.Awesome Blogger.

Tuesday, December 11, 2012

.Lex Slide : World's Tallest Indoor Tube Slide.


Salam semua :)

hihi sorry utk yg masih tertanya-tanya gambar kat entry WW yang sebelum ni kat mana...sebenarnya dekat2 je..masih dalam Malaysia dan masih dalam Selangor eheee..

Ira naik satu tube slide ni namanya Lex Slide iaitu gelongsor tapi gelongsor yang indoor - dalam bangunan...selalu kita naik outdoor - luar bangunan kan...tu pon dapat  free sempena my birthday september dulu..huu..baru je redeem bulan november haritu kot...kalau sendiri nak naik rasa macam errrr mustahil kot! :p...







 Well...memang tinggi okay..50m tu...mmg rasa nak gugur jantung buat org gayat macam Ira ni..huu tapi pengalaman la..rasa lepas ni suruh naik macam tak nak je haha...kalau org yang suka adventure sangat sesuai..mesti rasa nak naik lagi dan lagi dan lagi..hiiii...sekejap je dalam 10 saat sebab lajuuuuu sangat...tapi mmg kelenjar adrenalin menderu2 macam air terjun yang sangat deras heee faham ke tak tuuu?;p

Mula2 tu nanti the workers akan brief macam kena angkat kepala always sepanjang ride supaya tak terhentak kat lantai slide tu...ada kain juga utk kita duduk, masukkan kaki then baring...tangan kena letak silang atas bahu dan here you go...wehuuuuu sampai bawah..kat bawah/tempat penamat ada bean bag and korang akan jatuh atas tu..hihi...syok bagi siapa yang suka..kalau tak suka jadi macam Ira lah first and last..haha...nak jerit pon tak sempat jerit sebab takut sgt hahaha

Price : RM12 per person ( kalau tak silap )
Second Floor,
Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500,
Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Psss : Ianya selamat okay dan menyeronokkan kot!;p huuu


Wednesday, November 28, 2012

.Wordless Wednesday #21.




Cer teka kat mana? :p

Psss : Siapa dah tgk kat instagram / facebook tak aci teka okay..hahaha


Thursday, November 22, 2012

.DIY : Guestbook.


Salam :)

Baru berkesempatan update heee sorry..ini pun sebab cuti sekolah kalau tak, tak update kot..ehehehe..

Baru je lepas siapkan Guestbook my bff masa kat Ipg dulu....bukan guestbook Ira daaa..:p..wedding dia bulan disember ni....ni pon buat sebab dia yang minta buatkan..kalau tak, tak kuasa i..hahaha :p...

Serius nak do it yourself memang seronok tapi bila malas tu datang, alahaii tak boleh nak buat apa la..utk sebuah guestbook ni je 3 bulan ye..hahaha..sedangkan nak siapkan tu sebenarnya tak sampai seminggu la Ira rasa kalau semua barang ada...hihi..tapi sebab malas kan, tu yang sampai 3 bulan =.=

untuk bride to be, just do it yourself je kalau nak save bajet..semua barang ni Ira beli kat Daiso :p.. so anggarkanlah berapa semuanya...below RM50 cuma masa dan tenaga tu la priceless :)

Tak la cantik mana tapi Ira harap my dear bff tu akan happy bila dapat guestbook ni :))

 watermark pon malas nak letak..semua malas..huwaa :p


Buku tu guna drawing book so kertas tu ala2 kertas lukisan..tebal n for me Ira suka je..:)


Psss : Ira dah rasmikan 1st page dengan ucapan berjela tu hehe..terpaksa 'blur' sebab tuan punya badan tak baca lagi...btw, gambar tu ms zmn muda-mudi hihi..oh noo, im not younger anymore :p.. tak amik tempahan tau, ni suka2 je ni :)

Papai and see you when i see you!





Wednesday, October 31, 2012

.Wordless Wednesday #20.



^____________^

Tuesday, October 30, 2012

.Tat Buah-buahan @ Fruit Tart.



Salam, entry terakhir untuk bulan oktober..curi masa ni update huhu..p

Resepi untuk Tat Buah-buahan @ Fruit Tart..


Bahan untuk Pastry ( Shell ) :
125 gm mentega / margerin ( Boleh agak-agak )
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum ( Boleh agak-agak huu )

Bahan untuk Custard Filling(inti):-
2 cawan susu segar ( Gooday ke HL ke anythings )
4 sudu tepung kastard ( Ira guna Nona )
1/2 cawan gula halus
( Boleh buat 40 biji tat sederhana, kalau nak buat sikit bahagi 2 yea )

Hiasan :
Buah Strawberi, anggur dan kiwi ( Terpulang nak guna buah jenis apa ) - Potong ikut suka hati


Cara-cara
Untuk membuat pastry / shell :
Masukkan mentega/marjerin dan telur dan pukul sebati. Selepas itu masukkan tepung. 
Gaul hingga membentuk doh. Pastikan doh tak lekat kat tangan tu maksudnya dah okay dah. 
Tekankan doh tadi ke dalam bekas/acuan shell tart. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat custard filling:
Masukkan susu segar, tepung kastard, gula ke dalam periuk. 
Masakkan atas api sederhana. 
Kacau sentiasa supaya tak berketul2 dan tunggu sehingga pekat dan tutup api.

Sudukan filling kastard ke dalam acuan shell / pastry tu ikut suka nak banyak mana. 
Seeloknya penuh shell tu dan hias dengan buah-buahan segar :)


Resepi asal dari website My Resepi tapi Ira banyak adjust untuk buat paling simple..
Macam tak letak telur utk filling custard tu sbb rs macam tak perlu je. 
Alhamdulillah rasanya sedap dan mendapat pujian dr ramai orang. 
Korang boleh cuba Insya-Allah menjadi..:D

sumber asal : Myresipi

 Close Up :)


Kena cuba sebab sedapp..hehee..papai! see u when i see u :D





Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha :)



Salam :)

Dah berkurun lama Ira tak update blog kan..rasa asyik ulang ayat ni aje..hehe so sorry! semenjak kerja dah tak ada masa sangat nak blogging ni...memang selalu blog dipinggirkan..macam lagu aku sekadar di pinggiran tu...sob sob sob

Sihat?Rindu sangat nak blogging n blogwalking tapi apakan daya...tak berkesempatan...=.=..rs mcm baru je cerita tentang kisah Hari Raya Aidiladha tahun lepas..rupanya dah setahun berlalu..uhuk uhuk..

Ira ada banyak sangat benda nak cerita tapi tak terluah dek akal nak mencoret kat sini haha boleh gitu?

Ira nak ambil mood blogging balik..slowly kalau Ira ada masa Ira update yea..sebelum tu, Ira nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban untuk semua muslimin dan muslimat..semoga 'korban' anda kali ini diberkati oleh Allah S.W.T..Insya-Allah :)


Ira minta maaf kalau ada salah silap Ira sepanjang perkenalan kita di alam maya ni..Ira pon sentiasa maafkan apa jua salah n silap anda..lagi2 yang suka mengumpat Ira tu..ihihi.. *gurau je*

Salam Aidiladha dari Cikgu Ira :)

Psss : Tempat paling best dan sangat cantik utk photoshoot adalah Putrajaya..siapa setuju?ihik ihik..
Happy Birthday utk blogger LeaIsnawi! Sweet 24th! eh sama umur la hihi...Ira doakan semoga Lea panjang umur, dimurahkan rezeki dan cepat2 kahwin!heeee

papai! see you when i see youuu ;)

Sunday, September 16, 2012

.Baby & Ira.


Salam :)

Selamat Hari Malaysia :)

Sihat semua?hee..terkejut tak Ira update blog..hukhuk...maaf lah Ira pon tak ada sebab kenapa Ira tak update blog...taklah sibuk sangat sebab hari2 masih online cuma dunia blogger macam tak dipedulikan sangat..haha..maaf..kemalasan melanda..:p


Ira dan baby boy..hehe..yang pasti bukan baby Ira lah sebab tak bernikah lagi kan macam mana pulak boleh dapat baby..ajaib kalau dapat..hukhuk..ni adik sepupu Ira paling bongsu (setakat ni :p), anak kepada paksu Ira...adik mak Ira yang paling bongsu..comel..baby ni lahir pada hari raya yang kedua haritu..:)

Teruja dapat pegang baby baru lahir sampai post kat blog haha sebab nanti ada kenangan di hari tua..hikhik..esok baby ni dah nak sebulan dah n dia nak datang rumah Ira!yippi..:p

Raya pon dah nak habis..hukhuk..Ira je tertinggal keretapi..:p..Ira nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang Ira menulis di blog ini dan mencoret komen di blog blogger yang lain..Maaf zahir batin yea...:))


Psss : Ira dapat semua kad raya yang blogger2 tertentu hantar..terima kasihhh banyak2 tapi Ira tak sempat balas..maaf sangat..tahun depan tunggu kad raya Ira yea :))

Berzaman sangat tak update sampai baru perasan follower dah 1k...Terima kasih yang sudi follow..:)..ada masa Ira blogwalking yea..

Monday, July 30, 2012

.Rezeki Ramadhan :).


Salam semua :)

2-3 hari ni Ira sibuk sikit, nanti Ira blogwalking yea..terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen, siap minta alamat nak hantar kad raya pada Ira..seronok sungguh Ira rasa sekarang ni..heee :)

Alhamdulillah tadi masa Ira buka blogger profile dan check comment, Ira terpana seketika ( ayat bombastik haha ) pada komen yang dicoretkan oleh pemilik blog TITIAN PERJALANAN iaitu K.Ujie yang mana beliau meninggalkan pesanan bahawasanya Ira MENANG kuiz ramadhan yang K.Ujie anjurkan jumaat lepas kot..hehe..hip hip hoorayyyyyy! :p


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu..betul tak?hehe..rezeki Ira..sedangkan Ira agak2 je..hihihi..siap bg jawapan " tak pasti..hukhuk " pada K.Ujie..ahaha :p

Buat K.Ujie :)

Terima kasih daun keladi K.Ujie..
Nanti ada kuiz lain Ira cuba lagi..

ehehehe :)

Salam Ramadhan untuk hari yang ke 11..

Friday, July 27, 2012

.Selamat Hari Lahir Anakku Syg!.


Salam semua :)

Alhamdulillah dah hari yang ketujuh seluruh umat islam berpuasa..sekejap je kan..dah nak masuk ke minggu yang kedua...Ira baru je sekali ke bazar ramadhan..hehe..memang jimat sungguh kalau tak ke bazar..:)

Entry kali ini berkisar tentang sambutan Hari Lahir anak-anak murid Ira di sekolah..buat sebelum bulan puasa daa..hehe :p..tapi baru update..maaf la yea..sibuk =.=..kami sambut hari lahir utk semua sekali dari bulan Januari - Disember 2012 sekaligus..jimat..hikhik..

 preparation :)..cantik tak decoration?;p

 makanan yang dibawa secara pot luck :)

 hadiah utk anak2 tersayang :)

 Kek parents sponsor :)

 Kek kami sponsor guna duit sumbangan..hihi..Cake Sense the best!yummy~

 alololo nak buat peace..cer teka anak murid ini dikategorikan sebagai apa? siapa pandai dapat 10sen :p

mereka nampak normal tapi.... :)

 Guru-guru perdana dan pentadbir turut hadir :)

sesi bergambar dulu :)

 Permainan perah limau..hikhik

 Permainan tiup belon! Comel kan?hehe

Yeayy dapat hadiah Hari Lahir + Majalah Upin Ipin ( sponsored)

 cute kan?:)

Cikgu pon kena main tiup2 belon juga..tengok tu, mengelat kan!:p

 Cikgu Ira pon kena join..takut dah masa ni sbb belon tak mahu meletup..ahha.. :p

 Permainan kumpul gula2 pon ado..hehe :p

 haaa rebut jangan tak rebut :)

 pandai tu masuk dalam baju..hihi 

Ira dapat hadiah :), tukar2 hadiah dgn cikgu2..RM5 aje..hikhik..janji ada..


Tengokkkk..siapa yang cakap cikgu kerja senang meh Ira nak bagitahu sikit..kat sekolah ni, cikgu ni lah Konsultan Majlis, Tukang Masak, Tukang Balut Hadiah, Tukang Cuci, Tukang Dekorasi Tempat, Tukang Kemas Tempat, Tukang Pujuk, Driver, Baby sitter dan segala jenis tukang lah..hukhuk..yang paling utama Tukang gembirakan hati murid ( menyakat murid pon termasuk )hehe :p...boleh bayangkan Ira pakai ayu gitu tapi panjat meja utk gantung belon dan kain?

Kerja apa-apa pon sama aja..semuanya susah dan tak senang..tapi bukan senang juga nak jadi cikgu..betul la orang cakap...bukan semua orang boleh jadi cikgu..( Ira masih terfikir macam mana Ira boleh termasuk dalam golongan terpilih ini)..lagi bila kita berhadapan dengan manusia (yang ada perasaan,yang ada sikap yang pelbagai macam dan ragam)...ditambah lagi dengan anak murid Ira..yang mempunyai masalah yang pelbagai  ( Autisme, Sindrom Down, Hiperaktif, Celebral Palsy, Slow Learner, Multi Prob)..mereka ni bukan macam mesin..kita yang buat mesin tu stop,pause,on,off...

'Bekerja' dengan manusia memang sangat berbeza...orang yang lalui benda ni je akan faham..I didn't choose but I'm the chosen one..tapi Ira bersyukur kerana menjadi insan terpilih :)


Pss : Dah tak relevan kalau ada orang yang cakap "cikgu kerja senang, balik separuh hari"...kena ambil kira sekolah mula jam berapa..macam Ira, seawal 6.30 pagi Ira dah keluar rumah..memang waktu sekolah habis jam 1.05 petang  ( sekolah Ira) tapi Cikgunya bukan balik sama dengan murid..Cikgu boleh balik jam 1.35 petang ke atas...selalu Ira cepat2 siapkan kerja dan balik jam 1.40 petang...tu pon sebab lari balik cepat..haha :p..kalau ada mesyuarat, 3 petang pon masih kat sekolah..tak masuk ko-kurikulum lagi..sabtu lagi...belum ambil kira bawa kerja balik rumah..buat malam2..siapa jadi suami Ira nanti tahu lah..siap lah dia kena tolong Ira buat BBM / Teaching Aids :p

Salam Ramadhan~

Wednesday, July 25, 2012

.Wordless Wednesday #19.


Salam semua :)

(^_________________________________^)

* Senyum sampai telinga *


Alhamdulillah rezeki ramadhan :)..Bonus setengah bulan gaji untuk Hari Raya Aidilfitri 2012..yahoooooo!

papai!hikhik


Tuesday, July 24, 2012

.Kisah Hari Guru II.



Salam semua :)

Ira sambung entry Kisah Hari Guru yang lepas dengan entry ni..hehe..siapa yang teka Ira wat persembahan apa rasanya entry ni boleh menentukan kot jawapan anda tepat atau tidak..hehe..

Biarkan gambar yang berbicara okay..:p

 Time rajin belit2..:p

Barisan pengawas yang setia menunggu cikgunya berarak..:)

 Karoake..

 Selamat Hari Guru =)

 Persembahan wayang kulit..hikhik

 Sketsa :)

 Mendeklamasikan sajak :)

 tahu dah kan?hehe

 Lalalalalaa :p..cukuplah 2 ni yea..y lain Ira malu nak tunjukkkk..wuuu..

 Hi-tea..tudung dah tukar..haha :p

 rakan sejawat :)

Jemput makan time berbuka nanti :P


Kenangan Hari Guru 2012 tersemat di kalbu..eceeewah..:)

Salam Ramadhan hari yang  keempat~

Sunday, July 22, 2012

.Kisah Hari Guru.



Salam semua..:)..dah lama Ira tak update entry kan jadi memang cerita dah basi la..hihihi..maaf la ye...kali ni Ira nak mencoretkan tentang kenangan kisah Hari Guru untuk tahun pertama Ira berada dalam profesion keguruan ini..


16 Mei 2012..Tahun ini merupakan tahun pertama Ira menyambut hari guru...sebagai seorang guru baru yang mengajar murid Pendidikan Khas, Ira memang tak mengharap untuk dapat hadiah sebanyak guru2 baru yang lain yang mengajar murid biasa ( aliran perdana )...nama pon mengajar kelas Pendidikan Khas, jadinya murid-murid  ini memang tak / kurang memahami apa itu Hari Guru yang mana murid lain akan menghadiahkan sesuatu buat guru yang disayangi / mengajar mereka sebagai tanda penghargaan buat guru berkenaan walaupun tidak diminta oleh para guru :)

Memang hari berkenaan adalah hari para guru jadi kami disambut dengan meriah, siap ada perarakan lagi..Ira tak ada gambar la pula..huuuu...yang pasti ianya merupakan kenangan indah untuk dikenang...pihak kantin pon sponsor 2 kek untuk kami, bank rakyat kalau Ira tak silap pon menghantar 1 kek SR yea untuk kami..memang seronok..kebetulan bulan sebelum tu Ira dan 2 orang rakan guru yang baru 'posting' dapat durian runtuh (gaji sedebuk 4 bulan ), kami pon sponsor makanan hari guru pada waktu rehat..ada pulut kuning, mee goreng, apam polkadot..hihi..kami makan makanan yang agak ringan sebab petangnya Ira ada hi-tea di Tropicana Golf Resort..

Nama pon Hari Guru kan jadi semua guru 'dibuli' yang mana mesti mengadakan 1 persembahan bebas untuk menghiburkan para murid...kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..disebabkan sekolah Ira kecil je, gurunya pon tak ramai..ada 5 kumpulan je yang mempersembahkan pelbagai jenis persembahan seperti wayang kulit, lakonan, mendeklamasi sajak, tarian moden, tarian ago go..hihihi..kelakar tau tapi seronok..masa ni lah nak tengok cikgu sporting..hehehe..cuba teka kumpulan Ira buat persembahan apa?:p...Ira bagi klue melalui gambar di bawah..hihi

jeng jeng jeng :p..siap ada wig lagi..ahha
Ira bersama murid Tahun Enam..:p

 Kumpulan Ira..:)..without props...haha

Hadiah No 1 untuk persembahan..cer teka..hihi

Apa pon Ira seronok..walaupun maluuuu kot..hehe..pertama kali dan Ira masih lagi diusik dengan kejadian mempersembahkan persembahan ___________ sehingga kini...rasa nak sorok muka dalam almari je lagi2 bila ada cikgu praktikum yang rakam video..maluuu..hukhuk

Terima kasih buat murid-murid yang menghadiahkan Ira bunga-bungaan, coklat, tempat letak pen, bekas kaca..Ira dapat dari murid-murid di sekolah dan juga di tuisyen...terima kasih yang tak terhingga..apa yang Ira harapkan bukanlah hadiah tetapi kesungguhan mereka untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya..

Salam Ramadhan hari kedua :)

. Follow on FB .

. Our Story .

Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails