selain hadiah-hadiah di atas adalah :

bunga...perempuan mana yang tak suka bunga angkat tangan please!

cupcake / kek / coklat..potong sama-sama..:P



kaum hawa sekalian, apakah hadiah TERBAIK yang anda mahukan??

ce ceee citer kat Ira..



pss : Kawan Ira tanye sebab dia confuse nak bagi hadiah apa kat GF dia.... bagus betul BF camni ea....heee.. :P

Monday, June 20, 2011

. Fine, fine, fine .




salam..

:D

im happy when you are happy..

and im sad..when you are sad..

tapi sekarang..

sedih sangat ni..

broadband celcom ini sangatlah ' laju ' macam siput sedut yang tengah bersiar-siar mencari gf...

T______T

fine fine fine!

Ira dah di Melaka sekarang...di asrama tingkat dua yang tercinta..( ye ke?? )

ini adalah semester terakhir..hoooraaay!!

tapi tetap kena struggle sepanjang 5 hari 5 malam di sini sebelum hari jumaat menjelang..dan sebelum menolak kaki ke Melaka Sentral dan menaiki bas ke rumah..hoorayy lagi!

terpaksa berusaha untuk menjadi bosan kerana tak tahu nak buat apa ( asyik duduk kat katil, meja belajar, godek lappy, lepas tu berlegar-legar di koridor sekejap, masuk tandas, masuk bilik semua, keluar semula ) dan diet terpaksa ( makan nasi 1 hari sekali pada waktu rehat antara kuliah, petang samada makan roti atau maggi atau biskut ), paksa diri untuk rajin tulis kajian tindakan ( bila lah nak mula?? ), hantar buku kehadiran setiap hari ( harap maaf tak dapat dipenuhi ) kerana Ira terpaksa menjadi Penolong Ketua Unit semester ini ..

fine.....

sabarlah wahai hati..

sabarrr...

bye!




Friday, June 17, 2011

. My Sunshine .




you are my sunshine..
my only sunshine..
you make me happy..
when sky are grey..
you never know dear..
how much i love you..
please don't take it my sunshine away..






im give up..

my bad..

but

Allah know the best....

Insya-Allah there's a way....




Monday, June 13, 2011

. ' Orang Kuat ' persembahan Hazama AF9 .






Juara Akademi Fantasia yang terakhir dan yang kesembilan dah diketahui..:)

tahniah hazama AF 9!!

penantian yang berbaloi-baloi..hee..

dan pelajar yang lain...


Lena - Naib Juara

Fina - Tempat Ketiga

Azri - Tempat Keempat


jeng jeng jeng...


lisa surihani yang memang cun dan menjadi kejutan buat hazama pada persembahan yang terakhir tu..

cun sangat lisa!

♥♥♥ suka lisaaa!





sumber : Facebook Lisa




Sunday, June 12, 2011

. Weekend yang Membahagiakan Tapi Mengeringkan :( .





salam semua..:)

GA dah tamat....pemenang bertuah pon dah tahu...tunggu je hadiah sampai di rumah yea..insya-Allah dalam minggu ni..hee..terima kasih semua yang sudi join.. :D

weekend ni memang sangat membahagiakan tapi dalam masa yang sama mengeringkan..mengeringkan apa??mengeringkan duittttt...huuu....sob3...

sabtu yang lepas, Ira, along dan my mom ke Sogo dan Jln T.A.R...fuhhhhhh..ramai sungguh manusia di sana....dengan salenyaa..wahh sangat rambang mata tapi nafsu masih dapat ditahan lagi..huu...kecewa kerana tidak dapat membeli hand bad yang memang sale habis di Sogo lalu terus ke Jln T.A.R untuk men'survey' baju raya pulak...

wahhh banyaknya dress tapi takkan pagi raya nak pakai dress???masuk kedai lain pulak..alamak nampak tudung denim yang diimpi2kan..huhu....rasa macam rugi tak beli dengan harga yang amat 'lumayan'...heee...

pusing kedai demi kedai..lebih 10 buah kedai kot kami masuk....tak jumpa dengan yang berkenan di hati..dah jumpa tapi harganya 'murah' sangat rasa macam tak berbaloi pulak...huu..masa tu dah kecewa dah lalu Ira mengatakan pada along, cari baju kat kompleks PKNS , Shah Alam je la..dan along menyatakan okey dan kami berjalan-jalan di Pasar Malam yang memang ada setiap hari sabtu...

tak larat nak jalan dah...otw nak balik Ira ternampak baju kurung moden bergantungan di sebuah kedai lalu kami bergerak ke situ....akhirnyaaaaaa baju yang diimpikan dijumpai dengan harga yang berpatutan..tak 'murah' sangat macam kedai lagi satu dan harganya amatlah berbeza...lebih RM40 kot bezanya....cekik darah betul kedai 'murah' sangat tu!!

sekarang Ira dah ada baju raya..tapi sepasang je la..huuu...dan rasa tak sabar nak raya dah..heee...

disebabkan parking kereta di Sri Petaling dan ke Jln T.A.R dengan menaiki LRT, kami pon terjumpalah fans Kelantan yang sangat fanatik semasa otw nak balik...dasyat betul fans kelantan ni..segerombolan anak muda yang agak poyo ( maaf yea , memang bajet bagus sgt ) terpekik-pekik masa nampak geng kelantan yang lain dah berada di Stadium Bkt Jalil...majoriti berpakaian merah dan my mom kata 'budak-budak ni macam monyet ' sebab mengaruk dalam LRT macam LRT tu dia yang punya..huu..sabar je la..tapi macam lawak juga tengok diorang sebab akhirnya kelatan tumpas di tangan terengganu..rasanya malam tu lagi dasyat kottttt...nasib korang la..huuu..


sumber : Mr Google

Tadi pula bersamaan dengan hari ahad, kami ke Ikea di Damansara pula....bosan duduk rumah baik berjalan-jalan menghabiskan duit..uhuuu..



sumber : Mr Google


disebabkan hari Ahad, parking agak sukar dan orang pula ramai....tak tahu la bila masa orang tak ramai... malas nak bersesak2 kami terus ke market Ikea dan my mom beli barang untuk rumah dan terus byr....

sempat jap singgah bistro dan makan roti bakar dengan teh ais dan pulang ke rumah dengan perasaan " tak bestnyaaa minggu ni minggu last cuti..huk3 "


sumber : Mr Google


ni meatball kat foodcourt IKEA....still open macam biasa dan ramai je yang masih makan??siapalah yang kata meatball ni tak halal yea.. tak baik tau..huhu.. tapi Ira tak lah rasa best sangat pon..tapi not bad la....

apa cer weekend korang??

papai..


pss : Agak-agak siapa menang AF kali ni? go Azri gooooo..heee..opss sorry peminat hazama!:P



. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails